23 October 2021
Riadah
17 October 2021
Kuew Teow Goreng
16 October 2021
Karenah
KARENAH RENO RUMAH BUSUK
Apabila nak reno rumah busuk memang macam macam ragam akan dilalui
Antara perkara itu ialah:
1. Proses nak lulus pelan ubah suai rumah busuk
2. Proses pemilihan kontraktor yang paling sesuai
3. Risau bajet kurus dan burst selalu
4. Jiran yang meluahkan perasaan bahawa bunyi akan bising sewaktu proses reno sedang berjalan
5. Ada jugak jiran yang tak selesa terdapat bahan bahan binaan yang banyak di dalam atau hadapan premis reno itu
6. Kekangan tapak binaan renovation yang kecik dan payah nak letak bahan binaan yang buat stok binaan
7. Koordinasi kerja antara kontraktor binaan rumah ... Kontraktor elektrik ... Kontraktor piping ... Kontraktor kitchen kabinet ... kontraktor wainscoting ... kontraktor langsir dan kontraktor gril welding pagar serta kontraktor aircon untuk timing buat kerja memasing yer
8. Kekadang pihak berkuasa majlis datang buat inspection sewaktu kerja reno sedang berjalan
9. Kesabaran amat amat penting dalam proses reno rumah busuk
Saya sekadar layan hobi hartanah rumah busuk jer
SHARE kan untuk panduan kenkawan sekalian👍
Yuhuu 😄
Ir. AJAK
#rumahbusuk
Nota:
Gambar dari koleksi kes rumah diwangikan yang telah siap terdahulu
Boleh dapatkan 2 buah buku karya tulisan saya dari link di bawah:
- RUMAH BUSUK: HOBI MASYUK
- HOBI HARTANAH
https://s.lazada.com.my/s.WizvG
https://shopee.com.my/product/79293157/12614847729
Wasap.my/60129861504/bukuir
02 October 2021
Ramai Suka Rumah Wangi
RUMAH BUSUK vs RUMAH WANGI
Sajer nak gebang gebang pepagi sabtuday nie
1. Apabila saya usaha untuk kmemiliki rumah busuk
2. Ramai jiran memandang sebelah mata jer
3. Sesekali ada jugak terasa rendah diri
4. Orang lain beli rumah yang wangi wangi
5. Tapi saya berusaha jugak beli rumah yang busuk
6. Saya usaha untuk reno rumah busuk
7. Saya mohon kelulusan pelan reno dari pihak berkuasa tempatan
8. Saya sabar hadapi cabaran
9. Ada jugak jiran yang sindir saya ... "Tak der kerja lain yang nak buat ker" ... Saya buat buat senyum hambar jer laaa ... Nak dijawab ... Jiran yang berumur dah ... Risau jika tersalah jawab ... Akan terasa hati pulak si jiran tur ... Saya mengelak dari berbual panjang
10. Makin hari saya makin matang dalam melayan hobi hartanah "rumah busuk" ... tak kisah lah korang nak kutuk ker
Alahaiii
Yang kita selalu nampak memang kita suka kepada rumah yang sudah siap wangi
Kan kan😄
Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk
#rumahbusuk
Nota:
Boleh dapatkan 2 buah buku karya tulisan saya dari link di bawah:
- RUMAH BUSUK: HOBI MASYUK
- HOBI HARTANAH
https://s.lazada.com.my/s.WizvG
https://shopee.com.my/product/79293157/12614847729
Wasap.my/60129861504/bukuir
25 September 2021
Hadap Jer
SANTAI HADAPI SEMUA CABARAN MELAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK
Dalam kehidupan harian kita ini
Macam2 planning yang kita nak buat
Untuk menjayakan semua perkara yang kita mahukan
Cuma dalam usaha untuk mencapai nya
Akan berlaku pelbagai halangan & ujian
Biasa nya begitu lah
Namun ada jugak yang berjalan secara lancar tanpa sebarang masalah
Kunci utama nya
Mesti tenang untuk hadapi semua cabaran
Kita Memang tidak boleh lari dari cabaran demi cabaran
Selagi kita bernyawa pasti akan ada jer cabaran yang mendatang
Macam saya jugak
Dalam melayan hobi hartanah rumah busuk
Mesti ada cabaran nya
Contoh:
- Tidak dapat memiliki rumah Busuk dengan harga yang rendah ... bajet kita mungkin ciput tak memcukupi
- Deal untuk memiliki rumah busuk tidak dapat close ... tawaran harga owner yang kurang munasabah maybe tinggi
- Proses nak selesaikan transaksi memiliki geran hakmilik rumah busuk dengan ada pelbagai halangan ... owner dah meninggal dan belum selesai proses pembahagian harta
- Modal untuk reno rumah busuk yang makin tinggi ... rumah keadaan dah uzur memang Kos Tinggi lah
- Idea Kekadang ke laut ... untuk buat semula rumah busuk bagi mewangi
- Pasangan mungkin tidak bersetuju dengan segala idea yang kita lontar kan ... maka kena ada sesi memujuk untuk persetujuan bersama dicapai
- Kontraktor culas buat kerja ... asyik lambat jer ... pelbagai alasan diberikan
Sekadar coretan saya untuk kita sama2 renungkan
Sekira nya manfaat kito kongsikan dengan kenkawan yer 😄
Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk
#rumahbusuk
Nota:
Boleh dapatkan 2 buah buku karya tulisan saya dari link di bawah:
- RUMAH BUSUK: HOBI MASYUK
- HOBI HARTANAH
https://s.lazada.com.my/s.WizvG
https://shopee.com.my/product/79293157/12614847729
Wasap.my/60129861504/bukuir
21 September 2021
BUKU Terbaru
19 September 2021
Layan Rumah Busuk Perlu Modal
RUMAH BUSUK MEMANG PERLUKAN MODAL
Ramai yang bertanyer kepada saya
Nak layan hobi rumah nie perlukan modal ker
Jawapan nya memang YA
Memang perlukan modal untuk:
1. Nak cari rumah busuk
2. Nak dapat dapatkan rumah busuk
3. Nak beli rumah busuk
4. Nak repair rumah busuk
5. Nak upah runner rumah busuk
6. Nak bayar kos lawyer
7. Nak bayar kos bil utiliti tertunggak
8. Nak bayar cukai pintu & cukai tanah
9. Nak bayar kos perfection geran hakmilik jika masih belum setel
10. Nak bayar kos pelbagai lain lain lagi jika ada yer
Bermakna tiada modal memang payah lah nak layan hobi rumah busuk nie
Saya cakap terus terang lah kan
Yuhuu 😀
Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk
12 September 2021
Hati Girang
HATI GIRANG LIHAT RUMAH BUSUK WEH !
Hati semakin girang berbunga bunga
Melihat sebuah rumah busuk makin mewangi weh
Sehari demi sehari
Apabila setiap progres projek rumah busuk makin bertambah:
- Dari tiada kelulusan pelan ubahsuai telah ada kelulusan
- Dari tiada meter air telah ada meter air
- Dari tiada porch telah dibina porch yang tersergam
- Dari dapur yang kecil telah diluaskan
- Dari lantai simen telah di tiles kan seluruh lantai
- Dari tandas yang usang telah dijadikan tandas yang amat sempurna
- Dari tiada table top dibina bersekali dengan kitchen kabinet atas dan bawah serta hood hob
- Siling yang terlopong telah digantikan dengan plaster siling
- Lampu kalimantang telah disusun semula dengan lampu downlite led
- Tingkap nako telah digantikan dengan tingkap tinted kaca aluminium frame
- Gril n pagar mahu ditempah di bengkel
- Akan dicat dengan warna pilihan
Tips:
- Nak layan aktiviti hobi hartanah rumah busuk ini mesti nak ada minat
- Kena bawak sekali pasangan agar minat sama supaya tak ada bebelan
- Kena luangkan masa walaupun sesibuk mana sekalipun
- Cari lah peluang untuk menimba ilmu ... jangan main belasah jer
- Pelan pelan kayuh ... jangan gelojoh n tamak
Tur jer nak kongsi kan dengan korang
Yuhuu satu kali😀
Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk
Nota:
Gambar dari simpanan dalam henpon bagi projek yang dulu
#rumahbusuk