26 February 2020

46

MY BIRTHDAY 46


ALHAMDULILLAH:

Alhamdulillah penuh kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ALLAH

Dipinjamkan usia dan segala nikmat hingga ke hari ini

Pasrah saya seadanya

Genap usia saya ke 46 tahun pada hari ini


BONDA:

Terima kasih kepada bonda tersayang yang mengandungkan saya dalam tempoh 9 bulan dan melahirkan serta penuh kepayahan membesarkan saya yang dikabarkan agak nakal pada waktu kecil

Tak lupa buat Arwah Ayah yang bersusah menyara saya & family .... Al Fatihah 


ISTERI:

Terima kasih jua buat isteri tercinta yang senantiasa bersama saya di susah & senang 

Terima kasih kidos & adik adik yang mendoakan perjalanan hidup ini


UKHWAH:

Sejambak ikatan ukhwah silaturrahim buat kalian semua 

Berkat doa dari semua InsyaAllah Amin


Ir. AJAK

26 Febuari 2020




25 February 2020

Skrip

SKRIP RUMAH BUSUK

Saya cakap terus terang
Saya nak menulis skrip rumah busuk pun terkial kial 
Memang tidak mahir sangat 
Apatah lagi nak menulis skrip al kisah yang lain lain 

Agak nya yang kuat berangan angan & berimaginasi yang mampu berjaya buat skrip al kisah yang hebat hebat
Tak gitew

Orang kata lah 
Kuat berangan angan akan naik jerawat 
Ehhhh silap 
Yang berangan naik jerawat tur 
Berangan kat awex
Hahaha😄

Sesekali merapu meraban Yuhuu😄

Ir. AJAK




24 February 2020

88%

88% DAH SIAP RUMAH BUSUK


Monday blues memang macam macam yer ... hahahaha😄

Hampir hampir mewangi untuk kes rumah ini 

Lokasi yang amat amat matang dengan pelbagai kemudahan & infra 

Laluan bas jugak ... mudah untuk guna public transport ... wow !


Baki kerja yang tinggal untuk disiap kan:

  1. Pasang lampu, kipas, suis, socket, DB & meter TNB
  2. Touch up kesan kerja elektrikal 
  3. Langsir & blind 
  4. Basuh bagi bersih & lantai berkilat 


Dijangka dalam tempoh 2 minggu nie siap lah semua 

Awal Mac akan siap sepenuhnya 

Itulah harapan & doa saya

InsyaAllah 


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk 









23 February 2020

Ir. AJAK

Ir. AJAK

Ir. AJAK nie
Tak lah tinggi sangat
Tak lah rendah sangat 
Tak lah kurus sangat
Tak lah gemuk sangat 

Takat sedang sedang ajer
Poket pun tak lah tebal maner pun 
Gitewwwwwww😄



Dap nyer

RENDANG AYAM 

Dap nyer wife masak rendang ayam 
Berkuah pulak tur 
Nie yang buat tak bleh menahan nambah nasi 
Alhamdulillah

Kaki ayam saya dah rebut
Hahaha 😄



Riadah

MERECIK PELUH

Riadah di pagi ahad
4km jer Jalan kaki
Ambil laluan bertangga tangga 
Merecik recik peluh 
Kasi stamina untuk layan rumah busuk 








22 February 2020

New projek

7 AKTIVITI PENTING UNTUK NEXT PROJEK RUMAH BUSUK


Dah mulakan kerja pada minggu ini

Ini projek pertama untuk tahun ini

Kategori rumah busuk yang baru di mulakan lah

Dalam masa yang sama projek sambungan tahun lepas sudah hampir siap 90%  sebuah rumah 

Baki kerja 10% hanya untuk elektrikal Dan touch up ... dijangka hujung bulan ini setel mewangi 


Masih terus berterusan buat kerja gilos nie

Dari satu rumah busuk ke rumah busuk yang lain

Tak kira masa tak kira bulan tak kira tahun

Layan tetap layan hobi yang mengilos ini

Yuhuu satu kali bagi semangat sket 


Sedang planning secara serious tau

Dah mula berbincang dengan kontraktor untuk langkah seterusnya

Keputusan pun sudah pasti dibuat

Melibatkan beberapa geng kontraktor:

  1. Binaan
  2. Elektrik
  3. Besi
  4. Kabinet 
  5. Langsir 


Kayu kayan batu bata untuk buat kerja dah mula dihantar lewat potang semalam

Berhasrat untuk simple ubahsuai yang menepati bab citarasa saya lah yer

Tapi mesti nampak kemas dan selesa untuk didiami satu family

Melibatkan bajet anggaran Rm??? ... ermmm modal tak berapa banyak yang ada dah di tangan ... hahahaha 

Harap bajet tak burst lah harapnya

Modal tak cukup besar ciput jer weh

Modal seterusnya untuk diagihkan ke projek rumah busuk yang lain pulak nanti nanti 


Terasa syok melayan hobi rumah busuk dari satu rumah ke rumah busuk yang lain

Terasa terus ber tenaga dan bersemangat 

Otak kena ligat berputar nak memikir tau 7 aktiviti rumah busuk:

  1. Skop kerja
  2. Kontraktor 
  3. Bajet kos
  4. Item item pilihan
  5. Masa untuk mula dan siap
  6. Kualiti hasil kerja
  7. Risiko jika tidak dapat disiapkan seperti di rancang


Korang jangan penin tengok hobi saya nie hartanah rumah busuk

Yuhuu satu kali 😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


Nota: 

  1. gambar Kontraktor dah mula kerja sket sket 
  2. Gambar dihantar lewat petang semalam melalui wasup


#rumahbusuk