30 September 2016

Azan

Berkumandang Azan dari Masjid di hujung saner ...
Sambil menikmati keindahan pemandangan Selat Melaka ...
Indah sungguh bumi ciptaan ALLAH ...
Alhamdulillah ...

Bonding time

Layan kiddos ...
Bonding times ...
Dah sebulan berjauhan dengan kiddos ...

Kolam

Baru sampai ...
Kiddos dah nampak kolam ...

29 September 2016

KLIA

Alhamdulillah ...
Just Landed di Tanah Malaysia ...

Nak balik

NAK BALIK
========
Bismillahirrohmannirrohim ...
Nak mulakan perjalanan ke Tanah Air ...
Doakan kami yer ...
InsyaAllah ...
Aamiin ...

Minum

Basahkan tekak ...

Airport

Dah sampai di Airport Madinah ...

28 September 2016

Ziarah Wida

ZIARAH WIDA
==========

Terasa sayu dan sedih
Untuk meninggalkan Tanah Haram Madinah Al Munawarah
Last day today

Al Quran

AL QURAN BERSAIZ BESAR
=====================

Seberat 154 kilogram
Tulisan tangan tur
Kagum aku lihat
Di Muzium Al Quran di Madinah
😄



27 September 2016

Mekah ... Madinah ... Hartanah

TANAH HARAM MEKAH & TANAH HARAM MADINAH vs HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK
==============================

Tanah Haram Mekah Al Mukaramah
Tanah Haram Madinah Al Munawarah
Hobi Hartanah Rumah Busuk
Seakan akan ada pertalian dalam perjalanan kehidupan aku
Mungkin tiada kaitan langsung dengan kalian ... Aku tak tahu dan tak pasti pulak tentang itu ... Itu tekaan aku sahaja
Tak per ... Aku terus kan untuk menaip
Harap korang boleh paham apa yang aku nak jelaskan nie
Untuk hadir ke Tanah Haram sebagai Tetamu ALLAH
Pasti memerlukan sedikit perkara berikut:
1. Cuti rehat
2. Kelapangan waktu
3. Persedian mental & fizikal
4. Wang kos tambang
5. Wang kos belanjer
6. Wang kos belanjer keluarga yang ditinggalkan

Untuk tujuan Ibadah Umrah kos bermula dari sekitar RM5 ribu seorang
Untuk tujuan Ibadah Haji kos bermula dari sekitar RM10 ribu seorang
Kos berkenaan bergantung kepada pakej dan kemampuan memasing dan pilihan yang dibuat
Kos akan meningkat bergantung kepada antara faktor berikut:
1. Waktu puncak untuk perjalanan pergi dan balik
2. Jarak kedudukan hotel dengan Masjidil Haram atau Masjid Nabawi
3. Jenis hotel yang dipilih
4. Jenis tiket kapalterbang dan jenama airlines pun membezakan harga
5. Jenis kenderaan yang digunakan untuk pengangkutan
6. Tempoh hari yang berada di Tanah Haram
7. Jenis makanan yang disediakan samada buffer atau bungkus atau kekerapan makanan disediakan
8. Pemilihan dari satu travel agensi ke travel agensi yang lain

Aku lebih nak jelaskan yang bab KOS KEWANGAN
Salah satu cara untuk memperolehi aliran tunai
Dengan berjinak jinak melayan hobi hartanah akan membuka ruang untuk membantu kewangan untuk hadir ke sini
Terus terang aku cakap bahawa sumber kewangan aku untuk hadir ke Tanah Haram adalah sebahagian besar hasil dari "TERJEBAK DENGAN MELAYAN HOBI HARTANAH" dari transaksi berikut:
1. Rumah sewa
2. Bilik sewa wanita
3. Sublet rumah
4. Sublet rumah kedai
5. Transaksi pelbagai unit hartanah kepada mereka yang memerlukan

Maka jelas lah penerangan aku bahawa ada  justifikasi kaitan antara peluang untuk hadir ke TANAH HARAM dengan aktiviti transaksi hartanah yang aku lakukan
Korang pun mesti berpeluang untuk "terjebak jugak"
Dengan pelbagai kaedah transaksi hartanah membolehkan kalian mengumpul modal dari hari ke hari
Jika rasa kurang ilmu kewangan dan hartanah serta ilmu yang bersangkutan dengannya
Berusaha lah untuk dapatkan ilmu dan hadamkan bebetoi serta praktikkan
Jangan malas dan berlengah lengah serta bertangguh
Ramai sifu sifu otai yang boleh membantu kalian
Samada hadir seminar atau beli buku atau ebok dari mereka atau cari peluang untuk ketemu mereka:
Meor Zaidee
Khairul Ezuwan
Azizul Azli Ahmad
Shafie Bustan
Mohd Ali Majis
Izzue Islam
Mohd Fadhli Mohd Fauzi
Muhd Farid
Salkukhairi Abd Sukor
Harith Faisal
Mohd Hafiz Bin Kamaruddin
Paih Aman
Mukaram M Jamin

Boleh beli buku secara one stop centre dari kak jemah gojes Anis Hafiza

Huraian sedikit kaedah untuk mengumpul hasil pelbagai transaksi hartanah
Contoh 1:
Jika nak kumpul rm10k
Buat lah biznes sublet yang hasilnya rm300 sebulan x 12 bulan x 3 tahun = hasil dah rm10k

Contoh 2:
Beli lah sebuah rumah pada tahun 2016 dengan harga sekitar rm100k
Bayar ansuran bulanan bank dengan hasil sewaan
Katakan kenaikan harga unit hartanah itu pada setiap tahun 10%
Pada tahun 2021
Lepas 5 tahun jual dengan harga sekitar rm150k
Profit = rm150k (harga jual) ditolak rm100k (harga beli) = rm50k
Rpgt/ckht pun dah terlepas

Contoh 3:
Nak cepat sket menaikkan nilai sesebuah unit hartanah tur
Beli rumah busuk plak
Usahakan untuk proses renovation bagi wangi semerbak bunga rose merah
Buat reno yang kaw kaw sket
Nak lebih paham
Labur sket rm35 jer untuk memiliki buku HOBI HARTANAH tulisan saya sendiri
Sekurang kurang dapat gambaran dan cetusan idea

Jika memerlukan jumlah kewangan yang mahu dikumpul lebih besar ... Gandakan usaha lagi dan usaha lagi tanpa jemu
Dengan mempunyai perancangan + ilmu + usaha + sifu + coaching
Tak mustahil matlamat kewangan boleh dicapai dalam sesuatu tempoh masa
Saya yakin bidang hartanah bukan skim cepat kaya
Kerana bidang hartanah memerlukan usaha yang jitu dan terus istiqamah tanpa berputus asa
Cabaran dalam dunia hartanah tetap ada dan kadangkala perlu kental atau lebih senang perkataan "hati perlu kental" ... Pelbagai karenah pelanggan sublet  ... Betoikan sahabatku Mohammad Naim Bin Abdullah
Jika terlibat dengan hartanah lelong pun ada pelbagai ceriter... Betoikan Ihsan Zainal 

Nie salah satu cara yang boleh kalian kenkawan cuba amalkan bagi mengumpul modal untuk hadir ke TANAH HARAM
Sekadar pengalaman aku sahaja
Jika salah taip dan salah bahasa
Aku pohon ampun maaf
Aku nie pendosa 

SHARE kan untuk manfaat kenkawan yer
😄

Ir. AJAK
Madinah Al Munawarah

Jika korang nak baca tulisan yang lepas "IBADAH HAJI PERLU KAN PENGORBANAN"
Tekan link di bawah yer
https://m.facebook.com/photo.php?fbid=1275266535837829&id=100000634848873&set=a.202009673163526.54393.100000634848873&source=43&ref=bookmarks




Taman Syurga

Penuh kesyukuran 
Diizin kan oleh NYA
Berada di TAMAN SYURGA RAUDAH dengan tempoh masa yang agak panjang:
Berpeluang untuk bersholat sunat
Berpeluang untuk berdoa sepuasnya
Berpeluang untuk membaca kitab suci Al QURAN beberapa mukasurat
Berpeluang bersholat Fardhu Zohor
Berpeluang bersholat sunat sebelum selepas Zohor
Berpeluang untuk bersholat jenazah
.
.
Kenangan manis dalam lembaran kehidupan yang sukar dilafazkan dengan kata kata
Karpet hijau yang terasa harum baunya
.
.
ALLAHUAKBAR 
Mengalir air mata ku ...

Sepetang

Sepetang di sini ...

25 September 2016

Bersesak

Berdiri bersesak beratur panjang ...
Untuk mendapatkan peluang ke Taman Syurga RAUDAH ...
Lutut kena kuat sket nie ...
Terus berdoa agar dipermudahkan urusan sebelum masuk sholat fardhu zohor ...
InsyaAllah ...


Lepak

Pagi ahad
Lepak santai di sini 
😄

24 September 2016

Taman Syurga

TAMAN SYURGA RAUDAH
====================

Sebelum waktu zohor today ...
Berusaha jugak nak ke sini ...
Malam tadi sebelum tido dah terbayang bayang untuk bersujud di lantai karpet hijau nie ...
Bersesak sesak jugak untuk sampai ke sini ...
Lebih 1 jam berdiri menunggu giliran ...
Ruang menunggu yang padat ...
Badan aku dan saiz badan aku tak cukup tinggi untuk sebanding dengan jemaah dari negara lain ...
Jemaah mereka berbadan agar besar ...
Semangat untuk bersholat dan berdoa di sini ...
Alhamdulillah ...

Rumah busuk

RUMAH BUSUK MAKIN MEWANGI
==========================

Saya masih di Madinah Al Munawarah
Dah lebih 3 minggu di Tanah Haram
Dapat mesej wasup dari biznes partner
Rumah Busuk dah makin mewangi harum
Rumah yang rosak habis bumbung tempohari
Telah di renovation:
Ganti bumbung
Ganti kekuda
Rewiring sebuah rumah
Pasang plaster siling
Ganti tingkap
Ganti pintu
Pasang tiles sebuah rumah
Cantekkan tandas
Buat table top
Pasang kitchen kabinet
Cat baru
Belum siap sepenuhnya
Cuma tinggal pasang kelengkapan elektrik dan gril serta pagar
Saya sibuk di Tanah Haram
Alhamdulillah kerja berjalan dengan lancar seperti yang dirancang di Tanah Malaya
Saya heppy dan terharu
Balik mesia nanti kito sambung ceriter "hobi hartanah rumah busuk"
Banyak planning nak dilaksanakan
InsyaAllah 
😄

23 September 2016

Awex arab

Bersama "awex arab aku" ...
Di pagi jemaat today ...
Tapi muko melayu lah ...
Yuhuuu ... 
Dah kluar plak perkataan yuhuuuu ...
Hehehee😄😄😄

Makam Nabi

Nie lah MAKAM Junjungan Besar NABI MUHAMMAD S.A.W ...


22 September 2016

Raudah

RAUDAH
=======

Berkesempatan untuk memasuki ruang RAUDAH
Memang mengujakan
Bersemangat untuk bersholat
Khusyuk untuk bermunajat
Merayu dan terus merayu kepada NYA
Terasa kelainan berada di "karpet hijau" nie
Dipaham oleh Ustaz bahawa di sini adalah salah satu taman syurga
Tempat yang mustajab untuk berdoa
Bersebelahan dengan Makam Nabi 
Alhamdulillah 
Penuh kesyukuran 
Aamiin


21 September 2016

Jabal Uhud

JABAL UHUD
==========

Ziarah luar today
Bersama Ketua Pembimbing Haji Otai Dato Daud Che Ngah
Mendengar Dato berceriter sejarah Peperangan
Kami berdoa bersama sama dengan di bimbing oleh Dato
Kami mendaki Jabal Rumh (pemanah) untuk melihat kawasan sekitar
Cuaca agak panas
Para shuhada pejuang untuk Agama Islam
InsyaAllah 
Aamin


Quba ...

Sholat di Masjid Quba ...
Ustaz Dato Daud Che Ngah kata ganjaran sholat di sini seperti "mengerjakan ibadah Umrah" ...
Alhamdulillah ...

20 September 2016

Makam

ZIARAH MAKAM NABI MUHAMMAD S.A.W
=================================

Pagi nie berkesempatan untuk ke sini lagi
Memberi salam
Berdoa
Mengalir air mata 
Perasaan sayu dan terharu kerana masih dipanjangkan umur dan diberi ruang untuk hadir ke sini sebagai penziarah Makam Nabi untuk kali yang ke 4
Doa aku pada tahun lepas di sini saat nak berangkat pulang ... untuk dijemput ke sini lagi telah dimakbulkan oleh ALLAH ... Alhamdulillah sangat bersyukur dan rasa rendah diri
Salam dari kalian kenkawan jugak telah aku sampaikan
Doa aku juga agar kalian kenkawan dapat hadir ke sini suatu masa nanti
InsyaAllah 
Aamiin

Hijir ismail

HIJIR ISMAIL
=========
Sebahagian dari Kaabah
Berpeluang untuk sholat sunat di sini
Walaupun agak bersesak sesak
Peluang ini datang hanya sebentar sahaja
Sempat jugak bermunajat di sini
Alhamdulillah 

18 September 2016

Kfc

Balik dari Kaabah ...
Singgah beli kfc ...

Miqat

Miqat lagi ...
Untuk ibadah umrah ...
Moga urusan pagi nie dipermudahkan ...
InsyaAllah ...

17 September 2016

Masjid Jaaronah

Masjid Jaaranah ...
Sholat sunat tahiyatul masjid ...
Sholat sunat dhuha ...
Sholat sunat ihram ... 
Berniat ihram umrah ...
Doa aku agar urusan kami dipermudahkan ...
InsyaAllah ...
Aamiin ...

Bukit Thur

Gua Thur ...
Ada Gua di puncak bukit tur ...
Nabi pernah bersembunyi suatu ketika dahulu ...
Ziarah pagi nie ...


Jabal Rahmah

Jabal Rahmah ...
Barakoh berdoa untuk Jodoh ...
Ustaz cakap ler ...😄
.
.
Skrip doa aku telah ditapis dan dibaca kekuat suara ... Tak bleh doa senyap senyap ... MEMBESOR ado di sebelah ... Aduduuu😄

Taaruf

Selepas sholat subuh pagi nie ...
Kami Sesi Tazkirah & Taaruf ...
Di kalangan fren fb n follower "hobi hartanah rumah busuk" ...
Alhamdulillah ...
Tuan haji AJ Hameed
Tuan haji Zulaffandi Zabani
Tuan haji Tengku Su Iskandar
Tuan haji Sazwan
😄

16 September 2016

15 September 2016

Ibadah Haji

IBADAH HAJI PERLU PENGORBANAN
=============================

Asalammualaikum
Sahabatku semua
Aku doakan kalian semua senantiasa di bawah kurnia dan rahmat ALLAH
Aku sekadar berkongsi ceriter
Agak panjang tulisan kali ini
Korang perlu sabar membaca yer
Maybe ambik masa 3 minit ... Yuhuuuu
Sambil aku menunggu waktu sholat masuk
Aku tak tahu camner nak mulakan
Tapi aku berhajat untuk berceriter kepada kalian semua
Dalam jemaah aku tak ramai hanya ada sekitar 1 bas yang berdaftar untuk penerbangan SW pada awal September 2016
Pada waktu mula melaporkan diri di Kaunter Tabung Haji di aras 5 KLIA
Aku dan wife dah mula perasan bahawa kami macam pasangan yang agak "paling muda/bongsu" berbanding dengan jemaah yang lain
Nampak nampak gaya nyer pun kami berdua lah yang paling "sengkek" agak nyer di kalangan mereka
Ada yang bergelar "dato"
Ada anak tan sri
Ada bergelar Doktor pakar
Ada pemilik rangkaian restoran yang terkenal
Ada kontraktor yang berjaya
Ada yang pencen dengan pangkat besor
Ada yang bergelar profesor di universiti
Ada ahli perniagaan yang berjaya
Ada pemilik consultant
Sekali pandang pun dah dapat agak mereka mereka nie "somebody"
Aku cakap dengan wife ... "Kita buat macam biasa biasa dah lah ... Kitakan mahu menjadik TETAMU ALLAH" ... Sebak sket menaip nie ... Terhenti sebentar mengesat air mata yang membasahi pipi
Sapaan mereka ada sikit nada sindiran "memuda dah nak pergi naik haji" ... "Aku jawab dengan lembut jer ... Dah merayu sejak 2 tahun yang lalu di kaunter tabung haji"
Ada yang bertanyer lagi "Bila daftar dengan Tabung Haji ... Aku jawab pada tahun 2008"
Soalan berikutnya "anak anak camner" ... Aku jawab "mintak jasa baik emak untuk tolong jagakan dan tengok tengokkan"
Soalan lagi "tak sekolah ker" ... Aku jawab selamber rock jer "ponteng sekolah sebulan"
Soalan cepumas plak "sempat menyimpan duit untuk bayar pakej yer" ... Aku mampu tersenyum dalam terpaksa lalu tertunduk jer lah aku
Aku redho dan pasrah dengan rezki yang ALLAH pinjamkan ... Alhamdulillah 
Aku akui bahawa perjalanan untuk ibadah haji ini memang memerlukan beberapa perkara pengorbanan:
1. Masa
2. Tenaga
3. Kewangan
4. Kehidupan
5. Biznes partime ditinggalkan sebentar
6. Anak anak ponteng sekolah
7. Cuti rehat
8. Emosi jugak
9. Fizikal & mental
Aku pun bukan "kaya" sekadar pekerja makan gaji bulanan
Nak pergi nie pun pada peringkat awal menerima keputusan rayuan iaitu kira kira 2 hari sebelum hari raya aidilfitri 2016 yang lalu
Kewangan aku tidak mencukupi untuk bayaran yang diperlukan
Nak ambil pakej yang "reasonable harga" dah ditempah oleh jemaah yang lain pada peringkat yang lebih awal kerana jemaah muasasah dah dapat surat tawaran dipahamkan seawal bulan disember tahun lepas 2015 lagi
Apakan daya masih perlu berusaha sungguh sungguh walaupun masa agak suntuk untuk menyempurnakan bayaran penuh kos yang telah ditetapkan atau peluang tawaran rayuan ini terpaksa ditangguhkan pulak 
Mahu tak mahu masih terus berusaha untuk mencari kewangan dalam masa yang amat singkat
Pihak agensi pula telah memberi peluang untuk menjelaskan bayaran selewat lewat nya pada pertengahan bulan Syawal 1437H yang lalu
Terkial kial ke sana ke mari untuk mencari ruang dan peluang
Akhirnya aku mengambil keputusan untuk "melepaskan" 2 unit hartanah yang aku dianggap "bernilai" kerana mempunyai "income sewaan 4 angka sebulan" setiap unit hartanah itu yang masuk ke kantung aku setiap bulan
Mahu tak mahu aku jual dengan harga yang agak "murah" untuk mendapatkan "cash" di tangan ... (Maybe pembeli tersebut membaca tulisan ini akan memahami situasi itu😄)
Ada sebahagian kenkawan aku dah dengar ceriter ini sewaktu pertemuan tempohari
Aku berceriter ini sebagai panduan kenkawan sahaja yer
Ini bermakna aku bukan nyer secara mudah untuk mendapat peluang ini:
1. Mendaftar di tabung haji kuala pilah noghori sembilan tahun 2008 sejak umur aku 34 tahun dan wife umur 29 tahun masa tur
2. Mengumpul duit dan kekadang duit itu digunakan untuk kegunaaan harian ... Menabung lagi dan menabung lagi 
3. Merayu dan terus membuat surat rayuan ke tabung haji
4. Berdoa dan terus berdoa kepada NYA
Tempohari aku dah kongsikan tips untuk mendapat peluang untuk ibadah haji ... Korang boleh baca semula tulisan aku minggu lepas
Mungkin dengan korang membaca tulisan ini akan terasa bangkit "inspirasi" untuk mencari peluang hadir sebagai DHUYUFURRAHMAN
Jika ada peluang untuk pergi pada usia yang lebih awal adalah lebih baik kerana perjalanan ibadah haji ini sangat sangat memerlukan tenaga yang mencukupi serta kekuatan fizikal dan mental serta kesabaran yang tinggi😄
Aku sendiri pun berdoa agar segala urusan perjalanan Ibadah ini dipermudahkan oleh NYA
Sejak hari ke 8 Zulhijjah jemaah kami telah bertolak ke Bumi Arafah
Telah Berwukuf bersama rakan jemaah yang lain pada 9 Zulhijjah 
Jemaah dari seluruh pelusuk dunia dianggarkan sekitar 4 juta orang
Setelah tergelincir matahari pada 9 Zulhijjah kami sebuah bas bergerak ke Mudzalifah untuk Mabit dan mengutip batu
Seterusnya pada pertengahan malam kami bergerak ke Khemah di Mina
Setelah letak beg pakaian terus melontar di Jamrah Aqobah dan kami bertahalul awal
Pada 11 Zulhijjah kami melontar untuk 3 Jamrah iaitu Sugro, Wusto dan Kubro
Selesai sholat Subuh pada 12 Zulhijjah kami bergerak lagi jalan kaki dari Khemah menuju ke Jamrah untuk melontar ke tiga jamrah
Maka kami buat Nafar Awal untuk meninggalkan Bumi Mina
Hari ini 12 Zulhijjah agak jauh berjalan kaki
Dari khemah di bumi mina berjalan kaki ke jamrah dan berjalan melontar ketiga jamrah serta berjalan kaki kembali semula ke khemah penginapan
Dari khemah berjalan kaki ke arah bas yang agak jauh parking kerana pihak askar yang menjaga tidak membenarkan bas masuk sehingga ke depan pintu khemah
Jalan ditutup untuk memberi laluan kepada pejalan kaki
Sampai di hotel penginapan berjalan kaki pulak menuju ke MasjidilHaram 
Tawaf 7 pusingan 
Saie dari Bukit Safa ke Bukit Marwah untuk 7 pusingan
Berjalan semula ke hotel penginapan
Rasa rasa nyer jika di hitung jarak berjalan kaki pada hari ini maybe ada sekitar lebih kurang 10 km 
Perlukan kekuatan fizikal dan mental
Wowww jauh jugak tur bagi aku nie
Maybe biasa bagi kebanyakan orang 
Malam nie nampak bawah tapak kaki ada macam pecah pecah sket dan terasa sakit sakit sket
Sabor jerlah kan
Sapu kan Vaseline malam nie 
Beli kat farmasi
Jika kalian kenkawan mempunyai ruang dan peluang untuk mengerjakan ibadah umrah pun sangat baik jugak kerana akan timbul perasaan sungguh sungguh untuk berusaha bagi mengerjakan ibadah Haji disamping sudah memahami sedikit sebanyak selok belok perjalanan ibadah ini
Usaha lah untuk hadir di Bumi penuh Barakah nie yang menjanjikan "kemanisan" yang tidak dapat digambarkan dengan lafaz kata kata kecuali dengan melalui pengalaman sendiri
Maybe rakan rakan yang memang sudah selalur hadir disini dapat memberi testimoni agar kenkawan kita yang lain jugak dapat sama sama bersemangat untuk hadir jugak suatu hari nanti... Kito doakan 
Dah banyak negara yang aku lawat samada "holiday" atau "kerja" saban tahun demi tahun ... Tiada bandingan dapat ku berikan ... Bumi Mekah Al Mukaramah dan Bumi Madinah Al Munawarah adalah yang terbaek ... Keseronokan untuk datang dari tahun ke saban tahun ... Kerinduan senantiasa mengamit untuk datang ke sini
Aku sendiri pun agak lewat ada kesedaran dan peluang untuk datang ke sini:
Pertama kali Tahun 2014 pada umur aku 40 tahun aku bawak ibu
Tahun 2015 aku datang 2 kali iaitu bulan mac  bawak bapa mertua dan disember bawak wife plak
Tahun 2016 datang untuk Ibadah Haji bersama wife tercinta
Tadi sewaktu dalam bas ... Ustaz mutawif ada berceriter bahawa Tetamu Allah ini sangat istimewa kerana mungkin diuji dengan pelbagai ujian untuk hadir di sini .. Cuba redho jerlah ... Ada yang pangkat besor dan harta kaya raya tetapi tidak dapat sampai di sini ... Ada yang memiliki unit hartanah yang berbijik bijik pun tak berpeluang sampai di sini ... Bergaji besor lebih RM10 ribu sebulan pun macam tak sanggup untuk gunakan sebahagian wang itu untuk ke sini
Jika boleh janganlah sampai umur betoi betoi nak berpencen 60 tahun baru nak datang ... Alkisah sepanjang tempoh bekerja makan gaji memang pulun habis untuk kemajuan kerjaya sampai mendaki ke puncak kerjaya ... Jangan sampai terleka sesangat ... Mengejar kelulusan akademik ke tahap tinggi ... Mahu mengekalkan status kerjaya yang amat cemerlang ... Cuber seimbangkan saham dunia dan saham akhirat ... Jika kita mengejar dunia memang ALLAH akan bagi nikmat dunia itu sebagai satu ujian yang besar ... ALLAH tur sangat pemurah ... Carilah ruang untuk tujuan ibadah nie .... Jika dapat hadir lebih awal pada usia "muda" adalah lebih bagus dan satu kelebihan ... Itu pandangan saya sahaja yer kenkawan
Malah ada yang gaji kecik pun sanggup bersusah payah untuk menabung dari bulan ke tahun bagi mencukupkan simpanan bagi berusaha untuk hadir ke sini dan mereka berjaya melakukan untuk datang
Aku anggap tulisan ini satu dakwah
Kerana aku bukan ustaz untuk menyampaikan ilmu agama
Aku sekadar mahu berkongsi pengalaman diri aku sahaja
Tiada kena mengena dengan orang lain yer
Aku mohon maaf jika tulisan aku ini menyinggung perasaan kalian kenkawan
Anggaplah ini aku sedang "membebel" untuk menggantikan "ceriter rumah busuk melayan HOBI HARTANAH" ... Ehhhh korang dah beli buku aku ker 😄😄😄 (sempat lagi bertanyer tur ... Hehehee) ... Aku bercoti sementara dari berceriter tentang rumah busuk yer
Ceriter rumah busuk akan menyusul semula pada seawal Oktober 2016 nanti ... InsyaAllah 
Doakan aku & wife yer agar boleh memperolehi haji yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan ibadah ini

SHARE kan untuk manfaat kenkawan jugak yer korang ... Aku anggap tolong SHARE kan jugak merupakan satu dakwah ... Pasti ALLAH bagi ganjaran

Ir. AJAK
Mekah Al Mukaramah
Zulhijjah 1437H
www.irajak.com


Tapak

TAPAK KAKI
=========

Hari ini agak jauh berjalan kaki
Dari khemah di bumi mina berjalan kaki ke jamrah dan berjalan melontar ketiga jamrah serta berjalan kaki kembali semula ke khemah penginapan
Dari khemah berjalan kaki ke arah bas yang agak jauh parking kerana pihak askar tidak membenarkan bas masuk sehingga ke depan pintu khemah
Jalan ditutup untuk memberi laluan kepada pejalan kaki
Sampai di hotel penginapan berjalan kaki pulak menuju ke MasjidilHaram 
Tawaf 7 pusingan 
Saie dari Bukit Safa ke Bukit Marwah untuk 7 pusingan
Berjalan semula ke hotel penginapan
Rasa rasa nyer jika di hitung jarak berjalan kaki pada hari ini maybe ada sekitar lebih kurang 10 km 
Perlukan kekuatan fizikal dan mental
Wowww jauh jugak tur bagi aku nie
Maybe biasa bagi kebanyakan orang 
Malam nie nampak bawah tapak kaki ada macam pecah pecah sket dan terasa sakit sakit sket
Sabor jerlah kan
Sapu kan Vaseline malam nie 
Beli kat farmasi
Nak berehat plak untuk pulihkan tenaga ...


14 September 2016

12 Zulhijjah

Melontar di Jamrah 
Untuk Hari 12 Zulhijjah 
Alhamdulillah 

13 September 2016

Jamrah

MELONTAR 11 ZULHIJJAH 
====================

Selesai untuk hari ini
Melontar di 3 jamrah
Dalam cuaca yang panas 
Dipahamkan hampir mencecah 50 celcius tengahari ini
Berjalan kaki dari khemah ke jamrah
Ramai sungguh jemaah
Alhamdulillah 

Tandas

BERATUR PENGGUNAAN TANDAS
==========================
Nak guna tandas perlu beratur
Kesabaran perlu pada tahap yang tinggi
Salah satu cabaran apabila berada di Bumi Mina nie
Kekadang kasihan kepada jemaah yang "dah tak tahan" kita beri laluan terlebih dahulu
Betoikan
.
.
.
Teringat sewaktu menjadik budak asrama putera sewaktu ketika dolu dolu remaja ... Mengimbau memori silam ... Sonyum jer 😄


10 September 2016

Arafah

Hari yang dinanti ...
Himpunan jemaah dari seluruh pelusuk dunia ...
Tidak kira bangsa dan warna kulit ...
Memakai ihram ...

09 September 2016

Sholat Jumaat

SHOLAT JUMAAT DI MASJIDILHARAM
=============================

7 Zulhijjah 1437H
Jumaat
2 hari lagi ke Hari Wukuf
Sholat Jumaat hari ini dipahamkan ada sekitar kira kira 4 juta jemaah seluruh dunia 
Sejak beberapa jam tadi segenap ruang masjid telah mula dipenuhi oleh jemaah
Di bahagian luar masjid juga telah dibanjiri oleh jemaah
Dipahamkan juga jemaah dari Kota Madinah Al Munawarah telah sampai
Memang padat hari ini
Padat sesangat
Pelbagai bangsa dengan tujuan yang sama
Ini pengalaman pertama saya berada di musim haji
Saya kagum dengan himpunan sebegini
Benar benar kagum dalam diri
Sebelum ini hanya hadir pada musim mengerjakan Ibadah Umrah
Alhamdulillah saya berpeluang untuk mendapat "sedikit ruang" tempat di dalam Rumah Allah Masjidil Haram
Seawal jam 9am pagi saya sudah berusaha untuk sampai
Dijadualkan jemaah akan mula bergerak ke Padang Arafah seawal petang ini menjelang Hari Wukuf pada tanggal 9 Zulhijjah 1437H
Bergerak secara berperingkat peringkat
Doa kan saya dan wife serta semua Kumpulan Jemaah Malaysia untuk dipermudahkan semua urusan Ibadah ini
InsyaAllah
Aamin

Ir. AJAK


Kemeriahan

Kemeriahan di malam jemaat ...

06 September 2016

05 September 2016

Mandy lamb

Group lucheon mandy lamb
Bersama Ustaz Dato Daud Che Ngah
Ambik aura Dato
Alhamdulillah 

04 September 2016

Beriktikaf

Sekitar 1 jam lagi nak masuk waktu sholat zohor
Jemaah makin padat
Di ruang nie mencelah untuk beriktikaf
Nampak KAABAH di sebalik tiang
Jemaah masih terus bertawaf
Alhamdulillah 

Rezki ...

Melihat KAABAH di depan mata ...
Satu nikmat yang tak dapat diungkap kan dengan lafaz kata kata ...
Bermunajat di keheningan pagi sebegini ...
Guna kan lah peluang waktu dan rezki yang ALLAH kurniakan untuk kemudahan ke jalan NYA ...
Pesanan untuk diriku hamba yang serba kekurangan ...
InsyaAllah ...
Alhamdulillah ...