TANAH HARAM MEKAH & TANAH HARAM MADINAH vs HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK
==============================
Tanah Haram Mekah Al Mukaramah
Tanah Haram Madinah Al Munawarah
Hobi Hartanah Rumah Busuk
Seakan akan ada pertalian dalam perjalanan kehidupan aku
Mungkin tiada kaitan langsung dengan kalian ... Aku tak tahu dan tak pasti pulak tentang itu ... Itu tekaan aku sahaja
Tak per ... Aku terus kan untuk menaip
Harap korang boleh paham apa yang aku nak jelaskan nie
Untuk hadir ke Tanah Haram sebagai Tetamu ALLAH
Pasti memerlukan sedikit perkara berikut:
1. Cuti rehat
2. Kelapangan waktu
3. Persedian mental & fizikal
4. Wang kos tambang
5. Wang kos belanjer
6. Wang kos belanjer keluarga yang ditinggalkan
Untuk tujuan Ibadah Umrah kos bermula dari sekitar RM5 ribu seorang
Untuk tujuan Ibadah Haji kos bermula dari sekitar RM10 ribu seorang
Kos berkenaan bergantung kepada pakej dan kemampuan memasing dan pilihan yang dibuat
Kos akan meningkat bergantung kepada antara faktor berikut:
1. Waktu puncak untuk perjalanan pergi dan balik
2. Jarak kedudukan hotel dengan Masjidil Haram atau Masjid Nabawi
3. Jenis hotel yang dipilih
4. Jenis tiket kapalterbang dan jenama airlines pun membezakan harga
5. Jenis kenderaan yang digunakan untuk pengangkutan
6. Tempoh hari yang berada di Tanah Haram
7. Jenis makanan yang disediakan samada buffer atau bungkus atau kekerapan makanan disediakan
8. Pemilihan dari satu travel agensi ke travel agensi yang lain
Aku lebih nak jelaskan yang bab KOS KEWANGAN
Salah satu cara untuk memperolehi aliran tunai
Dengan berjinak jinak melayan hobi hartanah akan membuka ruang untuk membantu kewangan untuk hadir ke sini
Terus terang aku cakap bahawa sumber kewangan aku untuk hadir ke Tanah Haram adalah sebahagian besar hasil dari "TERJEBAK DENGAN MELAYAN HOBI HARTANAH" dari transaksi berikut:
1. Rumah sewa
2. Bilik sewa wanita
3. Sublet rumah
4. Sublet rumah kedai
5. Transaksi pelbagai unit hartanah kepada mereka yang memerlukan
Maka jelas lah penerangan aku bahawa ada justifikasi kaitan antara peluang untuk hadir ke TANAH HARAM dengan aktiviti transaksi hartanah yang aku lakukan
Korang pun mesti berpeluang untuk "terjebak jugak"
Dengan pelbagai kaedah transaksi hartanah membolehkan kalian mengumpul modal dari hari ke hari
Jika rasa kurang ilmu kewangan dan hartanah serta ilmu yang bersangkutan dengannya
Berusaha lah untuk dapatkan ilmu dan hadamkan bebetoi serta praktikkan
Jangan malas dan berlengah lengah serta bertangguh
Ramai sifu sifu otai yang boleh membantu kalian
Samada hadir seminar atau beli buku atau ebok dari mereka atau cari peluang untuk ketemu mereka:
Meor Zaidee
Khairul Ezuwan
Azizul Azli Ahmad
Shafie Bustan
Mohd Ali Majis
Izzue Islam
Mohd Fadhli Mohd Fauzi
Muhd Farid
Salkukhairi Abd Sukor
Harith Faisal
Mohd Hafiz Bin Kamaruddin
Paih Aman
Mukaram M Jamin
Boleh beli buku secara one stop centre dari kak jemah gojes Anis Hafiza
Huraian sedikit kaedah untuk mengumpul hasil pelbagai transaksi hartanah
Contoh 1:
Jika nak kumpul rm10k
Buat lah biznes sublet yang hasilnya rm300 sebulan x 12 bulan x 3 tahun = hasil dah rm10k
Contoh 2:
Beli lah sebuah rumah pada tahun 2016 dengan harga sekitar rm100k
Bayar ansuran bulanan bank dengan hasil sewaan
Katakan kenaikan harga unit hartanah itu pada setiap tahun 10%
Pada tahun 2021
Lepas 5 tahun jual dengan harga sekitar rm150k
Profit = rm150k (harga jual) ditolak rm100k (harga beli) = rm50k
Rpgt/ckht pun dah terlepas
Contoh 3:
Nak cepat sket menaikkan nilai sesebuah unit hartanah tur
Beli rumah busuk plak
Usahakan untuk proses renovation bagi wangi semerbak bunga rose merah
Buat reno yang kaw kaw sket
Nak lebih paham
Labur sket rm35 jer untuk memiliki buku HOBI HARTANAH tulisan saya sendiri
Sekurang kurang dapat gambaran dan cetusan idea
Jika memerlukan jumlah kewangan yang mahu dikumpul lebih besar ... Gandakan usaha lagi dan usaha lagi tanpa jemu
Dengan mempunyai perancangan + ilmu + usaha + sifu + coaching
Tak mustahil matlamat kewangan boleh dicapai dalam sesuatu tempoh masa
Saya yakin bidang hartanah bukan skim cepat kaya
Kerana bidang hartanah memerlukan usaha yang jitu dan terus istiqamah tanpa berputus asa
Cabaran dalam dunia hartanah tetap ada dan kadangkala perlu kental atau lebih senang perkataan "hati perlu kental" ... Pelbagai karenah pelanggan sublet ... Betoikan sahabatku Mohammad Naim Bin Abdullah
Jika terlibat dengan hartanah lelong pun ada pelbagai ceriter... Betoikan Ihsan Zainal
Nie salah satu cara yang boleh kalian kenkawan cuba amalkan bagi mengumpul modal untuk hadir ke TANAH HARAM
Sekadar pengalaman aku sahaja
Jika salah taip dan salah bahasa
Aku pohon ampun maaf
Aku nie pendosa
SHARE kan untuk manfaat kenkawan yer
😄
Ir. AJAK
Madinah Al Munawarah
Jika korang nak baca tulisan yang lepas "IBADAH HAJI PERLU KAN PENGORBANAN"
Tekan link di bawah yer
https://m.facebook.com/photo.php?fbid=1275266535837829&id=100000634848873&set=a.202009673163526.54393.100000634848873&source=43&ref=bookmarks
No comments:
Post a Comment