IBADAH HAJI PERLU PENGORBANAN
=============================
Asalammualaikum
Sahabatku semua
Aku doakan kalian semua senantiasa di bawah kurnia dan rahmat ALLAH
Aku sekadar berkongsi ceriter
Agak panjang tulisan kali ini
Korang perlu sabar membaca yer
Maybe ambik masa 3 minit ... Yuhuuuu
Sambil aku menunggu waktu sholat masuk
Aku tak tahu camner nak mulakan
Tapi aku berhajat untuk berceriter kepada kalian semua
Dalam jemaah aku tak ramai hanya ada sekitar 1 bas yang berdaftar untuk penerbangan SW pada awal September 2016
Pada waktu mula melaporkan diri di Kaunter Tabung Haji di aras 5 KLIA
Aku dan wife dah mula perasan bahawa kami macam pasangan yang agak "paling muda/bongsu" berbanding dengan jemaah yang lain
Nampak nampak gaya nyer pun kami berdua lah yang paling "sengkek" agak nyer di kalangan mereka
Ada yang bergelar "dato"
Ada anak tan sri
Ada bergelar Doktor pakar
Ada pemilik rangkaian restoran yang terkenal
Ada kontraktor yang berjaya
Ada yang pencen dengan pangkat besor
Ada yang bergelar profesor di universiti
Ada ahli perniagaan yang berjaya
Ada pemilik consultant
Sekali pandang pun dah dapat agak mereka mereka nie "somebody"
Aku cakap dengan wife ... "Kita buat macam biasa biasa dah lah ... Kitakan mahu menjadik TETAMU ALLAH" ... Sebak sket menaip nie ... Terhenti sebentar mengesat air mata yang membasahi pipi
Sapaan mereka ada sikit nada sindiran "memuda dah nak pergi naik haji" ... "Aku jawab dengan lembut jer ... Dah merayu sejak 2 tahun yang lalu di kaunter tabung haji"
Ada yang bertanyer lagi "Bila daftar dengan Tabung Haji ... Aku jawab pada tahun 2008"
Soalan berikutnya "anak anak camner" ... Aku jawab "mintak jasa baik emak untuk tolong jagakan dan tengok tengokkan"
Soalan lagi "tak sekolah ker" ... Aku jawab selamber rock jer "ponteng sekolah sebulan"
Soalan cepumas plak "sempat menyimpan duit untuk bayar pakej yer" ... Aku mampu tersenyum dalam terpaksa lalu tertunduk jer lah aku
Aku redho dan pasrah dengan rezki yang ALLAH pinjamkan ... Alhamdulillah
Aku akui bahawa perjalanan untuk ibadah haji ini memang memerlukan beberapa perkara pengorbanan:
1. Masa
2. Tenaga
3. Kewangan
4. Kehidupan
5. Biznes partime ditinggalkan sebentar
6. Anak anak ponteng sekolah
7. Cuti rehat
8. Emosi jugak
9. Fizikal & mental
Aku pun bukan "kaya" sekadar pekerja makan gaji bulanan
Nak pergi nie pun pada peringkat awal menerima keputusan rayuan iaitu kira kira 2 hari sebelum hari raya aidilfitri 2016 yang lalu
Kewangan aku tidak mencukupi untuk bayaran yang diperlukan
Nak ambil pakej yang "reasonable harga" dah ditempah oleh jemaah yang lain pada peringkat yang lebih awal kerana jemaah muasasah dah dapat surat tawaran dipahamkan seawal bulan disember tahun lepas 2015 lagi
Apakan daya masih perlu berusaha sungguh sungguh walaupun masa agak suntuk untuk menyempurnakan bayaran penuh kos yang telah ditetapkan atau peluang tawaran rayuan ini terpaksa ditangguhkan pulak
Mahu tak mahu masih terus berusaha untuk mencari kewangan dalam masa yang amat singkat
Pihak agensi pula telah memberi peluang untuk menjelaskan bayaran selewat lewat nya pada pertengahan bulan Syawal 1437H yang lalu
Terkial kial ke sana ke mari untuk mencari ruang dan peluang
Akhirnya aku mengambil keputusan untuk "melepaskan" 2 unit hartanah yang aku dianggap "bernilai" kerana mempunyai "income sewaan 4 angka sebulan" setiap unit hartanah itu yang masuk ke kantung aku setiap bulan
Mahu tak mahu aku jual dengan harga yang agak "murah" untuk mendapatkan "cash" di tangan ... (Maybe pembeli tersebut membaca tulisan ini akan memahami situasi ituπ)
Ada sebahagian kenkawan aku dah dengar ceriter ini sewaktu pertemuan tempohari
Aku berceriter ini sebagai panduan kenkawan sahaja yer
Ini bermakna aku bukan nyer secara mudah untuk mendapat peluang ini:
1. Mendaftar di tabung haji kuala pilah noghori sembilan tahun 2008 sejak umur aku 34 tahun dan wife umur 29 tahun masa tur
2. Mengumpul duit dan kekadang duit itu digunakan untuk kegunaaan harian ... Menabung lagi dan menabung lagi
3. Merayu dan terus membuat surat rayuan ke tabung haji
4. Berdoa dan terus berdoa kepada NYA
Tempohari aku dah kongsikan tips untuk mendapat peluang untuk ibadah haji ... Korang boleh baca semula tulisan aku minggu lepas
Mungkin dengan korang membaca tulisan ini akan terasa bangkit "inspirasi" untuk mencari peluang hadir sebagai DHUYUFURRAHMAN
Jika ada peluang untuk pergi pada usia yang lebih awal adalah lebih baik kerana perjalanan ibadah haji ini sangat sangat memerlukan tenaga yang mencukupi serta kekuatan fizikal dan mental serta kesabaran yang tinggiπ
Aku sendiri pun berdoa agar segala urusan perjalanan Ibadah ini dipermudahkan oleh NYA
Sejak hari ke 8 Zulhijjah jemaah kami telah bertolak ke Bumi Arafah
Telah Berwukuf bersama rakan jemaah yang lain pada 9 Zulhijjah
Jemaah dari seluruh pelusuk dunia dianggarkan sekitar 4 juta orang
Setelah tergelincir matahari pada 9 Zulhijjah kami sebuah bas bergerak ke Mudzalifah untuk Mabit dan mengutip batu
Seterusnya pada pertengahan malam kami bergerak ke Khemah di Mina
Setelah letak beg pakaian terus melontar di Jamrah Aqobah dan kami bertahalul awal
Pada 11 Zulhijjah kami melontar untuk 3 Jamrah iaitu Sugro, Wusto dan Kubro
Selesai sholat Subuh pada 12 Zulhijjah kami bergerak lagi jalan kaki dari Khemah menuju ke Jamrah untuk melontar ke tiga jamrah
Maka kami buat Nafar Awal untuk meninggalkan Bumi Mina
Hari ini 12 Zulhijjah agak jauh berjalan kaki
Dari khemah di bumi mina berjalan kaki ke jamrah dan berjalan melontar ketiga jamrah serta berjalan kaki kembali semula ke khemah penginapan
Dari khemah berjalan kaki ke arah bas yang agak jauh parking kerana pihak askar yang menjaga tidak membenarkan bas masuk sehingga ke depan pintu khemah
Jalan ditutup untuk memberi laluan kepada pejalan kaki
Sampai di hotel penginapan berjalan kaki pulak menuju ke MasjidilHaram
Tawaf 7 pusingan
Saie dari Bukit Safa ke Bukit Marwah untuk 7 pusingan
Berjalan semula ke hotel penginapan
Rasa rasa nyer jika di hitung jarak berjalan kaki pada hari ini maybe ada sekitar lebih kurang 10 km
Perlukan kekuatan fizikal dan mental
Wowww jauh jugak tur bagi aku nie
Maybe biasa bagi kebanyakan orang
Malam nie nampak bawah tapak kaki ada macam pecah pecah sket dan terasa sakit sakit sket
Sabor jerlah kan
Sapu kan Vaseline malam nie
Beli kat farmasi
Jika kalian kenkawan mempunyai ruang dan peluang untuk mengerjakan ibadah umrah pun sangat baik jugak kerana akan timbul perasaan sungguh sungguh untuk berusaha bagi mengerjakan ibadah Haji disamping sudah memahami sedikit sebanyak selok belok perjalanan ibadah ini
Usaha lah untuk hadir di Bumi penuh Barakah nie yang menjanjikan "kemanisan" yang tidak dapat digambarkan dengan lafaz kata kata kecuali dengan melalui pengalaman sendiri
Maybe rakan rakan yang memang sudah selalur hadir disini dapat memberi testimoni agar kenkawan kita yang lain jugak dapat sama sama bersemangat untuk hadir jugak suatu hari nanti... Kito doakan
Dah banyak negara yang aku lawat samada "holiday" atau "kerja" saban tahun demi tahun ... Tiada bandingan dapat ku berikan ... Bumi Mekah Al Mukaramah dan Bumi Madinah Al Munawarah adalah yang terbaek ... Keseronokan untuk datang dari tahun ke saban tahun ... Kerinduan senantiasa mengamit untuk datang ke sini
Aku sendiri pun agak lewat ada kesedaran dan peluang untuk datang ke sini:
Pertama kali Tahun 2014 pada umur aku 40 tahun aku bawak ibu
Tahun 2015 aku datang 2 kali iaitu bulan mac bawak bapa mertua dan disember bawak wife plak
Tahun 2016 datang untuk Ibadah Haji bersama wife tercinta
Tadi sewaktu dalam bas ... Ustaz mutawif ada berceriter bahawa Tetamu Allah ini sangat istimewa kerana mungkin diuji dengan pelbagai ujian untuk hadir di sini .. Cuba redho jerlah ... Ada yang pangkat besor dan harta kaya raya tetapi tidak dapat sampai di sini ... Ada yang memiliki unit hartanah yang berbijik bijik pun tak berpeluang sampai di sini ... Bergaji besor lebih RM10 ribu sebulan pun macam tak sanggup untuk gunakan sebahagian wang itu untuk ke sini
Jika boleh janganlah sampai umur betoi betoi nak berpencen 60 tahun baru nak datang ... Alkisah sepanjang tempoh bekerja makan gaji memang pulun habis untuk kemajuan kerjaya sampai mendaki ke puncak kerjaya ... Jangan sampai terleka sesangat ... Mengejar kelulusan akademik ke tahap tinggi ... Mahu mengekalkan status kerjaya yang amat cemerlang ... Cuber seimbangkan saham dunia dan saham akhirat ... Jika kita mengejar dunia memang ALLAH akan bagi nikmat dunia itu sebagai satu ujian yang besar ... ALLAH tur sangat pemurah ... Carilah ruang untuk tujuan ibadah nie .... Jika dapat hadir lebih awal pada usia "muda" adalah lebih bagus dan satu kelebihan ... Itu pandangan saya sahaja yer kenkawan
Malah ada yang gaji kecik pun sanggup bersusah payah untuk menabung dari bulan ke tahun bagi mencukupkan simpanan bagi berusaha untuk hadir ke sini dan mereka berjaya melakukan untuk datang
Aku anggap tulisan ini satu dakwah
Kerana aku bukan ustaz untuk menyampaikan ilmu agama
Aku sekadar mahu berkongsi pengalaman diri aku sahaja
Tiada kena mengena dengan orang lain yer
Aku mohon maaf jika tulisan aku ini menyinggung perasaan kalian kenkawan
Anggaplah ini aku sedang "membebel" untuk menggantikan "ceriter rumah busuk melayan HOBI HARTANAH" ... Ehhhh korang dah beli buku aku ker πππ (sempat lagi bertanyer tur ... Hehehee) ... Aku bercoti sementara dari berceriter tentang rumah busuk yer
Ceriter rumah busuk akan menyusul semula pada seawal Oktober 2016 nanti ... InsyaAllah
Doakan aku & wife yer agar boleh memperolehi haji yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan ibadah ini
SHARE kan untuk manfaat kenkawan jugak yer korang ... Aku anggap tolong SHARE kan jugak merupakan satu dakwah ... Pasti ALLAH bagi ganjaran
Ir. AJAK
Mekah Al Mukaramah
Zulhijjah 1437H
www.irajak.com
No comments:
Post a Comment