26 December 2022

Matterhorn Zermart Switzerland

KEHIDUPAN INI KERAS … seumpana batuan MATTERHORN


Ramai pelancong nak bergambo dengan view Matterhorn 

Maklum lah menjadi lambang coklat kegemaran ramai Toblerone 

Sekadar bergambo kenangan dengan kidos di kawasan tinggi Zermart Switzerland 


Kehidupan perlu diteruskan 

Tanpa rasa jemu tanpa rasa malas 

Hidup ini memang keras 

Memang mencabar 

Banyak komitmen perlu kita lunas kan 


Diary kehidupan kita senantiasa terpahat dengan pelbagai rencana kehidupan 

Kita lalui dengan redho & pasrah

Tahun lepas Mei 2021 saya terkena Covid 19 pada tahap 5 … terlantar sebulan di hospital dengan bantuan pernafasan … penuh mencabar … hampir 4 bulan guna wheelchair 


Dengan Izin dari NYA  … Saya berusaha untuk bangkit semula dengan bantuan rawatan pemulihan doktor

Semangat kena kuat … Ada juga terfikir rasa down 

Walaupun ada kepayahan jua 

Allah swt bantu sebaiknya … saya Amat bersyukur 


Saya berusaha untuk pergi umrah pada Disember 2021 dan september 2022 .. berdoa di depan Kaabah … merayu kepada NYA tempat kita meminta bantuan 

Agar kehidupan saya n family boleh dipermudahkan 


Pertengahan tahun ini 

Saya mengambil keputusan untuk bersara awal dari berkhidmat sebagai penjawat awam … sempat menabur perkhidmatan sekitar lebih 22 tahun di pelbagai agensi … hari akhir pada tarikh kemerdekaan 31 Ogos 22 … mulai 1 September 22 saya dah memiliki Kad pencen … mulai tarikh ini jua saya membuka lembaran baru … memberi perkhidmatan dengan cara yang lain pula … tapi masih menggunakan pengalaman yang saya ada … mencari rezki untuk menyara family  n membesar kan kidos … usia saya sudah berada di hujung 40 an .. bakal 5 siri dah 


Hobi rumah busuk saya masih timbang timbang kan … samada mahu terus berkongsi di media sosial atau sebaliknya  !


Maybe kehidupan saya jua .. sebagai insan biasa sahaja … tak perlu kot untuk dikongsi kan … saya sedang fikir fikir kan


Namun kalian semua .. tetap kawan kawan saya di media sosial yer ðŸ˜„


Ir. AJAK

Sekadar coretan cuaca sejuk nie … gigil jari jemari ðŸ˜„




25 December 2022

Kidos makin membesar

Waktu berjalan 
Terasa pantas 
Kita lalui kehidupan tanpa jemu 
Jika ada yang kita rasa kurang dalam kehidupan 
Kita usahakan sebaiknya untuk perbaiki bagi jadi lengkap sempurna seadanya

Sekadar renungan saya pawa weken today 
Kidos saya pun makin tinggi dah
Alhamdulillah atas segala kehidupan 😄




19 December 2022

Peluh

Santai pepetang balik dari opis .. mesin rumput jap .. keluar kan peluh 😄



18 December 2022

Mawar Merah

SEKUNTUM MAWAR MERAH


Dalam kehidupan ini

Tidak ada yang mudah 

Ada masa kita di atas 

Ada masa kita di bawah 

Sekuntum mawar merah tidak senantiasa akan mekar selama lama nya 


Namun begitu

Di mana kita berada … mahu pun di atas atau di bawah 

Kita cuba mencari jalan

Untuk memberi manfaat sebaiknya 


Ada yang bertanya kepada saya 

Setelah menerima “kad pesara”

Nak buat apa plak ?

Actually saya mengambil keputusan 

Untuk menabur bakti dengan sekelumit ilmu & pengalaman yang ada pada saya bagi manfaat ummah 


Selagi mana ada peluang n masih ada tenaga 

Saya akan mencuba sebaiknya 

Pada tahun 2021 lepas .. saya diuji dengan “Covid 19” … ini peluang ke 2 saya erti kan untuk memberi manfaat kepada ummah … makin hari makin saya sihat (Alhamdulillah) berbanding dengan tempoh 1 bulan saya terlantar di hospital pada bulan mei 2021 … Allahuakbar 


Saya akan memberi manfaat dengan cara saya tersendiri 

Sekadar coretan di pagi minggu 

Merenung perjalanan sepanjang tahun 2022 yang hampir ke penghujung bulan Disember 2022


Ceria selalu😄


Ir. AJAK

M



17 December 2022

Ado nie haaa

Ir. AJAK ado nie haaa 


Kalian semua apa kabar ?


Hampir sebulan saya tidak menaip di lembaran FB nie

Bukan bermakna saya merajuk 

Bukan tak mahu berkawan dengan kalian semua 

Bukan malas nak menaip di keyboard hp 

Sekadar mencuba diri sendiri untuk tidak aktif buat sementara waktu di FB nie


Sejak dua menjak ini saya agak sibuk dengan pelbagai perkara dalam jadual kehidupan harian 

Ada perkara yang saya fokuskan 

Sambil tur banyak masa saya luang kan untuk menonton World Cup di layar TV


Esok final kita tonton perlawanan France vs Argentina … kalian sokong mana ?😄


Ir. AJAK





19 November 2022

PRU 15

Simpan kenangan di sini 
PRU 15
.
.
Along 1st Time mengundi saluran 5
😄








10 November 2022

BERSARA

APRESIASI BERSARA

Sempat 22 tahun menimba ilmu & pengalaman   & membina kerjaya sebagai Jurutera Profesional PEPC
Bersara pada usia 48 tahun 
Menyumbang bakti & memberi manfaat kepada ummah
Dalam pelbagai agensi samada di Negeri & Persekutuan 
Membina networking & ukhwah silaturrahim 

Terus akan menyumbang bakti ke platform lain pula selagi ada ruang & peluang kepada manfaat ummah … Fardhu Kifayah 
Moga Allah swt memberkati usaha saya 
InsyaAllah Aamin 😄







06 November 2022

Musim PRU 15

RUMAH BUSUK


Musim nak PRU nie

Ceriter rumah busuk 

Di tangguh kan lah buat sementara waktu 


Semalam pun dah penamaan calon 

Meriah tengok bendera dah mula di pasang di pelbagai lokasi


2 minggu lagi kita mengundi 

19 Nov 22 akan tercatat lagi dalam diary sejarah negara 

Umur 18 pun dah boleh mengundi 


Ir. AJAK masih layan hobi RUMAH BUSUK sejak tahun 2010 lagi 

😄