7 AKTIVITI PENTING UNTUK NEXT PROJEK RUMAH BUSUK
Dah mulakan kerja pada minggu ini
Ini projek pertama untuk tahun ini
Kategori rumah busuk yang baru di mulakan lah
Dalam masa yang sama projek sambungan tahun lepas sudah hampir siap 90% sebuah rumah
Baki kerja 10% hanya untuk elektrikal Dan touch up ... dijangka hujung bulan ini setel mewangi
Masih terus berterusan buat kerja gilos nie
Dari satu rumah busuk ke rumah busuk yang lain
Tak kira masa tak kira bulan tak kira tahun
Layan tetap layan hobi yang mengilos ini
Yuhuu satu kali bagi semangat sket
Sedang planning secara serious tau
Dah mula berbincang dengan kontraktor untuk langkah seterusnya
Keputusan pun sudah pasti dibuat
Melibatkan beberapa geng kontraktor:
- Binaan
- Elektrik
- Besi
- Kabinet
- Langsir
Kayu kayan batu bata untuk buat kerja dah mula dihantar lewat potang semalam
Berhasrat untuk simple ubahsuai yang menepati bab citarasa saya lah yer
Tapi mesti nampak kemas dan selesa untuk didiami satu family
Melibatkan bajet anggaran Rm??? ... ermmm modal tak berapa banyak yang ada dah di tangan ... hahahaha
Harap bajet tak burst lah harapnya
Modal tak cukup besar ciput jer weh
Modal seterusnya untuk diagihkan ke projek rumah busuk yang lain pulak nanti nanti
Terasa syok melayan hobi rumah busuk dari satu rumah ke rumah busuk yang lain
Terasa terus ber tenaga dan bersemangat
Otak kena ligat berputar nak memikir tau 7 aktiviti rumah busuk:
- Skop kerja
- Kontraktor
- Bajet kos
- Item item pilihan
- Masa untuk mula dan siap
- Kualiti hasil kerja
- Risiko jika tidak dapat disiapkan seperti di rancang
Korang jangan penin tengok hobi saya nie hartanah rumah busuk
Yuhuu satu kali 😄
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
Nota:
- gambar Kontraktor dah mula kerja sket sket
- Gambar dihantar lewat petang semalam melalui wasup
#rumahbusuk
No comments:
Post a Comment