PAPA PERNAH MENJADIK PENJUAL MEE MAGGI SEGERA
=========================
Motivasi buat kiddos
Tahun 1987 - 1991
Papa pernah menjadik penjual mee maggi segera di asrama
Papa tinggal di asrama selama 5 tahun dari form 1 ke form 5
Ayah papa hanya seorang pekerja posmen di sebuah kampong di perak (skarang ayah dah arwah pada tahun 2010 ... Sedekah Al Fatihah buat arwah ayah ... Perasaan rindu melanda)
Namun papa bersyukur kerana mempunyai seorang ayah yang amat dedikasi untuk berusaha untuk menyara keluarga walaupun pendapatan yang agak kecil pada masa itu
Papa jugak memiliki seorang ibu yang amat penyayang mendidik papa dan membesarkan papa
Nak ceriternyer
Papa Nak cari duit tambahan untuk belanjer
Kerana ayah papa beri belanjer yang amat terhad
Setiap hujung minggu hari sabtu papa dibenarkan keluar dari kawasan asrama untuk ke bandar
Papa beli sekotak mee maggi segera untuk stok makanan papa pada waktu perot lapar dan stok untuk dijual kepada kenkawan
Ada kenkawan yang beli secara tunai dan "tulis dalam buku" ... Hehehee
Papa tak ambik untung banyak pun sekadar "5 sen" jer laa rasa nya (macam tak ingat)
Dari jaman skolah papa dah ada semangat usahawan
Papa sebagai "penjual mee maggi segera" jer
Semangat itu yang papa bawa sampai sekarang
Papa minat layan hobi sebagai penggiat hartanah pulak sekarang nie ... Bergerak aktif sejak 5 tahun yang lalu
Papa mahu kiddos tahu bahawa bukan mudah untuk menggapai sesuatu kejayaan
Perlu ada kesungguhan dan usaha yang kental
Jangan mudah putus asa
Tahu matlamat yang jelas
Jangan sesekali mahu menipu orang lain
Senantiasa berpikir untuk menyelesaikan masalah
Macam korang kiddos main "GAMES BLACK SHOT" dengan matlamat untuk "MENANG"
Jangan sesekali berasa penat untuk terus mendaki
Saham akhirat jugak jangan sesekali diabaikan dalam kesibukan kehidupan di dunia ini
Papa
"AJAK"
No comments:
Post a Comment