29 November 2020
Porch
Hirup Udara Segar
28 November 2020
Ruang Porch
MAKIN MEWANGI RUANG PORCH UNTUK RUMAH BUSUK
Apabila melihat ruang porch pada rumah busuk yang telah telah hampir diwangikan sebegini rupa
Terasa syok jer tengok kan kan
Maner tidaknya
Terpikir banyak perkara boleh dimanfaat ruang sebegini ini
Senang nak parking kereta
Senang nak parking motor
Senang nak letak basikal
Senang nak letak ATV (jika ada lah)
Senang nak alihkan penyidai baju yang jenis ada roda ke bawah porch apabila hari nak hujan
Boleh letak meja kecil & kerusi untuk minum petang sambil santai santai
Jika ada anak kecil nak bermain basikal kecil juga senang untuk dilihat di depan mata
Maner lah tau sesekali nak buat jamuan makan makan dengan family
Boleh lah gunakan ruang ini
Ada ruang yang sesuai
Sambil bakar BBQ ayam atau kambing
Apabila tengok ruang sebegini
Terasa lapang jer fikiran
Tambahan pula ada angin angin sepoi bahasa yang menyapa melalui pagar
Mesti para gegurl mengidam kan untuk dapat memiliki ruang yang sebegini pada suatu hari nanti
Membina keluarga bahagia
Andaian saya jer nie
Apa pula pandangan korang ?
Rumah ini belum siap sepenuhnya
Banyak perkara lagi yang perlu di touch up kan
Bulan disember 2020 akan cuba disiap kan sepenuhnya
Saya akan sempurna kan rumah ini untuk final coordination antara Kontraktor:
- Binaan
- Elektrik
- Pagar & grill
- Kitchen kabinet
- Langsir & blind
- Wainscoting
TAK SABAR NAK LIHAT JADIK WANGI !!!
Yuhuu 😄
Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk
#rumahbusuk
#rumahwangi
#hobihartanah
#irajak
#irajakchannel
#irajakchannelyoutube
Boleh download panduan lengkap cara untuk miliki RUMAH BUSUK di link kat bawah 👇
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/IrAJAK
22 November 2020
Kayuh Santai
PAGI AHAD YANG CERAH
Kayuh santai jer pepagi ahad
Sambil menikmati udara segar
Yang penting kita rasa badan lebih segar
Nak kekalkan stamina untuk layan hobi rumah busuk
Korang riadah apa pagi nie
Lepas nie bekfes
Hahaha 😄
21 November 2020
Buku ke 2
MENULIS BUKU BERTAJUK “RUMAH BUSUK”
Saya sedang mula untuk menulis buku ke 2
Setakat ini cadangan bertajuk “RUMAH BUSUK”
Nak mohon kalian bagi semangat sket
Mohon korang kalian bagi cadangan isi kandungan subtajuk
Harapan saya agar tahun depan 2021 boleh di terbitkan
Saya nak masukkan gambar gambar rumah busuk menjadi rumah wangi
Gambar sebelum & selepas
Buku pertama tulisan saya yang bertajuk “HOBI HARTANAH” tempohari
Mendapat sambutan Dan sokongan dari kalian semua
Stok cetakan Kedua pun dah hampir habis
Korang doakan yer
Agar ada peluang untuk saya berkongsi hobi saya ini
Ini minat saya sejak 10 tahun dahulu
Adalah sedikit sebanyak pengalaman yang saya garap
Nak kongsikan dengan kalian dalam buku ini nanti
InsyaAllah 😄
Ir. AJAK
End Lot
PROGRESS RUMAH BUSUK UNIT END LOT
Unit end lot
Yang sedang rancak direno
Lokasi di sekitar bandar seremban
Musim PKPB aktiviti berjalan seperti biasa
Dah banyak progres nya:
- Dah extend dapur
- Dah bina porch
- Dah pasang plaster siling
- Dah bina dinding batu pada porch
Minggu ini dah mula pasang:
- Tiles lantai sebuah rumah
- Tiles dalam tandas
Akan buat tempahan bagi:
- Kitchen kabinet
- Pagar besi untuk pintu & Gril bagi sebuah rumah
- Nak buat pilihan warna untuk langsir
Apabila dah siap kerja binaan
Akan Minta team Kontraktor elektrik untuk masuk semula bagi sempurna kan kerja-kerja pemasangan lampu & kipas serta semua socket & plug pada dinding
Dijangka bulan depan Disember ini akan siap sepenuhnya
Harap semua perancangan akan berjalan dengan lancar
Skrang nie Musim hujan jer tapi Alhamdulillah bumbung semua dah siap pasang
Semua kerja di bawah bumbung
InsyaAllah 😄
Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk
#rumahbusuk
#rumahwangi
#hobihartanah
#irajak
#irajakchannel
#irajakchannelyoutube
Boleh download panduan lengkap cara untuk miliki RUMAH BUSUK di link kat bawah 👇
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/IrAJAK
20 November 2020
15 November 2020
MERECIK Peluh
14 November 2020
BANGSA H
BANGSA H KEGUNAAN LAWAT RUMAH BUSUK
Umur keter nie dah lebih 23 tahun weh
Pendaftaran pada tahun 1997
Guna plat wilayah WFW9_9
Masih boleh berjasa untuk bawa saya bergerak ke sana ke sini
Ke lokasi rumah busuk lah
Hari ini weken
Macam biasa jer
Memang saya luangkan masa untuk aktiviti hobi saya
Saya pergi ke 2 lokasi di sekitar seremban
Satu rumah ke hujung sana
Satu lagi rumah yang di sini
Aircon kereta masih sejuk tapi kena servis secara berkala
Pernah banyak kali juga
Apabila saya guna kereta ini
Jiran Jiran rumah busuk pernah berkata
“Ada ker modal nak beli rumah uzur ini ... banyak kos modal nak repair tau !!!” Sambil mata nya meleret jeling ... makcik pun pandang sinis ke saya
Saya tak ambil hati pun
Saya jawab “InsyaAllah saya cuba usahakan”
Mentang mentang saya tidak GUNA KERETA MEWAH
Sekadar cerita saya melayan hobi rumah Busuk
Tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun yer
Korang Ada pengalaman ker ?
Cer kongsikan 😄
Ir. AJAK