31 March 2017

Lepas opis hour




LEPAS OPIS LAYAN RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Today jumaat
Lepas opis hour
Layan rumah busuk
Rumah busuk kes baru
Lokasi masih di soromban
Bincang dengan kontraktor pelbagai perkara
Syok dapat layan hobi rumah busuk nie
Yuhuu😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




Lunch




Dah beberapa minggu tak datang lunch kat sini
Minggu lepas di Kelantan
2 minggu sudah di oberc
Alhamdulillah sedap makan kat sini
😄👍



Majlis




Bersama rakan rakan ...



Dilema




DILEMA RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Di hari jumaat penghulu segala hari yang penuh keberkatan
.
.
Apabila menyebut rumah busuk
Apabila berbicara tentang rumah busuk
Apabila sebut jer hobi rumah busuk
.
.
Suatu yang agak kelainan
Suatu perkara yang tidak biasa didengar
Suatu ceriter yang tidak menarik
.
.
Aku terus berceriter
Aku terus berkongsi pengalaman
Aku tanpa jemu update di fesbuk
.
.
Ramai yang mula sedar
Ramai yang mula ingin tahu
Ramai yang mula minat
.
.
Kenkawan mula bertanyer
Kenkawan mula buka mata
Kenkawan mula bersemangat
.
.
Soalan ini di tanya
Soalan itu di soal
Soalan pelbagai ditanya tentang rumah busuk
.
.
Tanpa rasa malas aku menjawab
Tanpa rasa segan aku memberi jawapan
Tanpa prasangka aku berceriter tentang rumah busuk
.
.
Waktu lapang selepas waktu kerja opis
Waktu cuti hujung minggu
Waktu cuti rehat
Pasti tidak terlepas melayan hobi rumah busuk
.
.
Segala idea untuk rumah busuk
Segala semangat untuk rumah busuk
Segala keringat untuk rumah busuk
.
.
Rakan sekeliling
Rakan yang jauh
Rakan di media sosial
Makin mula menunjukkan minat terhadap aktiviti rumah busuk yang aku jalankan
.
.
Kekadang aku rasa penat
Kekadang aku rasa keseorangan
Kekadang aku rasa kekecewaan jugak
Namun itulah cabaran melayan hobi hartanah rumah busuk
.
.
Dah lama aku layan hobi ini
Dah lama aku menempuh pelbagai cabaran
Dah lama aku mengemblingkan sepenuh nya fokus terhadap rumah busuk
.
.
Walaupun apa pun cabaran
Walaupun apa pun orang nak cakap
Walaupun apa dugaan
InsyaAllah aku akan terus menerus melayan hobi hartanah rumah busuk ini
Ada orang cakap bahawa "hobi aku ini rare"
Inilah perjalanan kehidupan aku
Dilema rumah busuk
.
.
Terima kasih semua sifu sifu hartanah yang senantiasa berkongsi ilmu dan memberi semangat
Terima kasih atas kalian kenkawan yang menjadik sumber inspirasi untuk aku terus berada di atas pentas perkongsian hobi ilmu hartanah rumah busuk
Kalian adalah sumber inspirasi aku
.
.
Kekadang aku teringin nak jadik orang hebat hebar dan glamor serta popular ala ala RETIS gitur:
1. Sifu KEY Khairul Ezuwan
2. Sifu AE Meor Zaidee
3. Sifu Doktor Azizul Azli Ahmad
4. Sifu Cik Syafieqah A'lya
5. Sifu HF Harith Faisal
6. Sifu PIE Shafie Bustan
7. Sifu Dr Mohd Fadhli Mohd Fauzi
8. Sifu Lawyer Salkukhairi Abd Sukor
9. Sifu Afyan Mat Rawi
I polow rapat rapat
.
.
Sifu SAN Ihsan Zainal aku teruja tatkala kau boleh berbicara mandirin atau kantonis yang aku memang tak paham
.
.
Yuhuu😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk



30 March 2017

Dokumen




URUSKAN DOKUMEN RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Aku masih belum tido lagi nie
Uruskan dokumen rumah busuk
Lepas sholat isyak
Photostat pelbagai dokumen
Pakai kain pelekat jer weh
Mujur ada mesin photostat sendiri letak kat bilik stor tur
Korang dah tido ker
Yuhuu 😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




Kurma ajwa




Nak berbuka puasa sunat khamis di bulan rejab
Buah kurma ajwa
Alhamdulillah




Bilik tidur




BILIK TIDUR RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Ruang bilik tidur rumah busuk
Hampir sempurna dah
Di pasang pintu kayu
Lantai dah pasang tiles
Plaster siling pun nampak sempurna
Dinding sudah dicat
Lampu, kipas dan aircon belum dipasang lagi
Alhamdulillah
😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk



29 March 2017

Ikan




Wife bako ikan bawal emas
Lembut jer daging nyer
Sedap
Bertambah nasik
Alhamdulillah




Ruang dapur




RUANG DAPUR RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Lewat petang semalam
Progres makin kerja makin bertambah lagi
Ruang dapur makin sempurna:
1. Plaster siling telah dicat warna putih
2. Dinding dapur telah dicat warna kelabu
3. Table top telah disiap dipasang tiles warna hitam
4. Dinding atas table table telah dipasang tiles
5. Sinki bowl telah dipasang 2 biji
6. Lantai tiles ruang dapur telah dipasang
7. Tingkap kaca aluminium frame tinted hitam pun dah ada
Di bahagian dapur juga sudah tidak berselerak sangat
Makin terserlah ruang dapur ini makin nampak luas
Mesti minggu depan lebih sempurna lagi
Moga urusan mewangikan rumah ini akan berjalan dengan lancar
InsyaAllah
Yuhuu😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




28 March 2017

Cakoi




Balik keje
Singgah beli cakoi
Kuah kacang
Minum petang ngan family
Sedap




Tandas




TANDAS RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Tandas rumah busuk telah mula:
1. Dipasang mangkuk jamban duduk
2. Lantai tiles
3. Dinding tiles
4. Rewiring untuk water heater
5. Plaster siling
6. Pipeping
Untuk kes rumah busuk ini ada 3 buah tandas
Tandas merupakan keperluan yang sangat penting
Setiap hari kita akan menggunakan tandas
Betoikan
Yuhuu 😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




27 March 2017

Pintu pagar






PINTU PAGAR RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Monday blues today
Sajer nak kongsikan gambo
Rumah yang ini sudah siap di pasang pintu pagar
4 daun pintu lipat
Ada roda di bawah tur
Pagar boleh dilipat sampai ke tepi
Senang nak masukkan kenderaan
Nampak lebih sempurna dah rumah ini
Alhamdulillah
Yuhuu😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




26 March 2017

Courier




Ada 7 orang yang order buku "hobi hartanah"
Esok akan courier yer
Tunggu tau
😄👍



Pasang pintu




RUMAH SUDAH DI PASANG PINTU
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Selpi sket di potang ahad
Rumah sudah pasang pintu dan tingkap
Nampak lebih sempurna
Progres sangat menyeronokkan aku
Hari ahad pun kenkawan kontraktor buat kerja
Masih nak siapkan memasang tiles lantai bahagian dapur
Yuhuu😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk



Buku




Esok nak courier
Ada kenkawan nak tumpang skali ker



Warna tiles




PEMILIHAN WARNA TILES RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Pemilihan warna tiles di dalam rumah busuk juga memainkan peranan yang penting
Pemilihan warna yang tepat akan membuatkan sedap jer mata memandang
Warna pilihan mengikut citarasa memasing
Tiada kaedah yang khusus
Setiap orang lain citarasa memasing kan kan
Pemilihan warna yang berbeza akan membuatkan rumah kelihatan lebih ceria
Kedudukan warna juga berbeza mengikut kedudukan tiles:
1. Lantai porch
2. Lantai ruang tamu
3. Lantai dapur
4. Lantai dalam bilik
5. Lantai tandas
6. Dinding tandas
7. Pada table top
8. Pada dinding table top
Kekadang penin jugak nak sesuaikan warna warna nie
Setelah dapat pilihan warna yang sesuai memang akan rasa puas hati jer
Hari ahad today aku dah siap jadual untuk layan hobi hartanah rumah busuk ... lokasi di seremban dan ke selangor jugak
Yuhuu😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




25 March 2017

Networking


RUMAH BUSUK
- Perlu networking
◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Ada yang bertanya kepada aku lagi
Camner "Ir. AJAK" boleh buat banyak perkara dalam satu satu masa
Termasuk layan aktiviti hartanah rumah busuk
Aku pun tak pandai nak jelaskan semua perkara dalam bentuk penulisan di wall fb nie
Tapi yang aku nampak ialah "networking" tur sangat penting
Buat banyak perkara secara bentuk "team"
Yang paling penting ialah bersyukur kepada ALLAH dengan segala pinjaman dari NYA
Alhamdulillah
.
.
Aku citerkan sket
Dalam tempoh 2 minggu nie
13 hingga 25 mac 2017 today
Memang sangat ohsem
Waktu aku memang dapat dimanfaatkan sepenuhnya banyak aktiviti dapat dilaksanakan
Padat sangat jadual aku
1. Bekerja makan gaji
2. Berpeluang ke oberc trip dengan kenkawan Ihsan Zainal Norfaizah Abu Talib
3. Masuk lelong setiap minggu ... 3 kes ... 3 kes aku kalah kerana bajet aku ciput ... gunakan khidmat Agent REN
4. Layan rumah busuk aktiviti mewangikan dijalankan oleh team kontraktor binaan ... elektrik ... kitchen kabinet ... gril pagar ... semua berjalan dengan baik
5. Untuk aktiviti perancangan seminar hartanah soromban berjalan dengan lancar oleh team S.I.T Encik Kamal Hafiz Zainudin Sharezad Musa Khairul Amal Mahmud Shariza Abd Latif cik aisyah
6. Coti sekolah dapat bawak kidos ke Pahang ... Terengganu ... Kelantan ... Perak ... bonding dengan family sambil mandi di kolam renang
7. Ziarah bonda di Ipoh dan bawak family makan malam serta serahkan "elaun untuk bonda" sambil menikmati sedapnya bonda masak gulai lemak sayur pisang
8. Ada masa untuk layan fb di media sosial
9. Ada masa jugak nak baca sebahagian buku Hipster Hartanah oleh HF Harith Faisal
10. Sempat jugak melayan tv di depan astro
11. Jangan terleka dari bermunajat kepada NYA di waktu Sholat Dhuha mohon dipermudahkan urusan rezki
12. Sempat jugak buat planning untuk "rumah busuk" untuk projek yang akan datang ... deal dengan 2 rakan Agent/broker untuk 2 lokasi yang berbeza ... projek lokasi baru bukannya di seremban tauuu ... woww teruja
13. Sempat celebrate besday boy abang angah pada 20 mac yang lalu
14. Enjoy memandu van hitam bersama family walaupun jauh dari seremban ke pahang ke terengganu ke kelantan ke perak dan balik semula keseremban ... beratus kilometer sambil enaknya menikmati satar di bakar panas ... ranggupnya ikan celup tepung ict
15. Sempat jugak call jiran yang stay di JB untuk beli rumah beliau di soromban ... agar ada peluang
Aku banyak gunakan kemudahan handphone untuk pelbagai urusan
Mesti nak ada kemudahan internet
Networking dengan kenkawan jugak sangat penting
Atur kan masa sebaiknya
Fokus berbuat sesuatu
Kekadang tegas untuk membuat sesuatu keputusan
Berkongsi apa yang kita ada dengan insan tersayang
Senantiasa ingat ALLAH di hati dan mohon petunjuk
Alhamdulillah
Sekadar coretan aku di penghujung cuti sekolah
Yuhuu😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk













Selera




Selera aku hari ini
Alhamdulillah



Buku HF






HIPSTER HARTANAH
Oleh HF
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Hari ini sabtuday
Sekitar jam 11.55am pagi 25 Mac 2017
Aku mula membaca dan mendapatkan pengetahuan dari buku ini
Walaupun aku sudah lama melayan "hobi hartanah rumah busuk"
Tapi ilmu perlu di top up dari masa ke semasa
Korang jugak perlu memiliki buku ini
Tahniah sifu tuan HF Harith Faisal
Saya tumpang bangga dengan karya buku sulong ini
Teruskan berkarya
I polow

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




Biznes




APA BIZNES KORANG
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Apa biznes korang
Cer ceriter sket
Aku nak baca nie
Aku nak tahu gak
Jika ada link pun boleh tempek kat sini
Kira macam iklan jugak lah
Jangan segan segan jangan malu malu
Tak kira apa biznes sekalipun
Kita berkongsi ceriter
Weken nie aku ada masa sket nie nak membaca
Sila sila yer
Yuhuu 😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




Plaster siling




PLASTER SILING RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Merancanglah untuk memasang plaster siling di dalam rumah busuk
Plaster siling akan menaikkan nilai rumah itu
Plaster siling akan membuatkan rumah itu lebih kemas
Malah penyewa atau pembeli rumah juga akan lebih mudah jatuh hati
Aku lebih suka plaster siling yang simple jer
Pada kebiasaan aku hanya menggunakan cat berwarna putih sahaja setakat ini
Ker korang dah pernah guna selain warna putih untuk plaster siling nie
Jika dapat menggunakan plaster siling di seluruh rumah: porch, ruang tamu, bilik tidur, ruang dapur, tandas ... pasti rumah nampak lebih ohsem lagi ... kan kan
Yuhuu😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




24 March 2017

Santai




LAWAT BUSUK SECARA SANTAI
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Aku selalur jer naik kapcai
Untuk lawat rumah busuk
Sambil santai santai keliling taman
Jika tak lawat rumah busuk
Macam terasa tak lengkap plak rutin harian aku
Jika tak sempat sekalipun aku akan lihat photo rumah busuk melalui album di hp
Aku suker tengok kontraktor buat kerja
Macam terapi minda
Pikiran tenang dan syok semacam jer
Tak layan rumah busuk terasa tak keruan plak
Hehehee 😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk



23 March 2017

Mesin rumput




MESIN RUMPUT
◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Salah sebuah rumah yang aku menang lelong
Rumah semi D
Saiz tanah 40 x 100 (4,000)
Pepetang nie panggil pemotong rumput
Mat bangla Encik Burhanudin
Dah siap mesin rumput
Disapu dan dikumpulkan
Masuk ke dalam beg plastik
7 plastik semuanya
Baru nampak kemas
Kekadang sebelum aku mengambil keputusan untuk mewangikan
Aku akan cuba mainten rumah
Supaya jenjiran pun rasa selesa
Rumah dalam keadaan bersih
Betoikan😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




Berselerak




RUMAH BUSUK BERSELERAK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Sewaktu kerja fully renovation dilakukan terhadap sesebuah rumah busuk
Memang sangat berselerak
Dengan pelbagai bahan binaan
Kat situlah nak letak bungkusan simen
Kat situlah nak letak kepingan tiles
Dan pelbagai lagi bahan binaan
Ruangan tempat kerja juga adalah sangat terhad
Kekadang terpaksa alihkan semua barangan dari ruangan dapur ke bahagian ruangan hall semata mata untuk mulakan kerja di ruangan dapur
Begitulah sebaliknya dari satu bahagian dalam rumah ke bahagian bilik tidur sebagai contohnya
Kerja renovation sangat berbeza dengan membuat kerja rumah yang baru
Inilah salah satu cabaran mewangikan sesebuah rumah busuk
Layan jer
Yuhuu😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk





22 March 2017

Kalah lelong




KALAH LELONG ITU PERKARA BIASA
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Today rabu kalah lelong lagi
Aku bajet RM80 ribu jer
Pembida yang menang itu RM85 ribu
Tahniah kepada pemenang
Yang masuk 17 pembida dipahamkan
.
.
Rabu lepas pun aku kalah jugak
Kalah tipis jer
Banyak tur jer bajet yang ada
Yang 2 minggu lepas pun aku kalah jugak
Alahaiiii
Jangan kecewa
Dan terus berusaha lagi
Yuhuu satu kali
😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk





Kopi




Kopi O pekat




Sketch kitchen kabinet






RUMAH BUSUK
- Nak tempah kitchen kabinet
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Tiap hari progres rumah busuk makin banyak
Dah mula berbincang dengan kontraktor untuk menempah kitchen kabinet
Sketch dah siap
Nak pilih warna plak
Table top pun dah siap sebahagian
2 minggu lagi kot
Dah mula boleh rancang untuk dipasang
InsyaAllah
Moga semua urusan dipermudahkan
Aamiin
Yuhuu😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk





21 March 2017

Rindu




Selak selak gambo album di hp
Terjumpa gambo nie
Dah hampir 4 bulan berlalu
Masih segar di ingatan
Kerinduan menggamit kembali untuk ke sana
Rasa tak tertahan pulak
Adussss
Doa aku agar ada peluang lagi untuk menjejak kaki ke sana lagi
InsyaAllah
Aamiin



20 March 2017

Kopi




Kopi O
Hujan nie
Alhamdulillah



Jiran rumah busuk








RUMAH BUSUK
- warna cat
◾️◾️◾️◾️◾️

Monday blues pepagi nie
Hujan di soromban
Nak citer sket
"Jiran ada cakap: cantek pulak apabila porch dah mula dicat"
Hahahaaaa
Masa rumah busuk ramai yang tak pandang yer
Apabila dah mula di "tranformasi"
Mula ramai yang buka mata
Jenjiran pun dah mula berkata kata "nampak beza betoi lah rumah nie plak"
Yuhuu satu kali
😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




19 March 2017

Cat porch




PORCH RUMAH BUSUK SUDAH DICAT
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Taraa
Nak tunjuk gambo porch rumah busuk sudah mula dicat
Okey ker kenkawan
.
.
Tak mengenal erti penat
Semalaman dalam international flight malam tadi
Terasa penat jugak
Sampai di soromban
Terus layan hobi rumah busuk
Camner San Ihsan Zainal
Yuhuu😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




Komitmen




RUMAH BUSUK
- Perlukan komitmen
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Jika kenkawan nak layan rumah busuk
Nak folow hobi hartanah rumah busuk aku
Perlu ada komitmen
Perlu ada semangat
Perlu ada rasa rajin
Maklumlah banyak perkara perlu dilakukan:
1. Cari rumah busuk
2. Usaha untuk memiliki rumah busuk
3. Perah idea untuk mewangikan rumah busuk
4. Perlu cari duit
5. Proses mewangikan rumah busuk
Jika ada apa apa masalah yang timbul dalam setiap langkah tersebut maka perlulah terapkan nilai kesabaran yang tinggi untuk mencari jalan penyelesaian
Dungibab beb
Yuhuu 😄
.
.
Betoikan sahabatku San Ihsan Zainal
Macam kita enjoy di business trip
Memang Ohsem kan roommate Zali Zali Ahmad
Yeszar
😄👍

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




15 March 2017

Musafir




Bermusafir berkelana di bumi ciptaan NYA ...
Moga dipermudahkan segala urusan ...
InsyaAllah ...
Aamiin ...




Ruang dapur




RUANG DAPUR RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Inilah projek rumah busuk yang latest sudah diwangikan
Lokasi di seremban
Gambo lewat petang semalam
Ruang dapur:
1. Lantai tiles
2. Table top
3. Kitchen kabinet
4. Dapur gas
5. Hood
6. Sinki
7. Tingkap kaca
8. Gril tingkap
9. Dinding tiles pada atas table top
10. Plastes siling
Nampak kemas jer
Mesti kaum ibu suker simple ruang dapur macam gini kan
Yuhuu😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk





14 March 2017

Courier




Esok ada 2 buah buku jer nak di courier
Ada yang nak tumpang sekali ker
Sebahagian dari hasil jualan akan disalurkan ke Pusat Tahfiz Darul Ulum Paroi
InsyaAllah
Aamiin
😄👍



Tudung awning




PORCH TUDUNG AWNING RUMAH BUSUK
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Gambo petang ini
Porch tudung awning rumah busuk
Dah siap
Sedang dicat undercoat
Wahhhh laju kan progres
.
.
Nak cat warna apa yer
Cer korang bagi idea sket
Teruja nak cat nie
Yuhuu😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




Seminar siri 2




SEMINAR: POTENSI PELABURAN HARTANAH SEREMBAN (Siri 2)
◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️◾️

S.I.T (Seremban Investor Team) akan mengadakan Seminar 'Potensi Pelaburan Hartanah Seremban' Siri2 pada 2hb April 2017 (Ahad) bertempat di Senawang mulai jam 8.30am pagi

Seminar berkisar tentang Seremban sebagai "The Hidden Gem" bagi pelabur hartanah.

Peserta akan didedahkan tentang kelebihan Seremban sebagai tempat pelaburan yang menarik dari segi jaringan pengangkutan, pusat komersial, pusat pendidikan, pada kadar yang lebih mampu milik.

Para speaker juga menceritakan pengalaman masing-masing dalam bidang hartanah dan mengapa mereka memilih Seremban. Pada kali ini akan ada pertambahan speaker, menjadikan jumlah keseluruhan speaker seramai 6 orang.

Tempat adalah dihadkan kepada 32 orang pertama yang terawal mendaftar.

Yuran seminar hanya RM66 seorang.

Sila WhatsApp Encik Kamal 019-2870031 atau Cik Aishah 012-9029414 bagi tujuan pendaftaran.

#SIT #Seminar #Hartanah #Seremban

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
😄👍





Kalah






RUMAH BUSUK
- jangan putus asa
◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Sajer nak kongsi citer
Semalam aku kalah lelong
Usaha aku tanpa jemu
Terus memburu rumah busuk
Itu gambar sebenar
Bajet aku ciput
Close harga semalam ialah RM255ribu
Dipahamkan ada 7 pembida rumah ini
Korang pun tak bleh putus asa yer
Yuhuu😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk




13 March 2017

Dapur dah wangi




RUMAH BUSUK
- sudah mewangi
◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Petang nie aku uplud
Rumah yang sudah hampir wangi
Inilah rumah yang sudah hampir siap
Latest punya projek
Projek rumah busuk
Korang nampak berbezakan
Asal dan sekarang
.
.
Ada yang berminat ker
Heheehe 😄
.
.
Yuhuu😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk



Newer Posts Older Posts Home