JUMLAH IKAN KOI MASIH SESUAI DENGAN JUMLAH IKAN BERBANDING SAIZ KOLAM
Ramai yang komen tentang saiz kolam vs jumlah ikan yang ada
For info kenkawan
Sekadar makluman kenkawan jer yer
Pandangan saya lah yang masih kurang ilmu dalam bab pelihara ikan hiasan
Dengan pelbagai saiz dari saiz sekecil 4 inci hingga hampir anggaran 15 inci besar nya
Pengalaman saya masih kurang ... baru sekitar 20 bulan pelihara ikan hiasan jenis koi ini
Setakat nie kolam ikan masih agak sesuai dengan jumlah ikan koi yang ada di dalam kolam itu
Tidak lah sendat
Maka tidak timbul istilah “kasihan kepada ikan”
Cuma saiz cermin kaca hanya bersaing 4x3 kaki ... agak kecil saiz cermin berbanding saiz dinding kolam
Semua ikan berkumpul di tepi cermin kaca
Ikan ikan suka INTERFRAME PADA CERMIN UNTUK LIHAT LUAR PADA RUMPUT AGAK NYA 😄
Kolam saiz sekitar panjang 24 kaki x lebar 14 kaki x kedalaman 3.5 kaki
Amat selesa ikan berenang
Alhamdulillah ikan sihat & cukup makan & cukup oksigen & air bersih ... InsyaAllah
Actually kolam ini saya pernah cuba berenang & mandi manda bersama kidos
Tidak lah besar tapi lepas untuk berendam sket sket
Pelihara kolam ikan koi ini juga merupakan hobi saya jua buat masa ini
Saya terasa selesa melihat ikan koi ini berenang
Kekadang sesekali membelai ikan ikan ini
Memang sangat syok
Musim PKP nie saya kerap lepak bersama ikan ikan
Saya suka sangat tengok ikan ramai ramai berebut rebut makanan dan berenang secara berkumpulan
Alhamdulillah 😄
Ir. AJAK
#stayathome
#salamramadhan
No comments:
Post a Comment