30 November 2018

Podeh

Sodap sambal belacan cili padi nie

Podeh weh

😀




Akuarium

Saya di rumah

Suker duduk depan akuarium 

Sambil hirup kopi o ker

Tengok jer anak anak ikan nie berenang renang

😀




Tiang

TIANG TELEKOM DI DEPAN RUMAH BUSUK


Ada tiang telekom di depan rumah busuk

Boleh di alih ker

Korang ada pengalaman camner nak alihkan tiang ini

Berada di tengah tengah

Nak bina porch

Kedudukan tiang ini berada di tengah pulak

Nak masukkan kereta pun tak bleh

Bagi idea sket

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





Telo

Kena letak kicap sket nie

Baru mabeles sedap😀👍





28 November 2018

Rindu ngan baby koi

Rindu dongan baby ikan koi
Hampir 4 hari tak ketemu
Papa outstation kerja mencari rezki
Alhamdulillah dah sampai rumah dah😀



Agent ren

RAKAN RAKAN AGENT REN


Saya nak tanyer jer

Agak agak boleh kah seorang Agent REN yang berdaftar dengan sebuah agensi 

Tetiba masuk ke dalam sebuah rumah busuk milik saya


Tanpa call saya

Tanpa kebenaran saya

Tanpa memaklumkan kepada saya

Mengambil gambar di luar rumah, di dalam rumah dan mengambil gambar pekerja kontraktor yang sedang buat kerja


Tetiba beliau mesej ke mesenger FB saya ... nak tolong jualkan rumah berkenaan

Beliau uplud kan gambar yang diambil oleh dia

Padahal saya tiada pernah berkomunikasi dengan beliau pun


Tak kenal sama sekali

Saya semak bukan friend di FB pun

Maybe beliau follower saya

Saya tidak miliki nombor hp beliau pun


Boleh kah saya anggap “MENCEROBOH” premis milik saya

Macam “kurang asam lah” AGENT REN sebegini

Tiada etika dan professional 


Saya tidak pernah jadik AGENT REN ... maka saya tiada pengetahuan bab itu

Saya tidak benci AGENT REN

Malah saya hormati kerjaya mereka untuk mencari rezki

Saya pun menggunakan khidmat mereka apabila diperlukan 


Maaf kan saya kerana emosi sket potang nie

Saya kurang senang perkara begitu berlaku

Pekerja kontraktor saya pun kurang senang 


Lain lah hanya tangkap gambar dari luar rumah

Tapi ini sudah masuk ke dalam rumah tanpa kebenaran

Jika ambil dari rumah rumah sahaja ... saya tidak boleh halang 


Betoikan 

Adudu 

Membebel plak saya petang nie

😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





Ruang dapur

RUANG DAPUR YANG SIMPLE DALAM RUMAH BUSUK


Buyer mesej kepada saya

Dia dah cat dinding pada ruang dapur 

Walaupun transaksi jualan belum sempurna selesai

Saya dah bagi kunci awal kepada buyer/bakal pemilik rumah

Kami ada “deal” menang menang


Buyer dah ready nak pindah masuk ke rumah ini pada bulan disember 2018 bulan depan

Saya memang heppy dengan perkembangan ini

Dapat memberi manfaat kepada insan lain

Itulah salah satu hikmah saya melayan hobi hartanah rumah busuk 

Senantiasa memberi manfaat 


Ruang dapur ini simple jer:

1. Ruang yang luas

2. Table top berbentuk L

3. Dipasang kitchen kabinet atas dan bawah

4. Dilengkapi dengan hood dan hob

5. Ada 2 buah sinki 

6. Ada socket elektrik untuk kegunaan di dapur

7. Warna yang simple untuk menaikkan mood di dapur

8. Lampu downlite LED

9. Plaster siling

10. Lantai tiles


Sekadar panduan untuk saya kongsikan

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk


Nota:

Penghargaan terima kasih kepada buyer yang hantar mesej gambar melalui wasup





27 November 2018

Port Dickson

SIAPA NAK RUMAH TERES 1 TINGKAT DI PORT DICKSON 


Siapa nak sebuah rumah dengan harga di bawah market value (MV)

Rumah basic:

  1. Telah dibaiki dan hampir sempurna 
  2. Dah buat pagar dinding batu bata di depan dan belakang
  3. Porch telah disimen pada lantai
  4. Siap gril
  5. Bilik tidur belakang pun dah pasang tiles pada lantai
  6. Table top ... kitchen kabinet atas bawah yang akan di pasang minggu depan ... hood dan dapur gas
  7. Cat baru sebuah rumah


Kawasan hot

Mudah disewakan 

Penuh penduduk kat taman

Nak bagi harga kasih sayang jer

Kita bincang bagi jadik

PM direct saya yer😀


Ir. AJAK





Buruk nya

BURUK NYA DI DALAM RUMAH BUSUK


Ramai yang tak minat 

Ramai yang tak suka

Ramai yang geli geli

Ramai yang tak pandang rumah busuk


Saya dari dulu

Saya sejak sekian lama

Saya saban hari

Saya memang layan hobi hartanah rumah busuk


Realiti yang perlu tahu

Realiti yang perlu di lalui

Realiti yang ada di depan mata

Realiti keadaan sebenar rumah busuk yang ini


Memang kotor 

Memang rosak

Memang hancus

Memang sebusuk nya rumah busuk


Owhh rumah busuk

Bermula untuk diwangikan

Dijangka bulan mac 2019 tahun depan akan siap wangi sebuah unit yang ini

InsyaAllah 


Ir. AJAK 

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk





26 November 2018

Ruang tangki

RUANG TANGKI AIR DI ATAS TANDAS RUMAH BUSUK


Kes rumah busuk yang ini

Ada kebocoran pada tangki air 

Kebocoran ini mengakibatkan:

  1. Siling dalam tandas rosak
  2. Wiring lampu rosak
  3. Dinding jadik lembab
  4. Bilik sebelah pun agak rosak kerana air mengalir


Perkara ini berlaku kerana rumah busuk telah lama bermasalah sebegitu dan dibiarkan seadanya

Tiba masa nya saya ambil alih dan baiki keadaan yang teruk itu

Selesaikan rumah busuk ini supaya kembali menjadi sempurna dan boleh didiami sebaiknya

InsyaAllah 


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk





24 November 2018

Tgv ...

6 Tiket dah di tangan 

Layan kidos di tgv

Bermula coti skolah nie😀







Baby koi

Lunch hour
Papa dah cuci kolam filter
Dah ganti air kolam
Masa untuk lunch baby koi
Mari mari 😀👍




Cuci filter

Riadah kluarkan peluh di pagi sabtu

Nak basuh kolam filter dan ganti kan air dalam kolam ikan 

Bagi bersih 😀






23 November 2018

Makin wangi

Kontraktor buat kerja kat dalam rumah busuk

Berselerak sket 

Rumah busuk nie nak dipulihkan menjadi rumah basic

Makin wangi dari hari ke hari😀





Ir AJAK

Ingat rumah busuk 
Ingat Ir Ajak
Tapi Ir Ajak 
Tak busuk tau !😀




Makan

Makin jinak dah baby koi saya

Dah mula nak makan di tangan

Geli kena gigit di jari 😀





21 November 2018

Spaghetti

Wife masak spaghetti 

Taruk sket cheese serbuk

Wow sedap gak

Alhamdulillah 





Layan

Citer potang semalam

Mesti nak layan rumah busuk

Asal ada masa jer terluang 

Mesti nak cuba lawat lokasi rumah busuk

Gini lah layan hobi

😀





Jinak

Asyraf cuba jinak kan baby ikan koi



Kicap

Letak kicap sket ...

Berselera saya ...





18 November 2018

Layan hobi

Layan hobi gak

Hari cuti weken nie

Ilex ilex 😀





Projek baru

PROJEK BARU RUMAH BUSUK


Hari ahad today

Mulakan projek baru rumah busuk

Rumah yang hancus

Rosak teruk 

Rumah yang kotor

Rumah yang berbau hancing


Nak masuk ke dalam rumah pun terasa malas

Namun digagahi jua demi hobi

Hobi hartanah rumah busuk lah

Memang semuanya busuk

Memang sangat busuk


Bermula hari ini 

Nak diwangikan ikut cara saya

Ikut idea saya

Team akan buat sebaiknya

Cuma kekangan bajet

Bajet memang selalu jadi isu utama

Isu yang menghantui fikiran


Target menjelang tahun baru cina Feb 2019 akan siap sempurna

Positif kan minda fokus pada matlamat 

InsyaAllah 😀

Amin


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





16 November 2018

Taraaa

SEMPURNA SIMPLE TABLE TOP DI RUANG DAPUR RUMAH BUSUK


Taraaaaaa

Warna gabungan HIJAU  & PUTIH

Dah siap set:

1. Table top

2. Kitchen kabinet 

3. Hood

4. Dapur gas

5. Dinding tiles atas table top

6. Tambah soket plug pada dinding tiles atas table top

7. Ubah kedudukan paip air untuk ke 2 biji sinki


Dah nampak kemas dan teratur

Mesti ramai yang berminat rumah ini

Unit corner lot

Lokasi hot untuk disewakan 

Market value makin naik di kawasan ini

Dah cat bagi sempurna

Alhamdulillah 

😀👍


Hari ini dijangka akan pasang gril sebuah rumah


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





13 November 2018

Sup ekor

Sup ekor

Wife masak pulak

Abis lah diet malam nie

Adudu 😀





Hikmah

RUMAH BUSUK DAPAT MEMBANTU KENKAWAN MILIKI UNIT HARTANAH 


Layan hobi hartanah rumah busuk

Aktiviti bercerita saban hari berkisarkan proses rumah busuk diwangikan

Rumah busuk yang dijadikan rumah sempurna untuk didiami


Terus terang saya katakan hikmah di sebalik hobi ini

Saya ber peluang untuk cuba membantu kenkawan untuk memiliki unit kediaman sendiri 


Saban hari saya tanamkan sifat ingin membantu ummah di luar saya

Saban bulan juga saya memupuk semangat untuk terus membantu kenkawan 


Ada juga kadangkalan timbul rasa malas di hati kecil saya dan ingin menamatkan aktiviti ini 

Namun saya gagahi jua

Saya tahu masih ramai di luar saya yang memerlukan sentuhan saya


Doakan saya agar terus mampu menyumbang sedikit usaha sebagai fardu kifayah untuk ummah sekalian

InsyaAllah 

Amin


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk






Telo lembik

Sejak dua menjak nie

Saya suka goreng sendiri telor mata lembik nie

Letak kicap sket wow

Sedap nya bekfes pagi nie

Alhamdulillah 

😀





11 November 2018

Terlelap

Terlelap dah

Kekenyangan pelahap bbq ayam😀





Bbq

Nak bbq ikan koi ... saiz masih kecik kecik ... bbq ayam jer lah di sebelah kolam ikan koi 😀 di potang ahad nie😀




Destinasi ke 2

Destinasi ke 2

Rumah busuk 

Rumah busuk unit corner lot

Pada hari ahad today

Syok jer layan

Yuhuu 😀





10am pagi

APOITMENT RUMAH BUSUK JAM 10 PAGI


Apoitment pada sekitar jam 10am pagi

Maka kita cuba sedaya untuk hadir pada masa tersebut 

Kita dah berjanji maka kita cuba sedaya upaya untuk penuhi waktu itu


Melatih saya menepati waktu

Melatih saya untuk bersabar

Melatih saya untuk lebih menghargai masa


Banyak hikmah yang boleh diperolehi

Itu sebab saya suka untuk layan hobi hartanah rumah busuk

Terus istiqamah untuk layan suatu yang kita minat

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


#rumahbusuk





2 marhalah

Pepagi ahad dah masuk hiway

Nak layan hobi hartanah rumah busuk

Ada beberapa lokasi nak disinggah

Perjalanan sehala pun lebih 2 marhalah

Ini lah namanya minat

InsyaAllah 😀




Bina

BINA TABLE TOP KAT RUANG DAPUR


Bina table top kat ruang dapur

Guna simen konkrit lah untuk jadik kukuh

Tambah jugak socket elektrik supaya mudah nak pasang hood dan digunakan untuk memasak menggunakan perkakasan elektrik

Payah jika nak tarik guna extension wayer


Konktraktor elektrik juga kena berbincang dengan kontraktor binaan table top supaya kedudukan socket itu betul dan sesuai

Jika boleh biarlah ngam ngam supaya nampak cantek dan betoi


Next week dah boleh panggil kontraktor kitchen kabinet untuk sukat pulak

Seminggu berikutnya dijangka akan dipasanglah

Rumah ini dijangka akan sempurna menjelang hujung bulan ini November 

Jika tiada aral melintang

InsyaAllah 

Yuhuu 😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk