“HOLDING POWER” KENA MANTAP DALAM LAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN :
Kepada mereka yang bergiat di dalam industri hartanah
Bab holding power merupa kan perkara yang diambil kira selalu
Terutama pada saat getir pada waktu sekarang ini
Perintah Kawalan Pergerakan PKP bukan perkara biasa yang kita hadapi di Malaysia
Malah umur saya 46 tahun baru ini kali pertama merasa keadaan begini
Memang tidak menyangka sama sekali
Betoikan
HOLDING POWER:
Holding power boleh diertikan dengan bahasa mudah iaitu bertahan untuk memiliki hartanah tersebut
Walaupun tiada income yang seperti dihajati
Pemilik mampu bertahan jua
Mungkin pendapatan berkurang disebabkan gaji dipotong, tiada elaun atau biznes tak berapa nak menjadi
HASIL SEWAAN:
Jikalau pemilik hartanah mengharapkan hasil sewa daripada hartanah itu
Contohnya hasil sewa berkurangan disebab kan penyewa menghadapi masalah kewangan
Mungkin hasil boleh dapat tapi cuma berlaku kelewatan disebabkan penyewa lewat dapat gaji atau gaji dibayar separuh separuh
FLIPPER:
Malah jika se seorang itu berhajat untuk flip hartanah tersebut
Dalam keadaan sekarang semua nya tergendala:
- Transaksi hartanah
- Nak repair
- Loan tak diproses
- Kontraktor stop kerja
- Bahan binaan sukar diperolehi
- Macam macam hal lagi yang berkaitan
AGENT:
Buat masa ini
Agent mungkin boleh buat sale melalui online untuk promosi kan unit hartanah yang ada
Tapi macam ada banyak kekangan untuk lengkapkan transaksi jualan:
- Client maybe nak tengok unit hartanah secara fizikal
- Nak proses loan bank
- Nak sediakan SnP pejabat lawyer tutup
- Nak mati kan setem SnP pun payah
- Macam macam hal lagi yang berkaitan
MORATARIUM:
Alhamdulillah kerajaan umum kan perkara ini
Banyak bantu selesai kan masalah
Terima kasih pihak kerajaan & pihak institusi bank
Tempoh 6 bulan amat memberi makna kepada kita semua
Kita manfaatkan sebaiknya
Perkara ini juga pada pandangan saya boleh mengelakkan hartanah di lelong jika kurang kemampuan untuk membayar dalam tempoh 6 bulan
Namun ada kedengaran pihak bank akan mengenakan caj faedah dalam tempoh moratarium ini ... kena rujuk dengan pihak bank
MUNGKIN ADA YANG JUAL BELOW MARKET:
Apabila telah selesai PKP nanti
Mungkin ada pemilik hartanah yang mula berhajat untuk menjual hartanah yang di miliki dengan harga di bawah market
Ini disebabkan dengan pelbagai alasan
Ada yang kurang mampu mungkin
NEW NORMAL:
PKP Bersyarat telah diumumkan
Mulai esok 4 mei dah ada sektor yang dibenarkan beroperasi
Ini mula merancak kan perjalanan sektor biznes
Namun dalam keadaan wabak pandemic yang masih ada di sekitar kita
Risiko masih ada di mana mana
Pasti dengan kehidupan harian yang tidak sama seperti dahulu lagi
Kita mesti mengamalkan cara kehidupan new normal
Mungkin mungkin keadaan yang berlaku sekarang ini akan menyebabkan situasi memiliki hartanah pada masa ini akan mengurangkan mood untuk memiliki hartanah
Ini antara cabaran yang mungkin berlaku dalam industri hartanah
Pasti ramai yang akan wait & see
Ini sekadar pandangan saya sahaja secara sepontan
Sajer menaip santai di pagi ahad yang damai ini
10 Ramadhan dah kita pada hari ini
Dalam tempoh 2 minggu ini pasti mood raya pulak yang akan kunjung tiba
Betoikan 😄
Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk
#stayathome
#salamramadhan
#rumahbusuk
No comments:
Post a Comment