13 August 2022

11 Tips

11 TIPS ANGGARAN RUMAH BUSUK


Ramai yang berminat nak tahu apabila kita berbicara bab anggaran kos rumah busuk 

Yang amat pasti ialah setiap kes tidak sama kos nya

Ya memang pasti tidak akan sama Kos nya 


Amat amat bergantung kepada elemen elemen berikut antaranya:


  1. Jenis rumah ... banglo, teres setingkat ker 
  2. Pilihan jenis bahan binaan yang digunakan 
  3. Nak kualiti bagus atau kualiti sederhana 
  4. Nak tempoh siap cepat atau tempoh siap biasa biasa jer 
  5. Lokasi rumah di mana tur ... lokasi akan menentukan harga kos jugak ... contoh di Bandaraya KL akan tinggi sket lah berbanding di Kuala Pilah Negeri Sembilan 
  6. Mahu mendapatkan pelan kelulusan PBT atau tidak
  7. Rekabentuk ubahsusai yang biasa biasa atau rekabentuk yang luar biasa bentuk nya
  8. Apa item nak di ubahsuai nya contoh porch sahaja ker atau extend dapur atau nak ubah kedudukan tandas
  9. Apa item item detail yang di mahukan ... contoh ada plaster siling ker
  10. Berapa saiz rumah atau saiz porch yang mahu dibina 
  11. Rumah landed atau apartmen (yang apartment tur ada lif atau tiada


Sekadar saya beri pandangan jer

Saya bukannya hebat sangat pun

Sekadar layan hobi hartanah rumah busuk untuk isi masa lapang pada weken 

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk


Nota: 

Dalam gambar 

Rumah busuk yang hampir mewangi dah 

Belum dicuci lantai nya lagi 

Lokasi di Seremban

Bila dah cun begini … ramai yang bertanya … jiran jiran pun Suka😄











07 August 2022

Ohh rumah busuk

OHHH RUMAH BUSUK !

Malas nak membebel pagi weken nie
Biar lah gambar berbicara 
Kes rumah busuk yang telah diwangikan 
Salah sebuah rumah yang lepas 
Memang Syok melayan hobi rumah busuk 😄






















Dinner

DINNER MALAM MINGGU

Citer malam tadi
Hadir dinner anjuran Institute Engineer Malaysia (IEM) Cawangan Negeri Sembilan

Last majis pada tahun 2019  
Asbab pandemik di tangguh kan 
Berkumpul nya para jurutera di NS

Teknokrat ini agak penting untuk pembangunan di Negeri Sembilan 
Keperluan yang senantiasa diperlukan dari masa ke semasa 

Sempat beri pandangan kepada Presiden IEM sewaktu tamat majlis … agar terus menggalakkan pelbagai program untuk menarik golongan muda ke arah untuk menjadi jurutera

Tetiba malam tadi … nombor dipanggil dapat lucky draw … ambil hadiah daripada Datin Seri … Alhamdulillah 

Sewaktu nak kembali ke meja semula dan melintasi meja VVIP
YAB MBNS sempat panggil n berbisik “sejak dua menjak nie … asyik bertuah jer kau yer” … tergolak kami 😄


Sekadar coretan gambar kenangan 😄
Lama dah saya jadi member sejak student di U lagi …
















Dinner

DINNER MALAM MINGGU

Citer malam tadi
Hadir dinner anjuran Institute Engineer Malaysia (IEM) Cawangan Negeri Sembilan

Last majis pada tahun 2019  
Asbab pandemik di tangguh kan 
Berkumpul nya para jurutera di NS

Teknokrat ini agak penting untuk pembangunan di Negeri Sembilan 
Keperluan yang senantiasa diperlukan dari masa ke semasa 

Sempat beri pandangan kepada Presiden IEM sewaktu tamat majlis … agar terus menggalakkan pelbagai program untuk menarik golongan muda ke arah untuk menjadi jurutera

Tetiba malam tadi … nombor dipanggil dapat lucky draw … ambil hadiah daripada Datin Seri … Alhamdulillah 

Sewaktu nak kembali ke meja semula dan melintasi meja VVIP
YAB MBNS sempat panggil n berbisik “sejak dua menjak nie … asyik bertuah jer kau yer” … tergolak kami 😄


Sekadar coretan gambar kenangan 😄
Lama dah saya jadi member sejak student di U lagi …
















31 July 2022

Langsir

Layan Hobi Hartanah Rumah Busuk


Item langsir & blind

Adalah sebahagian dari item yang perlu di dalam rumah busuk untuk diwangikan 

Saya akan masukkan item ini dalam senarai keperluan 

Pagi tadi gie sukat

Petang nie dah buat tempahan 


Wife saya bab gini dia memang suka 

Saya suruh pilih warna untuk dipasang di dalam rumah busuk 

Pilih warna kain 

Pilih jenis kain


Bab nak bayo 

Ini saya penin …. Adoiii

Ini lah yang dinamakan layan hobi hartanah pada weken 

Kami bedua sama sama minat 

Ke hulu ke hilir untuk sempurnakan sebuah rumah busuk menjadi WANGI


Kekadang saya & wife yang pergi sukat & pergi tempah  … ini keadaan apabila ada kelapangan waktu 

Kekadang nak senang sket … panggil staf butik langsir datang ke lokasi … sukat … kita pilih jenis & Warna kain


Ada kala nya 

Warna yang kita pilih 

Kain plak tak cukup banyak stok nya untuk keperluan sebuah rumah 

Maka terpaksa lah pilih warna & jenis kain yang ready stok


YUHUU 😄


Ir. AJAK








Telo Ikan

Sodap pulak telo ikan masak kari …👍👌😄







30 July 2022

Cabaran

ANTARA CABARAN LAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK


LIKE yer fren😄


Cabaran makin terasa untuk "games rumah busuk":

1. Makin ramai yang berminat untuk memiliki rumah busuk

2. Makin ramai pembida apabila ada lelongan awam ... Bukan setakat 5 orang tetapi kekadang lebih dari 15 orang untuk satu unit

3. Harga rizab lelong pun dah mula tinggi berbanding dengan 3 tahun yang lepas

4. Keadaan rumah busuk pun sangat uzur dan seram

5. Kos yang terlibat untuk mewangi kan makin tinggi

6. Kontraktor pulak mula demand harga dengan alasan kos bahan binaan naik harga dan kos upah buruh makin tinggi ...

7. Faktor modal juga memang antara kekangan yang memening kan kepala 


Saya sekadar layan hobi hartanah jer

SHARE untuk manfaat kenkawan yer 😄👍


Ir. AJAK








25 July 2022

Mesin Basuh

Memalam pun layan hobi rumah busuk tau
Mesej kena jawab 
Supaya mudah rakan kontraktor untuk buat kerja di lokasi 

Jikalau tidak beri kata putus 
Maka lain yang dibuat nya
Kena sabar dalam melayan hobi begini 

Layan 😄



Cinta Hati

Cinta Hati saya memasak
Memang memikat selera saya
Tak pernah tak sedap 
Alhamdulillah 👍👌😄