HATI HATI DENGAN 7 RISIKO MUNGKIN BOLEH BERLAKU UNTUK LAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK
Monday blues pagi nie
Otak agak lesu untuk berfikir
Jari jemari jua lembab untuk menaip
Saya terpikir beberapa perkara yang mungkin boleh di kategori kan sebagai risiko memiliki rumah busuk:
1. Orang cakap ada "hantu kak limah":
Rumah yang dah 5 tahun ditinggalkan
Malah yang lebih 10 tahun pun ada
Penagih dadah dah jadikan sarang
Bersepah jarum suntikan
Tak tahu lah jika "hantu kak limah" nak tumpang jugak kat lokasi begini
2. Tidak ada modal untuk repair:
Tak masuk dalam bajet untuk repair
Kes berat lah nie
Jika tidak menyediakan bajet untuk repair
Ini bukan nya proses beli rumah dari pemaju yang sudah siap sempurna sebuah rumah
Hati hati yer kawan dalam bab ini
3. Buntu tak tahu nak buat apa:
Jika dah memiliki rumah busuk dengan membuat pembelian
Jangan tak tahu plak nak buat transformasi bagi jadi wangi
Buntu tak tahu nak buat apa atau bagaimana
Tak tahu nak mula kan proses repair
Tak pandai nak deal dengan kontraktor
4. Sewa tak laku:
Jika dah usahakan rumah busuk menjadi wangi dengan hasrat mahu disewakan
Malangnya tiada penyewa yang sudi untuk menyewa
Mungkin disebabkan oleh pemilihan lokasi yang tidak sesuai atau faktor lain penyebab nya
5. Tiada pembeli:
Pada peringkat awal tujuan mewangikan rumah busuk menjadi wangi dengan harapan dapat dijual semula bagi meraih sedikit keuntungan atau dibuat modal pusingan
Iklan punya iklan tak der pulak pembeli yang lekat
Mungkin disebabkan faktor kesesuaian ubahsuai yang tidak menepati kehendak bakal bakal pembeli rumah tersebut
6. Pasangan membebel bagai mak nenek:
Ini pun satu hal jika pasangan kita samada wife/suami asyik membebel jer minat kita untuk melayan rumah busuk
Kita dah bersemangat nak berkecimpung dalam aktiviti rumah busuk
Disebabkan bebelan macam mak nenek kebayan itu kita pun menjadi hambar untuk melayan rumah busuk
Boring jadik nyer kan kan
7. Kenkawan kutuk:
Kita layan hobi hartanah rumah busuk
Kompom lah kenkawan akan kutuk dari sudut depan belakang kiri kanan
Buat pekak telinga jerlah
Kutuk ada membawa maksud ... dia jeles dengan aktiviti yang kita lakukan atau sebaliknya
Almaklum lah kita beli rumah buruk busuk plak tur
Aduduuu 😄
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
Nota: rumah kes ini yang dalam proses mewangi dijangka akan dapat di sempurna kan pada hujung bulan ini February 2020 ... hampir siap progress 88% giteww😄
#rumahbusuk
No comments:
Post a Comment