22 June 2018

Kos

KOS BAIKI RUMAH BUSUK


Soalan:

Maner yang murah kos baiki rumah busuk:

1. Beli barang sendiri dan bayar upah kontraktor

2. Lumpsum bayar ke kontraktor untuk beli barang dan upah


Pandangan saya:

1. 

Jika boleh uruskan sendiri beli barang bahan binaan di hardware

Cari sendiri semua bahan bahan yang diperlukan

Dan upah kerja kontraktor untuk buat kerja

Bahan kelengkapan binaan

Bahan kelengkapan elektrik

Bahan kelengkapan pelbagai

Jika boleh uruskan dan koordinasikan semua perkara

Mungkin boleh merendahkan kos baiki rumah busuk secara keseluruhan nya

Saya tidak pernah buat sebegini kerana tidak punya ruang masa yang mencukupi untuk ke hulu ke hilir mencari bahan binaan

Sesekali tur adalah untuk kerja yang kecil kecil atau mencari sesuatu ikut citarasa saya dan nak syok syok soppink beli barang binaan

Jika tak biasa dengan kedai hardware... harga yang kita beli dengan harga yang kontraktor beli kekadang adalah berbeza harga walaupun barang yang sama


Siapa ada idea ... kongsikan sket !


2. 

Jika nak senang

Lumpsum jer harga tur

Untuk barang dan upah

Janji siap kerja yang sempurna sebagaimana kita kehendaki

Kita pantau hasil kerja jer


Sekadar pandangan saya sahaja yer

Saya bukan seorang kontraktor 

Saya hanya sekadar melayan hobi hartanah rumah busuk jer

Yuhuu 😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk






No comments:

Post a Comment