25 March 2017

Networking


RUMAH BUSUK
- Perlu networking
◾️◾️◾️◾️◾️◾️

Ada yang bertanya kepada aku lagi
Camner "Ir. AJAK" boleh buat banyak perkara dalam satu satu masa
Termasuk layan aktiviti hartanah rumah busuk
Aku pun tak pandai nak jelaskan semua perkara dalam bentuk penulisan di wall fb nie
Tapi yang aku nampak ialah "networking" tur sangat penting
Buat banyak perkara secara bentuk "team"
Yang paling penting ialah bersyukur kepada ALLAH dengan segala pinjaman dari NYA
Alhamdulillah
.
.
Aku citerkan sket
Dalam tempoh 2 minggu nie
13 hingga 25 mac 2017 today
Memang sangat ohsem
Waktu aku memang dapat dimanfaatkan sepenuhnya banyak aktiviti dapat dilaksanakan
Padat sangat jadual aku
1. Bekerja makan gaji
2. Berpeluang ke oberc trip dengan kenkawan Ihsan Zainal Norfaizah Abu Talib
3. Masuk lelong setiap minggu ... 3 kes ... 3 kes aku kalah kerana bajet aku ciput ... gunakan khidmat Agent REN
4. Layan rumah busuk aktiviti mewangikan dijalankan oleh team kontraktor binaan ... elektrik ... kitchen kabinet ... gril pagar ... semua berjalan dengan baik
5. Untuk aktiviti perancangan seminar hartanah soromban berjalan dengan lancar oleh team S.I.T Encik Kamal Hafiz Zainudin Sharezad Musa Khairul Amal Mahmud Shariza Abd Latif cik aisyah
6. Coti sekolah dapat bawak kidos ke Pahang ... Terengganu ... Kelantan ... Perak ... bonding dengan family sambil mandi di kolam renang
7. Ziarah bonda di Ipoh dan bawak family makan malam serta serahkan "elaun untuk bonda" sambil menikmati sedapnya bonda masak gulai lemak sayur pisang
8. Ada masa untuk layan fb di media sosial
9. Ada masa jugak nak baca sebahagian buku Hipster Hartanah oleh HF Harith Faisal
10. Sempat jugak melayan tv di depan astro
11. Jangan terleka dari bermunajat kepada NYA di waktu Sholat Dhuha mohon dipermudahkan urusan rezki
12. Sempat jugak buat planning untuk "rumah busuk" untuk projek yang akan datang ... deal dengan 2 rakan Agent/broker untuk 2 lokasi yang berbeza ... projek lokasi baru bukannya di seremban tauuu ... woww teruja
13. Sempat celebrate besday boy abang angah pada 20 mac yang lalu
14. Enjoy memandu van hitam bersama family walaupun jauh dari seremban ke pahang ke terengganu ke kelantan ke perak dan balik semula keseremban ... beratus kilometer sambil enaknya menikmati satar di bakar panas ... ranggupnya ikan celup tepung ict
15. Sempat jugak call jiran yang stay di JB untuk beli rumah beliau di soromban ... agar ada peluang
Aku banyak gunakan kemudahan handphone untuk pelbagai urusan
Mesti nak ada kemudahan internet
Networking dengan kenkawan jugak sangat penting
Atur kan masa sebaiknya
Fokus berbuat sesuatu
Kekadang tegas untuk membuat sesuatu keputusan
Berkongsi apa yang kita ada dengan insan tersayang
Senantiasa ingat ALLAH di hati dan mohon petunjuk
Alhamdulillah
Sekadar coretan aku di penghujung cuti sekolah
Yuhuu😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk













No comments:

Post a Comment