13 August 2020

7 idea

7 IDEA BAGI RUMAH BUSUK YANG UNIT CORNER LOT


Kes yang sedang berjalan sekarang ini 

Rumah busuk unit corner lot

Lokasi di seremban 

Sekitar 10 dari pusat bandar seremban 

Lokasi yang nyaman dan selesa 


Apabila kita sebut unit corner lot

Ramai yang terbayang kan ada ruang tanah 

Masih ada sedikit ruang tanah 

Banyak kegunaan nya apabila dirancang kan sebaiknya 


Dengan ruang tanah yang ada

Pasti nya boleh merancang untuk banyak perkara 

Antara seperti berikut:


1.

Boleh tambah ruang rumah lagi:

Boleh rancang satu hari nanti 

Tambah ruang dapur

Tambah bilik bilik

Maner tau nak tambah ruang parking kereta jua 


2.

Boleh bina porch tambahan:

Ada duit lebih dapat bonus ker 

Duit terpijak tepi jalan ker 

Dapat wang pusaka 

Boleh besar kan porch untuk rehat santai santai pepetang sambil letak aquarium ikan yang besar 


3.

Boleh bercucuk tanam:

Nak isi masa lapang yang terluang 

Boleh bercucuk tanam sayur sayuran 

Keluarkan peluh 

Malah boleh jimat belanja dapur 

Tanam serai, kunyit, daun kari, daun pandan Dan sebagai nya 


4.

Boleh buat landscape:

Yang minat bab landscape

Tanam bunga 

Pelbagai jenis bunga 

Susun batu batu

Tanam rumput bagi hijau laman 


5.

Boleh bina kolam ikan

Yang ada minat nak pelihara ikan

Ikan hiasan yang cantek seperti ikan koi

Saya minat gini

Tetapi tengok ikan berenang 


6.

Nak bina gazebo pun boleh 

Tempat santai lepak lepak 

Sembang sembang sambil layan FB

Boleh minum petang jua

Gazebo yang comei pun dah memadai 


7.

Ruang BBQ

Kumpul dengan family pada weken 

Boleh ukhwah silaturrahim buat masak BBQ

Ramai ramai mesti meriah kan

Sambil sembang sembang 

Perhhhh layan


Dan pelbagai perkara yang memberi manfaat lagi apabila ada ruang begini 

Macam macam akan timbul idea nya


Malah angin sepoi bahasa pun senantiasa menyapa 

Apabila sebelah tiada rumah pasti pemandangan juga luas 


Kes ini saya akan pasang pagar dawai besi 

Tapak dah ikat batu bata 

Agar angin boleh lalu banyak banyak 


Pada peringkat awal saya mahu pasang dinding batu bata untuk pagar keliling 

Tapi saya dah ubah perkara ini

Dah siap beli tiang tiang tetapi terpaksa gunakan untuk kes lain pulak 


Ramai juga yang mengidam untuk memiliki kediaman unit corner lot 

Mesti ada yang bercita cita jua kan kan 


InsyaAllah saya doakan agar kalian berpeluang untuk memiliki unit corner lot pada satu hari ini

InsyaAllah Aamin 😄


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk


#rumahbusuk

#hobihartanah








No comments:

Post a Comment