13 August 2020

7 idea

7 IDEA BAGI RUMAH BUSUK YANG UNIT CORNER LOT


Kes yang sedang berjalan sekarang ini 

Rumah busuk unit corner lot

Lokasi di seremban 

Sekitar 10 dari pusat bandar seremban 

Lokasi yang nyaman dan selesa 


Apabila kita sebut unit corner lot

Ramai yang terbayang kan ada ruang tanah 

Masih ada sedikit ruang tanah 

Banyak kegunaan nya apabila dirancang kan sebaiknya 


Dengan ruang tanah yang ada

Pasti nya boleh merancang untuk banyak perkara 

Antara seperti berikut:


1.

Boleh tambah ruang rumah lagi:

Boleh rancang satu hari nanti 

Tambah ruang dapur

Tambah bilik bilik

Maner tau nak tambah ruang parking kereta jua 


2.

Boleh bina porch tambahan:

Ada duit lebih dapat bonus ker 

Duit terpijak tepi jalan ker 

Dapat wang pusaka 

Boleh besar kan porch untuk rehat santai santai pepetang sambil letak aquarium ikan yang besar 


3.

Boleh bercucuk tanam:

Nak isi masa lapang yang terluang 

Boleh bercucuk tanam sayur sayuran 

Keluarkan peluh 

Malah boleh jimat belanja dapur 

Tanam serai, kunyit, daun kari, daun pandan Dan sebagai nya 


4.

Boleh buat landscape:

Yang minat bab landscape

Tanam bunga 

Pelbagai jenis bunga 

Susun batu batu

Tanam rumput bagi hijau laman 


5.

Boleh bina kolam ikan

Yang ada minat nak pelihara ikan

Ikan hiasan yang cantek seperti ikan koi

Saya minat gini

Tetapi tengok ikan berenang 


6.

Nak bina gazebo pun boleh 

Tempat santai lepak lepak 

Sembang sembang sambil layan FB

Boleh minum petang jua

Gazebo yang comei pun dah memadai 


7.

Ruang BBQ

Kumpul dengan family pada weken 

Boleh ukhwah silaturrahim buat masak BBQ

Ramai ramai mesti meriah kan

Sambil sembang sembang 

Perhhhh layan


Dan pelbagai perkara yang memberi manfaat lagi apabila ada ruang begini 

Macam macam akan timbul idea nya


Malah angin sepoi bahasa pun senantiasa menyapa 

Apabila sebelah tiada rumah pasti pemandangan juga luas 


Kes ini saya akan pasang pagar dawai besi 

Tapak dah ikat batu bata 

Agar angin boleh lalu banyak banyak 


Pada peringkat awal saya mahu pasang dinding batu bata untuk pagar keliling 

Tapi saya dah ubah perkara ini

Dah siap beli tiang tiang tetapi terpaksa gunakan untuk kes lain pulak 


Ramai juga yang mengidam untuk memiliki kediaman unit corner lot 

Mesti ada yang bercita cita jua kan kan 


InsyaAllah saya doakan agar kalian berpeluang untuk memiliki unit corner lot pada satu hari ini

InsyaAllah Aamin ðŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk


#rumahbusuk

#hobihartanah








12 August 2020

Ubi

Minum petang 
Wife sediakan 
Alhamdulillah menyelerakan 😄




10 August 2020

Reno ruang dapur

RUANG DAPUR RUMAH


Monday blues memang selalu bermalas malasan 

Kan dah cuti weken 

Nak taip pun terasa malas kan kan😄


Kes rumah busuk yang sedang di reno 

Reno sebuah rumah busuk 

Dari porch sampai lah ke dapur 


Ruang dapur rumah busuk yang ini 

Nak ejas bagi besar dan selesa 

Nak fikir susun atur yang sesuai 


Lebar sekitar 11 kaki

Panjang sekitar 20 kaki

Korang nampak luaskan dari gambar 


Sebelah kanan hujung dapur akan bina tandas

Ada table top L shape sekitar 18 kaki panjang 

Akan bina table top 


Pasang kitchen kabinet atas & bawah

Pasang hud & hob 

Blind pada tingkap 


Akan sediakan paip mesin basuh, soket & lubang air buang 

Sebelah tingkap akan sedia kan juga paip & soket untuk pasang mesin air cuckoo & coway 

Apabila dah ready siap siap tidak lah berserabut nak pasang kemudian


Kes rumah ini dijangka siap sebuah rumah 

Pada awal September 2020

Jika tiada aral menghalang 

Kita berdoa agar Pandemik Covid tidak terus bertambah 


Layan hobi sebegini memang syok 

Apabila tengok progress kerja dari masa ke semasa 

InsyaAllah ðŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 









04 August 2020

Asyik rumah Busuk

ASYIK NAK PANDANG RUMAH BUSUK

Jangan pandang rumah busuk 
Itu terlalu buruk sesangat 

Jangan pandang jejaka macho 
Itu dengan terlalu kagum 

Jangan pandang wanita cantek comel 
Itu terus jatuh cinta bagai nyer 

Kita ambil pandangan yang positif 
Kita fikir sebaiknya 

Yang baik kita ambil sebagai panduan 
Yang kurang baik kita jadikan sempadan

Tapi Ir. AJAK asyik nak pandang RUMAH BUSUK dengan pandangan yang terlalu teruja 
Camner tur
Yuhuu😄

Ir. AJAK

Nota: gambar dari sumber group wasup



03 August 2020

Debaran

Korang ada rasa macam saya ker ? Apabila wife bawak keter .. saya duk sebelah .. ada rasa DEBARAN di dada .. hahaha ðŸ˜„





02 August 2020

Aiskrim

Kita kongsi yer Sayang❤️

Abang beli satu jer

Duit ada RM5 jer dalam wallet 

Wang dah nipih coz layan rumah busuk 

Adoiii😄




Ibadah Korban

IBADAH KORBAN 


Binatang ternakan yang disembelih untuk mendekatkan diri kepada ALLAH swt pada Hari Raya Haji & Hari Tasyriq


Fadhilat Ibadah Korban:

  1. Penebus dosa
  2. Mendapat kebajikan terhadap setiap bulu binatang korban 
  3. Mendapat kedudukan mulia di sisi ALLAH swt 
  4. Membentuk peribadi ikhlas, sabar, syukur, belas kasihan dan tolong menolong 
  5. Penyembuh penyakit: rohani, fizikal, mental & sosial 
  6. Mendapat ganjaran pahala 

InsyaAllah 


Ada yang cakap merupakan kenderaan untuk meniti titian sirat 

Saya tidak tahu sejauh mana benar nya 


Alhamdulillah ðŸ˜„

Berpeluang untuk melaksanakan ibadah ini

Berada di lokasi sembelih bersama wife tersayang 

Kami naik scooter jer ke lokasi penyembelihan 

Ikut SOP yang telah ditetap oleh pihak pengurusan masjid 


Nota: info dari sumber google 


Ir. AJAK















01 August 2020

Air tangan

AIR TANGAN EMAK


Duduk bersama emak di dapur

Sembang sembang macam macam topik cerita 

Sambil pekena secawan kopi o

Kudapan keropok lekor 


Tangan emak laju jer mengupas kulit bawang

Potong sayur sayur tur

Di letak kan dalam bekas plastik 


Saya tenung tangan emak 

Makin berkedut kulit nya 

Betoi lah tur 

Umur saya pun dah 46 tahun tahun nie

Umur emak mesti lah lebih lagi 


Tangan emak ini yang membesar kan saya dari sejak saya dilahir kan lagi

Saya lahir di rumah kayu di kampong 

Apabila rindu jer ... saya balik jumpa emak


Ada apa isu pun kekadang cerita dengan emak

Dalam telefon pun selalu call 

Tak semesti nya emak boleh selesai kan pun

Tapi apabila bercerita dengan emak semacam boleh selesai ... entahlah mungkin imaginasi saya jer kot

Kekadang ada minta emak doakan jua


Emak pun cakap

Dapat jumpa cucu pun dia terasa happy

Sejak along dah belajar di kolej .. cari masa untuk along jua

Padahal cucu pun dah besar si along dah 18 tahun & si bongsu pun dah 11 tahun


Sibuk camner pun

Kuat kerja camner pun

Jam jalan kat hiway ker

Mesti nak cari peluang untuk ziarah & jumpa emak 


Sesedap mana pun makan kat restoran hebat 

Sesedap mana pun makan kat Chef di hotel 

Sesedap mana pun makan di kfc & mcd

Masakan air tangan emak adalah “unik” bagi saya

Saya sangat berselera makan masakan air tangan emak walaupun masakan simple ... se simple goreng ikan masin 


Sajer saya menulis santai pada hari ini 

Maner tau korang juga nak kongsi cerita bab emak

Emak mengandungkan kita 9 bulan 

Membesar kan kita 

Jangan lupa hulur kan wang setiap bulan ... jaga perkara ini sebaiknya yer korang 


Korang hulurkan wang ke emak korang ... yakin lah ada rezki yang datang ganti nanti tur ... hulur jer

Saya nampak perkara itu mencukup kan rezki kita seadanya 

Itu pengalaman saya tau !

Selagi emak kita masih ada lagi tur 

InsyaAllah ðŸ˜„

 

Ir. AJAK




Raya vs rumah busuk

AKTIVITI PADA MUSIM CUTI RAYA AIDILADHA ... SELIT JUGA RUMAH BUSUK


  1. Sholat raya
  2. Takbir raya
  3. Ziarah family 
  4. Ibadah korban 
  5. Makan makan


Jika korang ada masa terluang lagi 

Boleh cuba lagi untuk aktiviti:

  1. Cari rumah busuk sekitar taman yang kita tinggal 
  2. Dah jumpa rumah busuk... intai intai dalam rumah itu jika ada peluang 
  3. Cuba sembang dengan jiran rumah busuk untuk dapatkan info
  4. Ambil gambo rumah busuk ... tenung tenung lama lama maner tau ternampak HANTU KAK LIMAH ditepi tingkap rumah busuk 


Dengan aktiviti gitur 

Kot kot bleh timbul minat terhadap rumah busuk 

Saya pantang ada masa terluang mesti nak cari aktiviti berkaitan rumah busuk

Terasa girang hati apabila melihat rumah busuk wei


Jika tak sempat nak gie lawat rumah busuk 

Mesej mesej dengan rakan kontraktor 

Sesajer tanya progress 

Tak pun mesej rakan Agent 

Tanya kan kabar n tanya pasal rumah busuk tur😄


Gini lah skrang nie kan 

Dunia makin berubah 

Teknologi juga memainkan peranan waktu ini dan masa depan 

Malah untuk Lelongan Awam di mahkamah pun sudah mula ELelong secara online

Kita kena sesuai kan diri dengan pelbagai perubahan 

New normal lah di kata kan


Ir. AJAK






Pelitup

PEMAKAIAN PELITUP MUKA ...
Jangan lupa yer korang 😄