21 July 2020

SHARE Cerita Rumah Busuk

Ir. AJAK SHARE PENGALAMAN RUMAH BUSUK


Sajer nak berceloteh pepagi nie 

Saya tak kisah lah apa orang lain nak cakap

Saya share jer pengalaman rumah busuk


Jika bermanfaat pada korang ambil lah yer sebagai panduan

Jika rasa menyampah saya pun tidak pernah memaksa kalian yer


Ilmu & pengalaman di FB nie yang saya share kan pun secara percuma 

Tiada siapa yang bayar ke saya untuk menulis 

Ikhlas dari saya untuk berkongsi & beri manfaat kepada semua 


Bagi saya dengan cara share kan ilmu & ceriter rumah busuk merupakan satu kepuasan yang sukar di gambar kan dengan kata kata

Satu perkara yang menyeronokkan dalam diary kehidupan saya aktiviti nie


Tidak ada orang yang paksa saya untuk menaip keypad henpon untuk berceriter tentang rumah busuk

Korang kalian friends & follower adalah Sumber inspirasi saya

Semuanya lahir dari rasa ingin berkongsi sesuatu dengan kalian semua


Sekadar untuk memberi manfaat 

Kekadang tiada idea nak menulis di wall fb tentang ceriter rumah busuk

Saya belasah jer taip yer

Bahasa lintang pukang

Janji korang faham 

Sampai maksud nak di cerita kan


Yuhuu😀


Ir. AJAK

Layan hobi hartanah rumah busuk 


#rumahbusuk

#rumahwangi

#hobihartanah

#irajak

#irajakchannel

#irajakchannelyoutube

Ir. AJAK CHANNEL YOUTUBE 


https://www.youtube.com/channel/UCsKkCLR0UHjCRfJeAxGzv-Q





20 July 2020

Macho



Burger

PESANAN UNTUK BELI BURGER

Balik dari rumah busuk 
Ada pesanan beli burger 
2 ayam spesel
2 daging spesel
1 ayam biasa tanpa sos 
Mayonnaise lebih sket 

Gini lah kita
Singgah kat mana mana pun bleh 
Janji pesanan jangan lupa 
Kan kan 😄



After 5pm

AFTER 5pm LAYAN RUMAH BUSUK


Kita layan rumah busuk plak

Layan hobi nie memang syok

Mesti nak singgah ke rumah busuk weh


Naik kuda tua

Kuda dah lebih umur 22 tahun

Masih boleh gerak

Takat nak rempit ke KL dari Soromban 

Bleh lagi 

Hahaha 


Hampir 1 jam ke rumah busuk 

Singgah makan pau dalam keter jer

Kat tepi jalan 

Pau panas memang sedap weh 


Sempat sembang dengan Jiran sebelah 

Jiran yang baik 

Jiran beri kerjasama sebaiknya 

Bagi pinjam bekalan elektrik untuk guna masa proses reno 

Saya bayar ke Jiran sebelah 


Alhamdulillah urusan dipermudahkan 

InsyaAllah 😄


Ir. AJAK

Layan hobi hartanah rumah busuk 


#rumahbusuk

#rumahwangi

#hobihartanah

#irajak

#irajakchannel

#irajakchannelyoutube

Ir. AJAK CHANNEL YOUTUBE 


https://www.youtube.com/channel/UCsKkCLR0UHjCRfJeAxGzv-Q






Jiran cakap ada JIN

BERKONGSI CERITA RUMAH BUSUK: JIRAN SIAP PESAN ADA “JIN” DALAM RUMAH ITU SEWAKTU SAYA LAWAT LEPAS ASAR SEMALAM


Monday blues mesti korang bermalas malasan yer

Hari isnin hari baru untuk minggu ini

Macam macam kita nak buat dan rancang kan


Weken petang semalam 

Saya mesti nak lawat rumah 

Ada 3 lokasi saya lawat bersama wife

Yang lokasi satu rumah tur jiran sebelah siap cakap “ada Jin dalam rumah tur” potang semalam 

Cuak juga saya nak masuk weh 

Adoiiii😄


Berkongsi cerita rumah busuk:

1. Untuk membeli rumah undercon ramai yang berpusu pusu ke rumah contoh yang disediakan oleh pemaju


2. Untuk memiliki rumah subsale mesti ramai yang mencari rumah yang cantek sempurna


3. Lain pulak dengan hobi saya yang suka mencari rumah busuk


4. Di mana ada rumah busuk di situ yang saya singgah


5. Di ceruk taman ada rumah busuk yang dah tumbuh pokok sebesar peha kaki disitulah saya meredah masuk rumah busuk


6. Di mana ada tampal iklan "lelong" rumah busuk di situlah saya singgah mengambil nombor telefon


7. Di mana kenkawan berceriter ada lokasi rumah busuk disitulah saya terkejar kejar untuk pergi lihat


8. Kekadang kidos saya pun cakap "papa nie asyik layan rumah busuk jer"


9. Saya singgah rumah busuk dan ada jiran sebelah cakap "ada penunggu dalam rumah busuk tur" maka saya gagahi jua ... Korang jangan mintak saya explain lelebih bab zombi nie yer


10. Makin saya layan rumah busuk makin seronok pulak dirasakan


11. Malah saban hari saya terima mesej bertanyer kan bab rumah busuk ... saya cuba layan jua walaupun kekadang lewat kerana kekangan waktu tapi cuba nak balas ... Kan kan kan


12. Saya seronok berkongsi ceriter bab rumah busuk kerana setiap kali saya berkongsi dengan korang akan timbul perasaan bersemangat


Korang boring ker

Saya asyik menulis bab rumah busuk nie

Sajer survey 😄


Ir. AJAK

Layan hobi hartanah rumah busuk 


#rumahbusuk

#rumahwangi

#hobihartanah

#irajak

#irajakchannel

#irajakchannelyoutube

Ir. AJAK CHANNEL YOUTUBE 


https://www.youtube.com/channel/UCsKkCLR0UHjCRfJeAxGzv-Q




Doa



19 July 2020

Lamb shank

Merempit nak gie makan jap
Teringin nak lamb shank
Alhamdulillah sedap 😄👍







31 ribu followers

Saya Ir. AJAK menghargai semua followers yang dah capai 31 ribu. Kalian semua adalah Sumber Inspirasi untuk saya berkongsi cerita RUMAH BUSUK. Terima Kasih korang yer😄





Banjir

BANJIR KILAT

Semalam hujan agak lebat dan secara berterusan dalam tempoh yang agak panjang semalam

Akibat hujan yang berterusan maka bencana banjir kilat pun melanda 

Ramai yang share gambar n video 

Saya simpati keadaan ini kepada mereka yang terlibat 

Mesti ada kerugian yang terpaksa ditanggung 

Mohon bersabar yer dengan musibah ini 

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul 

Sama sama kita mendoakan agar semua urusan dipermudahkan

Sumber video dari group wasup 

Ir. AJAK





18 July 2020

10 tips

10 TIPS AGAR KITA JADI LEBIH TENANG


Hujan kat seremban petang ini

Alhamdulillah cuaca nyaman

Ada air untuk pokok pokok

Ada air di sungai untuk mengalir untuk kita minum air terawat 


Saya duduk santai di porch sambil tengok air hujan

Rasa ilex n tenang sahaja

Sambil pekena secawan air panas

Saya taip jer jika beri manfaat


  1. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita rasa akan rasa lebih tenang. Hati tidak gundah gulana. Pandang lah apa yang lebih pada orang lain untuk kita berusaha mencapai jua dengan cara baik.


  1. Layan bebaik ibu & Ayah. Call lah mereka jika berjauhan. Tanya kan kabar. Jangan lupa transfer kan duit setiap bulan. Sesekali usaha untuk ziarah mereka. Pasti akan rasa tenang apabila dapat bercakap dengan mereka. Jikalau ibu atau ayah dah tiada ... kirimkan buat mereka di sana. Terasa indah dunia ini.


  1. Santuni isteri. Layan isteri yang ada tur bebaik. Jangan kedekut nak belanja. Apa yang kita ada kita kongsi bersama. Kan dah janji masa bercinta dolu. Lautan api sanggup direnangi. Susah payah kita bersama. Isteri kita sama sama bermadu kasih mesti tersenyum lebar.


  1. Bebaik dengan anak anak. Jangan garang sangat. Tapi cuba kawal mereka. Apa yang kita mampu kita berikan pada mereka. Jangan sampai mereka terasa hati tengok kenkawan sekolah dapat itu ini dari family mereka. Sesekali kita layan kehendak anak. Cuma berpada pada. Jangan terlalu mendesak ikut kehendak kita terutama dalam memilih bidang jurusan belajar di IPT. Pasti tenang hati kita tengok anak anak tersenyum.


  1. Berkawan dengan ramai orang. Kita wujudkan ikatan silaturrahim. Pasti banyak manfaat yang akan diperolehi. Sesekali kita jumpa sembang di mamak. Minum minum sambil sembang sembang perkara manfaat. Kita belanja kawan lelaju kita ke kaunter bayar. Kenkawan mesti mesra senyum ucapan terima kasih sebab kita sudi belanja mereka.


  1. Ambil masa. Cari masa. Mesti nak buat. Sholat 5 waktu jangan tinggal. Kot mana kita sibuk. Wajib buat sebab kita hamba. Terasa tenang apabila dah selesai bagi salam abis sholat. Saya bukan ustaz nak cakap lelebih.


  1. Cari masa buat sesuatu yang kita suka. Tak kira apalah. Janji kita rasa beri manfaat. Macam saya suka layan hobi rumah busuk. Saya juga suka pelihara ikan. Saya ada beberapa kolam simen. Beberapa jenis ikan. Kita santuni ikan macam ada serasi saya interaksi terapi minda. Ini buat saya rasa tenang n happy santai pulak tur.


  1. Tengok alam sekeliling. Lihat pokok. Tenung bulan. Lihat cahaya matahari. Tengok hujan. Tengok rumput. Pegang bunga. Apa sahaja yang ada di sekeliling kita. Buat secara santai jer. Jikalau sesekali ada peluang menjejaki bumi bersalji putih sejuk lagi lah kita rasa happy padahal salji jer pun. Kita kagum bumi ciptaan ALLAH swt. Rasa teruja siot.


  1. Jikalau ada peluang. Menyumbang apa sahaja yang kita ada. Kongsi dengan orang lain. Sedekah ker kat tabung masjid. Setidak tidak nya berkongsi ilmu dengan kenkawan di media sosial. Jika kita pandai masak kita kongsikan resepi masakan. Jika kita pandai bertukang kita kongsi kan tips bertukang. Pahala kita dapat. Mesti rasa happy apabila orang lain dapat Manfaat dari ilmu kita kongsikan.


  1. Jika susah sangat nak buat semua di atas. Serba tak jadi lah katakan. Korang cari perkongsian tulisan yang manfaat di media sosial. Tekan jer butang SHARE. Orang lain mesti rasa happy. Korang pun ilex santai sambil layan FB. Kan kan 😄


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 


#rumahbusuk

#rumahwangi

#hobihartanah

#irajak

#irajakchannel

#irajakchannelyoutube

Ir. AJAK CHANNEL YOUTUBE 


https://www.youtube.com/channel/UCsKkCLR0UHjCRfJeAxGzv-Q