20 February 2020

7 tips lagi

7 PERKARA PANDANGAN POSITIF DARI JIRAN RUMAH BUSUK


Tatkala saya melawat rumah busuk

Saya akan tinjau dari luar depan, belakang dan sisi

Ada kala nya jiran yang prihatin akan datang menyapa & bertanya:

“Nak beli ker rumah buruk uzur nie”

Saya jawab kekadang ringkas jer:

“Jika diizinkan NYA saya bercadang nak beli rumah busuk yang nie”


Tanya jiran tur lagi:

“Rumah buruk uzur nie dah lama kosong dan di tinggal kan tau ... pagar keliling pun dah semak samun dengan daun pokok menjalar ... sekali tengok seram pun ada”

Itulah gambaran awal keadaan rumah busuk


Jiran prihatin petunjuk yang baik

Tambahan pula jiran yang beri pandangan yang positif:

  1. Kami jiran suka ada orang yang mahu usahakan rumah busuk ini
  2. Kami jiran akan seronok tengok rumah akan mewangi 
  3. Kami jiran suka akan bertambah lagi kami penduduk jiran di sini
  4. Kami jiran suka tidak ada budak nakal akan masuk masuk ke dalam rumah yang busuk dan uzur
  5. Kami jiran suka tidak lah risau ada binatang berbisa ada situ
  6. Kami jiran suka rumah ini mewangi agar tidak dijadikan tempat pembuangan sampah sarap
  7. Kami jiran sangat berterima kasih kepada tuan & berharap agar dapat di usaha kan secepat yang mungkin 


Apabila ada jiran yang memberi semangat sebegini

Maka akan terasa ter motivasi untuk berusaha mewangikan rumah yang busuk

Dapat menyumbang kepada masyarakat

Pasti akan ada ganjaran pahala apabila kita buat dengan ikhlas & jujur

Saya cuba sedaya upaya untuk mencari Redho & Cinta ALLAH

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota:

  1. Rumah yang ini dijangka akan mula proses mewangi dalam awal minggu depan
  2. Perancangan mengambil masa dijangka tempoh 3 bulan untuk disiap kan lengkap sebuah rumah
  3. Saya berusaha & berdoa agar menjelang hari raya puasa mei 2020 akan siap sepenuhnya rumah yang ini
  4. Alhamdulillah syukur dengan segala perancangan yang baik baik dari ALLAH
  5. Misi untuk mencari REDHO & CINTA ALLAH


#rumahbusuk








No comments:

Post a Comment