18 July 2020

10 tips

10 TIPS AGAR KITA JADI LEBIH TENANG


Hujan kat seremban petang ini

Alhamdulillah cuaca nyaman

Ada air untuk pokok pokok

Ada air di sungai untuk mengalir untuk kita minum air terawat 


Saya duduk santai di porch sambil tengok air hujan

Rasa ilex n tenang sahaja

Sambil pekena secawan air panas

Saya taip jer jika beri manfaat


  1. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita rasa akan rasa lebih tenang. Hati tidak gundah gulana. Pandang lah apa yang lebih pada orang lain untuk kita berusaha mencapai jua dengan cara baik.


  1. Layan bebaik ibu & Ayah. Call lah mereka jika berjauhan. Tanya kan kabar. Jangan lupa transfer kan duit setiap bulan. Sesekali usaha untuk ziarah mereka. Pasti akan rasa tenang apabila dapat bercakap dengan mereka. Jikalau ibu atau ayah dah tiada ... kirimkan buat mereka di sana. Terasa indah dunia ini.


  1. Santuni isteri. Layan isteri yang ada tur bebaik. Jangan kedekut nak belanja. Apa yang kita ada kita kongsi bersama. Kan dah janji masa bercinta dolu. Lautan api sanggup direnangi. Susah payah kita bersama. Isteri kita sama sama bermadu kasih mesti tersenyum lebar.


  1. Bebaik dengan anak anak. Jangan garang sangat. Tapi cuba kawal mereka. Apa yang kita mampu kita berikan pada mereka. Jangan sampai mereka terasa hati tengok kenkawan sekolah dapat itu ini dari family mereka. Sesekali kita layan kehendak anak. Cuma berpada pada. Jangan terlalu mendesak ikut kehendak kita terutama dalam memilih bidang jurusan belajar di IPT. Pasti tenang hati kita tengok anak anak tersenyum.


  1. Berkawan dengan ramai orang. Kita wujudkan ikatan silaturrahim. Pasti banyak manfaat yang akan diperolehi. Sesekali kita jumpa sembang di mamak. Minum minum sambil sembang sembang perkara manfaat. Kita belanja kawan lelaju kita ke kaunter bayar. Kenkawan mesti mesra senyum ucapan terima kasih sebab kita sudi belanja mereka.


  1. Ambil masa. Cari masa. Mesti nak buat. Sholat 5 waktu jangan tinggal. Kot mana kita sibuk. Wajib buat sebab kita hamba. Terasa tenang apabila dah selesai bagi salam abis sholat. Saya bukan ustaz nak cakap lelebih.


  1. Cari masa buat sesuatu yang kita suka. Tak kira apalah. Janji kita rasa beri manfaat. Macam saya suka layan hobi rumah busuk. Saya juga suka pelihara ikan. Saya ada beberapa kolam simen. Beberapa jenis ikan. Kita santuni ikan macam ada serasi saya interaksi terapi minda. Ini buat saya rasa tenang n happy santai pulak tur.


  1. Tengok alam sekeliling. Lihat pokok. Tenung bulan. Lihat cahaya matahari. Tengok hujan. Tengok rumput. Pegang bunga. Apa sahaja yang ada di sekeliling kita. Buat secara santai jer. Jikalau sesekali ada peluang menjejaki bumi bersalji putih sejuk lagi lah kita rasa happy padahal salji jer pun. Kita kagum bumi ciptaan ALLAH swt. Rasa teruja siot.


  1. Jikalau ada peluang. Menyumbang apa sahaja yang kita ada. Kongsi dengan orang lain. Sedekah ker kat tabung masjid. Setidak tidak nya berkongsi ilmu dengan kenkawan di media sosial. Jika kita pandai masak kita kongsikan resepi masakan. Jika kita pandai bertukang kita kongsi kan tips bertukang. Pahala kita dapat. Mesti rasa happy apabila orang lain dapat Manfaat dari ilmu kita kongsikan.


  1. Jika susah sangat nak buat semua di atas. Serba tak jadi lah katakan. Korang cari perkongsian tulisan yang manfaat di media sosial. Tekan jer butang SHARE. Orang lain mesti rasa happy. Korang pun ilex santai sambil layan FB. Kan kan ðŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 


#rumahbusuk

#rumahwangi

#hobihartanah

#irajak

#irajakchannel

#irajakchannelyoutube

Ir. AJAK CHANNEL YOUTUBE 


https://www.youtube.com/channel/UCsKkCLR0UHjCRfJeAxGzv-Q





No comments:

Post a Comment