20 February 2020

KFC

Order jam 6pm
Bayar & ambil resit kat kaunter 
Jam 9pm datang collect 
Take away
8 kotak semua
Promosi iklan viral lah nie
Meriah ramai yang membeli 😄



7 tips lagi

7 PERKARA PANDANGAN POSITIF DARI JIRAN RUMAH BUSUK


Tatkala saya melawat rumah busuk

Saya akan tinjau dari luar depan, belakang dan sisi

Ada kala nya jiran yang prihatin akan datang menyapa & bertanya:

“Nak beli ker rumah buruk uzur nie”

Saya jawab kekadang ringkas jer:

“Jika diizinkan NYA saya bercadang nak beli rumah busuk yang nie”


Tanya jiran tur lagi:

“Rumah buruk uzur nie dah lama kosong dan di tinggal kan tau ... pagar keliling pun dah semak samun dengan daun pokok menjalar ... sekali tengok seram pun ada”

Itulah gambaran awal keadaan rumah busuk


Jiran prihatin petunjuk yang baik

Tambahan pula jiran yang beri pandangan yang positif:

  1. Kami jiran suka ada orang yang mahu usahakan rumah busuk ini
  2. Kami jiran akan seronok tengok rumah akan mewangi 
  3. Kami jiran suka akan bertambah lagi kami penduduk jiran di sini
  4. Kami jiran suka tidak ada budak nakal akan masuk masuk ke dalam rumah yang busuk dan uzur
  5. Kami jiran suka tidak lah risau ada binatang berbisa ada situ
  6. Kami jiran suka rumah ini mewangi agar tidak dijadikan tempat pembuangan sampah sarap
  7. Kami jiran sangat berterima kasih kepada tuan & berharap agar dapat di usaha kan secepat yang mungkin 


Apabila ada jiran yang memberi semangat sebegini

Maka akan terasa ter motivasi untuk berusaha mewangikan rumah yang busuk

Dapat menyumbang kepada masyarakat

Pasti akan ada ganjaran pahala apabila kita buat dengan ikhlas & jujur

Saya cuba sedaya upaya untuk mencari Redho & Cinta ALLAH

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

  1. Rumah yang ini dijangka akan mula proses mewangi dalam awal minggu depan
  2. Perancangan mengambil masa dijangka tempoh 3 bulan untuk disiap kan lengkap sebuah rumah
  3. Saya berusaha & berdoa agar menjelang hari raya puasa mei 2020 akan siap sepenuhnya rumah yang ini
  4. Alhamdulillah syukur dengan segala perancangan yang baik baik dari ALLAH
  5. Misi untuk mencari REDHO & CINTA ALLAH


#rumahbusuk








18 February 2020

Pintu rezki

PINTU REZKI DARI SUMBER “RUMAH BUSUK” DENGAN IZIN DARI ALLAH


Keadaan cuaca hujan berterusan pagi ini

Terasa dingin & nyaman sekali di pagi hari

Tenang dan mendamai kan

Alhamdulillah pokok pokok dapat sumber air 

Sungai akan mengalir air sebaiknya untuk kegunaan bersama kita di muka bumi ini


Alhamdulillah dipanjatkan penuh kesyukuran 

Rezki yang dikurniakan 

Nikmat yang dipinjamkan 

Penuh kerendahan hati mengucapkan syukur kepada MU YA ALLAH


7 tips perkara yang baik dilakukan 

Pada pandangan saya boleh membuka pintu rezki kita ... InsyaAllah:

  1. Bantu ibu & ayah dengan wang ringgit ... Minta mereka tolong doa kan untuk kita
  2. Belanja wife sekadar yang mampu & gembira kan wife ... Belanja anak anak dengan sesuatu yang mereka suka ... mereka pasti gembira ... Minta tolong mereka doa kan untuk kita
  3. Bantu adik beradik & saudara mara terdekat dengan beri belanja bantuan kewangan 
  4. Belanja kenkawan makan atau minum ... kita yang rebut untuk bayar dengan seikhlas hati
  5. Bagi binatang makan ... contoh kucing atau ikan ... saya nampak ada kebaikan ... kita menyantuni makhluk ALLAH sebaik nya ... pasti mereka mendoakan kita jua
  6. Sholat sunat dhuha & berdoa dimurah kan rezki
  7. Jika ada kesempatan untuk kerja kan ibadah umrah ... usahakan sungguh sungguh agar berpeluang menjadi TETAMU ALLAH ... pergi ke sana Madinah & Mekah ... banyak tempat mustajab untuk berdoa ... lihat kan ajaib nya ALLAH makbulkan doa kita satu persatu kelak ... yakin lah ... ALLAHUAKBAR 


Nota:

Pagi ini saya terima mesej ... ada jalan pintu rezki dibuka kan ... saya berdoa agar dipermudahkan urusan untuk memberi manfaat ... InsyaAllah AAMIN !


Ir. AJAK




17 February 2020

Tolong

Saya tolong kacau jer kat periuk 
Temankan wife masak kat dapur
Tak ensem tak per 
Janji rajin tolong wife masak kat dapur
Hahaha 😄



Hati hati 7 risico

HATI HATI DENGAN 7 RISIKO MUNGKIN BOLEH BERLAKU UNTUK LAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK


Monday blues pagi nie

Otak agak lesu untuk berfikir

Jari jemari jua lembab untuk menaip 

Saya terpikir beberapa perkara yang mungkin boleh di kategori kan sebagai risiko memiliki rumah busuk:


1. Orang cakap ada "hantu kak limah":

Rumah yang dah 5 tahun ditinggalkan

Malah yang lebih 10 tahun pun ada

Penagih dadah dah jadikan sarang

Bersepah jarum suntikan

Tak tahu lah jika "hantu kak limah" nak tumpang jugak kat lokasi begini 


2. Tidak ada modal untuk repair:

Tak masuk dalam bajet untuk repair

Kes berat lah nie

Jika tidak menyediakan bajet untuk repair

Ini bukan nya proses beli rumah dari pemaju yang sudah siap sempurna sebuah rumah

Hati hati yer kawan dalam bab ini


3. Buntu tak tahu nak buat apa:

Jika dah memiliki rumah busuk dengan membuat pembelian

Jangan tak tahu plak nak buat transformasi bagi jadi wangi 

Buntu tak tahu nak buat apa atau bagaimana

Tak tahu nak mula kan proses repair

Tak pandai nak deal dengan kontraktor 


4. Sewa tak laku:

Jika dah usahakan rumah busuk menjadi wangi dengan hasrat mahu disewakan

Malangnya tiada penyewa yang sudi untuk menyewa

Mungkin disebabkan oleh pemilihan lokasi yang tidak sesuai atau faktor lain penyebab nya


5. Tiada pembeli:

Pada peringkat awal tujuan mewangikan rumah busuk menjadi wangi dengan harapan dapat dijual semula bagi meraih sedikit keuntungan atau dibuat modal pusingan 

Iklan punya iklan tak der pulak pembeli yang lekat

Mungkin disebabkan faktor kesesuaian ubahsuai yang tidak menepati kehendak bakal bakal pembeli rumah tersebut


6. Pasangan membebel bagai mak nenek:

Ini pun satu hal jika pasangan kita samada wife/suami asyik membebel jer minat kita untuk melayan rumah busuk

Kita dah bersemangat nak berkecimpung dalam aktiviti rumah busuk

Disebabkan bebelan macam mak nenek kebayan itu kita pun menjadi hambar untuk melayan rumah busuk

Boring jadik nyer kan kan 


7. Kenkawan kutuk:

Kita layan hobi hartanah rumah busuk

Kompom lah kenkawan akan kutuk dari sudut depan belakang kiri kanan

Buat pekak telinga jerlah

Kutuk ada membawa maksud ... dia jeles dengan aktiviti yang kita lakukan atau sebaliknya 

Almaklum lah kita beli rumah buruk busuk plak tur 

Aduduuu 😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota: rumah kes ini yang dalam proses mewangi dijangka akan dapat di sempurna kan pada hujung bulan ini February 2020 ... hampir siap progress 88% giteww😄


#rumahbusuk





16 February 2020

King crab

Alaska King Crab

Wife masak sup

Alhamdulillah sedap






Sukat

SUKAT BAJU MELAYU

Potang ahad nie gie bandar seremban 
Gie ke tailor tempat biasa 
Kitorang sukat baju melayu 
Tempah untuk 5 pax
Ada masa terluang nie buat apa yang patut 
Kidos kasi berbaris 
Ikut turn untuk sukat 
Pantas 😄




2 biji

Bekfes 2 biji jer ...



Riadah

MERECIK PELUH


Lama dah saya tak uplud gambar aktiviti riadah

Kekadang tak semua aktiviti saya up untuk kongsi kan dengan kalian 

Pagi nie belanjer kat korang gambar MERECIK PELUH

Jalan kaki jer 

Dapatlah 3.5km


Saya ditemani insan tersayang jua 

Alhamdulillah di pagi ahad


Ir. AJAK








Lepak

LEPAK MALAM MINGGU


Malam minggu

Lepak di mamak bangi

Asyik lepak kat soromban jer kan

Kasi jauh sket sambil panaskan enjin merempit kat hiway malam nie ... berdesup enjin !


Sembang ngan kenkawan

Kami sembang kosong jer santai Santa

Kenkawan yang kami kenal sejak masa kami semua zaman bujang lagi

Sampai skrang rambut Ir. AJAK pun dah tak berapa mahu tumbuh ... Alahai 😄

Ukhwah silaturrahim dengan kenkawan 


Nota: tips untuk murah rezki & jalan pintu rezki ... rebut peluang untuk belanja kenkawan 😄👍