30 June 2018

Malam

Malam minggu ...





Minum

Minum potang ...





Cyber

Dah buat kerja sapu dedaun kat halaman

Nak upah main game ROBLOX 

Dah macam cybercafe plak

.

.

Papa pun nak blajor main game jugak laaa

😀





Buat kerja

Dah buat kerja 

Sapu dedaun kering

Nak minta upah plak

.

.

Rajin kidos papa mama

Siap masukkan dedaun kering dalam plastik hitam

😀👍




Tak suka

TAK SUKA RUMAH BUSUK


Ramai yang tak suka kepada rumah busuk

Mungkin disebabkan oleh beberapa faktor

Antara nya:

  1. Tak tahu untuk miliki rumah busuk
  2. Rumah dalam keadaan buruk/uzur
  3. Perlu dibaiki 
  4. Isu modal untuk baiki
  5. Nak cari kontraktor yang sesuai
  6. Tiada masa nak uruskan dari busuk kepada wangi
  7. Mungkin pasangan tak support


Cara nak atasi isu di atas dengan cara:

  1. Miliki rumah busuk dengan cara subsale atau lelong ... nak mudah minta tolong dari agent REN yang berwibawa
  2. Rumah yang uzur dan buruk memang boleh di usahakan untuk di sempurna kan
  3. Ambil lah inisiatif untuk membaiki rumah yang uzur tersebut 
  4. Memang kadangkala ada isu modal ... cari lah modal itu ... dari simpanan ker ... pinjam bank ker ... pinjam dari pasangan atau ibu bapa
  5. Jika tiada upaya untuk baiki sendiri ... kita gunakan khidmat kontraktor ... kat kawasan sekitar mesti ada kontraktor yang boleh membantu
  6. Cari masa yang sesuai ... ejas ejas masa kita untuk luangkan masa bagi tujuan rumah busuk ... pasti boleh punya
  7. Jika ada pasangan yang tak support ... pujuk pujuk lah agar boleh support kita ... bawa pegi makan makan ker ... ceriter kebaikan rumah busuk ... lelama okey lah tur


Saya sekadar memberi pandangan sahaja yer

Kita kongsi bersama

Maybe korang ada idea yang lain lagi

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





29 June 2018

Nunggu

Nunggu western food sampai ...





Durian

Lepas sholat jumaat 

Sebelum masuk opis

Pekena durian

Sedap bangat

Masuk opis nanti

Sendawa bau durian lah nie

Adudu 😀







Rumah basic

REPAIR LAGI RUMAH BUSUK


Repair lagi rumah busuk

Repair jadi rumah basic unit pun dah okey:

  1. Atap tak bocor
  2. Ada siling
  3. Ada pintu
  4. Ada tingkap
  5. Ada lantai yang bersih
  6. Ada lampu
  7. Ada kipas 
  8. Ada soket elektrik
  9. Ada tandas & bilik air
  10. Ada bilik tidur 
  11. Ada dapur 
  12. Ada table top
  13. Ada sinki
  14. Ada porch kereta guna atap awning pun tak kisah


Tak semesti item dalam rumah dari barang yang mahal mahal

Cukup sekadar boleh digunakan dengan sebaiknya

Dengan ada kemudahan asas begini akan mewujudkan suasana kehidupan yang tenang dan sempurna


Dengan ada rumah basic sebegini

Tetapi jika ada Kewangan yang mencukupi... buatlah rumah secanteknya yang diidamkan

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





28 June 2018

Matching

Saya tak pandai nak bergayer gayer nie

Almaklum lah angka pun dah 4 siri

Tak pandai nak matching matching colour pakaian nie

Okey ker warna tali leher tur

😀




Pink ...

Pink colour tur ...

Hahahaha 😀





Siling

SILING RUMAH BUSUK


Baiki siling rumah busuk

Tak kan nak biar kan terlopong jer kan

Nanti ada tikus berjalan kat atas tur

Terjatuh atas meja makan sedang kita nak bekfes

Cer korang bayang kan yer

Akikikihhhh mesti menjerit kegelian

“Arrrr tikus !!!”


Baiki siling rumah busuk ada 2 keadaan:


1.

Siling biasa

Jika dah modal kurang macam saya 

Kita baiki siling jenis biasa jer

Cat elok elok warna putih

Pasti akan nampak sempurna jugak


2.

Plaster siling

Jika ada modal lebih 

Nak nampak cantek

Nak nampak lebih kemas

Boleh pasang plaster siling 

Ditambah dengan lampu bulat & empat segi lampu LED

Pasti teruja tengok

Tapi modalnya lebih sket lah


Pilihan di tangan kita

Ikut kehendak memasing

Cuma ikut kemampuan jugak lah

Sebab kos adalah berbeza beza

Malah masa untuk baiki juga berbeza tur

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk









27 June 2018

Kuah

Kuah durian ... mabeles sedap 😀👍





Di dalam

DI DALAM RUANG RUMAH BUSUK


Kotor nya keadaan di dalam ruang rumah busuk

Dengan siling dah terlopong

Lantai nyer pun dah hitam jer dek sisa kotoran

Korang tengok lah gambar tur

Eeeeee mesti ramai yang tak sanggup


Dengan tingkap pun dah tak der

Nie lah keadaan sebenar 

Jangan cakap mudah nak layan rumah busuk

Tak ramai yang sanggup tau


Hati kena kental 

Jiwa kena kering

Otak kena fokus

Muka kena tebal 10 inci


Coz ada kenkawan yang pernah cakap “bangang Ir. AJAK miliki rumah busuk ... buat apa nak susah payah ... baik beli rumah yang sudah siap cantek melecun ... tak buang masa & tenaga”

Adudu 😀 sabo jer laaaa


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk





26 June 2018

Rumah busuk corner lot

RUMAH BUSUK CORNER LOT


Asalnya bukan takat semak samun

Dalam kawasan tanah ada 2 batang pokok yang besar

Masih ada tunggul pokok kayu kat situ lagi


Dah tebang pokok tur

Barulah nampak cerah sket

Kawasan tanah tur pun telah dibersihkan

Jika dapat di tanam kan rumput karpet pasti akan menghijau kawasan corner lot tur


Kerja mewangi telah mul di jalan kan

Rumah nie nak dijadikan rumah basic sahaja

Salah satu sebab ialah kekangan bajet lah weh


Cerita rumah busuk nie

Mesti ramai di kalangan kenkawan yang mengidamkan rumah yang mempunyai tanah 


Salah satu cara nya ialah cuba untuk memiliki rumah corner lot

Pastinya harga nya pun lebih sket lah yee

Tips nak membeli rumah corner nie

Pada mulanya belilah rumah yang mampu dahulu


Kumpul modal dari tahun ke tahun

Rumah yang kita ada tur ... dijualkan ... dapat modal ... baru lah beli rumah Idaman corner lot


Jangan lah mula mula dah target nak beli rumah corner lot ... tapi jika mampu dan ada wang boleh lah beli terus

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk









25 June 2018

Untung arr

Untung lah jika ada nurse macam gini ... kan kan😀





Bersepah rumah busuk

BERSEPAH DALAM RUMAH BUSUK


Dah mulakan kerja pembersihan dalam rumah busuk 

Walaupun nampak kotor dan busuk 

Usaha tetap di jalan kan untuk kelihatan lebih wangi

Kontraktor sedang bekerja 

Layan jer beb😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





24 June 2018

Ukhwah silaturrahim

Bersama sama geng geng jemaah haji tahun 2016

Kami satu khemah di arafah dan mina

Mengimbau kembali memori bersama

.

.

Terima kasih Dato Dr Haji Azizan Ab Rashid  & Datin Hajah masakan yang sodap sodap 😀👍

Ukhwah silaturrahim 





Geng haji

Geng geng jemaah haji tahun 2016 datang bertamu ke rumah ...





Salai

Sodap plak wife masak daging salai nie ...





Mulakan

MULA NAK MEWANGI KAN RUMAH BUSUK


Today ahad dah 10 syawal

Cuti sekolah 2 minggu pun dah berakhir today

Cepat jer masa berlalu kan

Tiba masanya nak mula mewangi kan rumah busuk

Raya raya jugak


Layan hobi tetap berjalan weh

Tong roro dah sampai

Sampah sampah pun dah mula loading ke dalam tong

Apa pun kita mulakan dengan pembersihan pelbagai sampah sarap


Dah bersih baru lah ada semangat nak repair n reno

Baru bleh cari idea untuk mewangi kan rumah busuk

Tak gitur

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk






23 June 2018

Nie lah

INI “Ir. AJAK” LAH ...


Nie lah gambar saya sewaktu di usia 26 tahun

Masa nie tengah ada jambul lagi

Ada yang kata iras iras

Naser wahab

Nd lala

Halim othman

P ramlee

Adudu 

Yang sebenarnya nie lah “Ir. AJAK”

Yuhuu😀







Gosok guna kertas pasir

Lewat petang tadi sebelum senja

Hasil kerja tangan saya today

Guna kayu palet jer

Duk licin kan permukaan guna kertas pasir

Tak der kerja cari kerja

Hehehehe 😀







Masa muda

Masa umur saya 26 tahun ...

Masa nie belum bergiat aktif dalam hobi hartanah rumah busuk ...


Ir. AJAK 





Nujum

Nujum pak belalang ...


Soalannya:

1 banyak banyak

2 sedikit sedikit 

3 jarang jarang

4 kadang kadang


Apa jawapan nya ?





Pak nujum

Nujum pak belalang ...

Siapa tak nampak dalam mangkuk air tur ...





5 tips

5 TIPS NAK WIFE RAJIN MASAK


Pepagi sabtu saya dah sampai pasar

Beli barang untuk dimasak

Weken gini lah

Bukan takat layan rumah busuk jer tau “Ir. AJAK” nie


Muafakat dalam suami isteri kita utamakan

Walaupun wife saya boleh memandu kereta dan pergi sendiri

Tapi saya tetap akan cuba teman kan

Sekurang kurang nya jadi “abang sado” untuk tolong angkat bakul barang barang yang dibeli

Saya tak lah sado coz perot dah boroi weh


Abam abam yang diluar sana tur

Jika nak wife masak sodap sodap kat rumah

Kena lah usahakan perkara berikut yer:


  1. Temankan wife pergi pasar untuk beli barang barang basah
  2. Bagi idea untuk masak apa menu nya setiap hari
  3. Dah pilih barang basah tur ... bayo ler ... jangan guna duit wife plak ... duit dio biarkan dio kumpul beli omeh ... mesti wife sonyum lebar punyo kan kan
  4. Tolong wife memasak di dapur ... ambil lah bawang tur kupas kan kulit ... dah solosai kupas sebijik ... buat buat lah pedih pedih mato tur hingga meleleh air mato secawan ... mesti wife kasihan punyo dio pun sambung kupas kan baki bawang bawang tur😀
  5. Sediakan ruang dapur yang sesuai untuk memasak ... jika dah ada modal kewangan yang mencukupi ... usahakan ruang dapur yang ada table top dan kitchen kabinet siapkan hood nya sekali ... baru lah semangat wife nak memasak


Itulah tips yang membuatkan saya makin boroi nie haaa

Sodap jer wife masak makanan

Air tangan wife nie memang sodap kito makan ... tambah tambah dio masak dongan penuh kasih sayang tau

Berselero jer

Sekadar pandangan saya jer yer

Yuhuu😀


Ir. AJAK


Nota:

Itu sebab Ir. AJAK suko layan hobi rumah busuk

Pada ruang dapur akan di usahakan untuk mewangi sesempurna mungkin

Bagi para ibu rajin nak ke dapur dan tak jemu duduk di dapur😀






Kos kerja repair

PENINGKATAN KOS REPAIR RUMAH BUSUK 


Sebab dalam bidang repair ini macam macam hal perlu diambil kira

Kekadang hal yang tidak dijangka pun boleh timbul

Bukan mudah untuk di uruskan sesuatu kerja repair melibatkan sebuah rumah


Tambahan pula jika kes melibatkan sebuah rumah yang sangat uzur

Malah teori cakap cakap kadangkala tidak sama dengan keadaan di tapak rumah busuk

Semua nya memerlukan kreativiti memasing


Semua itu boleh menyebabkan peningkatan kos repair

Jika tak dibuat tak boleh ... jika dibuat akan meningkatkan kos ... kadangkala nya

Itulah lecehnya mewangikan sebuah rumah busuk

Yang paling kita risau ialah apabila kos meningkat ke tahap yang kita tidak duga


Sekadar pandangan saya sahaja yer

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk