PAGI AHAD YANG CERAH
Kayuh santai jer pepagi ahad
Sambil menikmati udara segar
Yang penting kita rasa badan lebih segar
Nak kekalkan stamina untuk layan hobi rumah busuk
Korang riadah apa pagi nie
Lepas nie bekfes
Hahaha 😄
PAGI AHAD YANG CERAH
Kayuh santai jer pepagi ahad
Sambil menikmati udara segar
Yang penting kita rasa badan lebih segar
Nak kekalkan stamina untuk layan hobi rumah busuk
Korang riadah apa pagi nie
Lepas nie bekfes
Hahaha 😄
MENULIS BUKU BERTAJUK “RUMAH BUSUK”
Saya sedang mula untuk menulis buku ke 2
Setakat ini cadangan bertajuk “RUMAH BUSUK”
Nak mohon kalian bagi semangat sket
Mohon korang kalian bagi cadangan isi kandungan subtajuk
Harapan saya agar tahun depan 2021 boleh di terbitkan
Saya nak masukkan gambar gambar rumah busuk menjadi rumah wangi
Gambar sebelum & selepas
Buku pertama tulisan saya yang bertajuk “HOBI HARTANAH” tempohari
Mendapat sambutan Dan sokongan dari kalian semua
Stok cetakan Kedua pun dah hampir habis
Korang doakan yer
Agar ada peluang untuk saya berkongsi hobi saya ini
Ini minat saya sejak 10 tahun dahulu
Adalah sedikit sebanyak pengalaman yang saya garap
Nak kongsikan dengan kalian dalam buku ini nanti
InsyaAllah 😄
Ir. AJAK
PROGRESS RUMAH BUSUK UNIT END LOT
Unit end lot
Yang sedang rancak direno
Lokasi di sekitar bandar seremban
Musim PKPB aktiviti berjalan seperti biasa
Dah banyak progres nya:
Minggu ini dah mula pasang:
Akan buat tempahan bagi:
Apabila dah siap kerja binaan
Akan Minta team Kontraktor elektrik untuk masuk semula bagi sempurna kan kerja-kerja pemasangan lampu & kipas serta semua socket & plug pada dinding
Dijangka bulan depan Disember ini akan siap sepenuhnya
Harap semua perancangan akan berjalan dengan lancar
Skrang nie Musim hujan jer tapi Alhamdulillah bumbung semua dah siap pasang
Semua kerja di bawah bumbung
InsyaAllah 😄
Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk
#rumahbusuk
#rumahwangi
#hobihartanah
#irajak
#irajakchannel
#irajakchannelyoutube
Boleh download panduan lengkap cara untuk miliki RUMAH BUSUK di link kat bawah 👇
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/IrAJAK
BANGSA H KEGUNAAN LAWAT RUMAH BUSUK
Umur keter nie dah lebih 23 tahun weh
Pendaftaran pada tahun 1997
Guna plat wilayah WFW9_9
Masih boleh berjasa untuk bawa saya bergerak ke sana ke sini
Ke lokasi rumah busuk lah
Hari ini weken
Macam biasa jer
Memang saya luangkan masa untuk aktiviti hobi saya
Saya pergi ke 2 lokasi di sekitar seremban
Satu rumah ke hujung sana
Satu lagi rumah yang di sini
Aircon kereta masih sejuk tapi kena servis secara berkala
Pernah banyak kali juga
Apabila saya guna kereta ini
Jiran Jiran rumah busuk pernah berkata
“Ada ker modal nak beli rumah uzur ini ... banyak kos modal nak repair tau !!!” Sambil mata nya meleret jeling ... makcik pun pandang sinis ke saya
Saya tak ambil hati pun
Saya jawab “InsyaAllah saya cuba usahakan”
Mentang mentang saya tidak GUNA KERETA MEWAH
Sekadar cerita saya melayan hobi rumah Busuk
Tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun yer
Korang Ada pengalaman ker ?
Cer kongsikan 😄
Ir. AJAK
RUMAH BUSUK UNIT TEPI
Skrang sedang rancak jalan kan kes yang ini pulak
Memang progres makin banyak dah
Hujung bulan ini dijangka akan siap fully renovated
Semua berjalan ikut perancangan seperti di jadual
Saya masih memikirkan untuk memasang lengkap dengan langsir n blind
Kena cari warna yang sesuai untuk dengan warna cat juga pada dinding
Sajer buat persediaan lebih awal
Padahal rumah belum siap lagi
Kan kan
Unit tepi selesa juga untuk didiami
Ada tingkap di sisi tepi
Boleh cahaya masuk dan udara
Nampak berseri juga dengan ada nya langsir nanti
Kawasan perumahan yang damai n tenang
Kawasan perumahan yang sudah matang
Mudah untuk mendapat kan pelbagai kemudahan
Lokasi yang agak strategik
10 ke 15 minit dari pusat Bandar Seremban : Hospital, bank, pejabat Kerajaan, pasar besar, shopping complex dan sebagainya
Bleh di katakan semua senang lah
Saya Memang terasa syok apabila melihat progres sebegini
Usaha yang berterusan untuk melihat sebuah rumah Busuk di transformasi kepada rumah wangi
Alhamdulillah 😄
Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk
#rumahbusuk
#rumahwangi
#hobihartanah
#irajak
#irajakchannel
#irajakchannelyoutube