04 May 2020

Pari

IKAN PARI BAKAR

2 bulan dah tak beli ikan pari
Sejak PKP nie
Kat kedai runcit depan tur tak ada jual ikan pari

Tadi kesempatan ke pasaraya zemart beli barang keperluan 1 troli 
Banyak barang basah kat rumah dah abih 
Sebab jarang jarang keluar sejak PKP

Wife masak ikan pari bakar 
MasyaAllah bau dah sedap 
Masa makan memang lah sedap cicah dengan air asam 
Selera rasa 
Alhamdulillah 

Ir. AJAK

#stayathome 
#salamramadhan








Kolam ikan

JUMLAH IKAN KOI MASIH SESUAI DENGAN JUMLAH IKAN BERBANDING SAIZ KOLAM


Ramai yang komen tentang saiz kolam vs jumlah ikan yang ada


For info kenkawan 

Sekadar makluman kenkawan jer yer

Pandangan saya lah yang masih kurang ilmu dalam bab pelihara ikan hiasan 

Dengan pelbagai saiz dari saiz sekecil 4 inci hingga hampir anggaran 15 inci besar nya 

Pengalaman saya masih kurang ... baru sekitar 20 bulan pelihara ikan hiasan jenis koi ini


Setakat nie kolam ikan masih agak sesuai dengan jumlah ikan koi yang ada di dalam kolam itu

Tidak lah sendat 

Maka tidak timbul istilah “kasihan kepada ikan”

Cuma saiz cermin kaca hanya bersaing 4x3 kaki ... agak kecil saiz cermin berbanding saiz dinding kolam 

Semua ikan berkumpul di tepi cermin kaca

Ikan ikan suka INTERFRAME PADA CERMIN UNTUK LIHAT LUAR PADA RUMPUT AGAK NYA πŸ˜„


Kolam saiz sekitar panjang 24 kaki  x lebar 14 kaki x kedalaman 3.5 kaki

Amat selesa ikan berenang 

Alhamdulillah ikan sihat & cukup makan & cukup oksigen & air bersih ... InsyaAllah 


Actually kolam ini saya pernah cuba berenang & mandi manda bersama kidos 

Tidak lah besar tapi lepas untuk berendam sket sket 


Pelihara kolam ikan koi ini juga merupakan hobi saya jua buat masa ini

Saya terasa selesa melihat ikan koi ini berenang 

Kekadang sesekali membelai ikan ikan ini 

Memang sangat syok

Musim PKP nie saya kerap lepak bersama ikan ikan 

Saya suka sangat tengok ikan ramai ramai berebut rebut makanan dan berenang secara berkumpulan 

Alhamdulillah πŸ˜„


Ir. AJAK


#stayathome 

#salamramadhan 




Segar

SEGAR KAN MATA 

Morning frenπŸ˜„

Pepagi tengok rumput hijau & ikan berenang di tepi kaca ... suka tengok ikan berebut di tepi cermin kaca
Ikan sudah kenyang makan palet pagi nie

Ir. AJAK

#stayathome
#salamramadhan




03 May 2020

Sup ekor

SUP EKOR


Wife masak sup ekor 

Untuk iftar today

Memang ohsem

Sedap nyer 

Berselera makan 

Alhamdulillah


Ir. AJAK


#stayathome 

#salamramadhan 





Holding power

“HOLDING POWER” KENA MANTAP DALAM LAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK


PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN :

Kepada mereka yang bergiat di dalam industri hartanah

Bab holding power merupa kan perkara yang diambil kira selalu 

Terutama pada saat getir pada waktu sekarang ini

Perintah Kawalan Pergerakan PKP bukan perkara biasa yang kita hadapi di Malaysia 

Malah umur saya 46 tahun baru ini kali pertama merasa keadaan begini

Memang tidak menyangka sama sekali 

Betoikan 


HOLDING POWER:

Holding power boleh diertikan dengan bahasa mudah iaitu bertahan untuk memiliki hartanah tersebut 

Walaupun tiada income yang seperti dihajati

Pemilik mampu bertahan jua 

Mungkin pendapatan berkurang disebabkan gaji dipotong, tiada elaun atau biznes tak berapa nak menjadi 


HASIL SEWAAN:

Jikalau pemilik hartanah mengharapkan hasil sewa daripada hartanah itu

Contohnya hasil sewa berkurangan disebab kan penyewa menghadapi masalah kewangan

Mungkin hasil boleh dapat tapi cuma berlaku kelewatan disebabkan penyewa lewat dapat gaji atau gaji dibayar separuh separuh 


FLIPPER:

Malah jika se seorang itu berhajat untuk flip hartanah tersebut 

Dalam keadaan sekarang semua nya tergendala:

  1. Transaksi hartanah 
  2. Nak repair
  3. Loan tak diproses 
  4. Kontraktor stop kerja
  5. Bahan binaan sukar diperolehi 
  6. Macam macam hal lagi yang berkaitan 


AGENT:

Buat masa ini 

Agent mungkin boleh buat sale melalui online untuk promosi kan unit hartanah yang ada

Tapi macam ada banyak kekangan untuk lengkapkan transaksi jualan:

  1. Client maybe nak tengok unit hartanah secara fizikal 
  2. Nak proses loan bank
  3. Nak sediakan SnP pejabat lawyer tutup 
  4. Nak mati kan setem SnP pun payah 
  5. Macam macam hal lagi yang berkaitan 


MORATARIUM:

Alhamdulillah kerajaan umum kan perkara ini 

Banyak bantu selesai kan masalah 

Terima kasih pihak kerajaan & pihak institusi bank

Tempoh 6 bulan amat memberi makna kepada kita semua 

Kita manfaatkan sebaiknya 

Perkara ini juga pada pandangan saya boleh mengelakkan hartanah di lelong jika kurang kemampuan untuk membayar dalam tempoh 6 bulan 

Namun ada kedengaran pihak bank akan mengenakan caj faedah dalam tempoh moratarium ini ... kena rujuk dengan pihak bank 


MUNGKIN ADA YANG JUAL BELOW MARKET:

Apabila telah selesai PKP nanti 

Mungkin ada pemilik hartanah yang mula berhajat untuk menjual hartanah yang di miliki dengan harga di bawah market 

Ini disebabkan dengan pelbagai alasan

Ada yang kurang mampu mungkin 


NEW NORMAL:

PKP Bersyarat telah diumumkan 

Mulai esok 4 mei dah ada sektor yang dibenarkan beroperasi 

Ini mula merancak kan perjalanan sektor biznes 

Namun dalam keadaan wabak pandemic yang masih ada di sekitar kita

Risiko masih ada di mana mana

Pasti dengan kehidupan harian yang tidak sama seperti dahulu lagi

Kita mesti mengamalkan cara kehidupan new normal 

Mungkin mungkin keadaan yang berlaku sekarang ini akan menyebabkan situasi memiliki hartanah pada masa ini akan mengurangkan mood untuk memiliki hartanah 

Ini antara cabaran yang mungkin berlaku dalam industri hartanah

Pasti ramai yang akan wait & see


Ini sekadar pandangan saya sahaja secara sepontan

Sajer menaip santai di pagi ahad yang damai ini

10 Ramadhan dah kita pada hari ini

Dalam tempoh 2 minggu ini pasti mood raya pulak yang akan kunjung tiba

Betoikan πŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk


#stayathome

#salamramadhan

#rumahbusuk






30 April 2020

Iftar

MENU IFTAR HARI KE 7


Kidos cakap tak mau makan nasi today

Nak cuba menu lain


Maka papa masak:

  1. Mee goreng mamak 
  2. Puff inti nutella & kacang


Mama masak kuih buah melaka 


Alhamdulillah rezki dari NYAπŸ˜„


Ir. AJAK


#stayathome 

#salamramadhan










28 April 2020

Tauhu bagedil

TAUHU BAGEDIL


Saya hanya tolong goreng jer

Api kena perlahan jer 

Kena senantiasa kacau/balik balik kan supaya masak nya sekata 

Celup 2 kali dalam telor baru nampak mabeles telor banyak 

Goreng sampai kekuningan 

Jangan lupa cicah dengan kicap cili

Alhamdulillah 


Ir. AJAK


#stayathome 

#salamramadhan 

#selamatberbukapuasa











Tolong

TOLONG WIFE ...

Nak Tolong wife kat dapo 
Ready untuk menggoreng tauhu bagedil πŸ˜„



27 April 2020

Gula melaka

MOREY 

Selepas sholat sunat tarawih
Makan morey 
Wife buat kuih nie
Sedap lembut 
Dalam nya ada gula melaka terasa manis apabila digigit 
Alhamdulillah sedap 
Pandai wife mencuba buat kuih 
Saya n kidos pandai makan jer 

Ir. AJAK

#stayathome 
#salamramadhan