28 November 2018

Agent ren

RAKAN RAKAN AGENT REN


Saya nak tanyer jer

Agak agak boleh kah seorang Agent REN yang berdaftar dengan sebuah agensi 

Tetiba masuk ke dalam sebuah rumah busuk milik saya


Tanpa call saya

Tanpa kebenaran saya

Tanpa memaklumkan kepada saya

Mengambil gambar di luar rumah, di dalam rumah dan mengambil gambar pekerja kontraktor yang sedang buat kerja


Tetiba beliau mesej ke mesenger FB saya ... nak tolong jualkan rumah berkenaan

Beliau uplud kan gambar yang diambil oleh dia

Padahal saya tiada pernah berkomunikasi dengan beliau pun


Tak kenal sama sekali

Saya semak bukan friend di FB pun

Maybe beliau follower saya

Saya tidak miliki nombor hp beliau pun


Boleh kah saya anggap “MENCEROBOH” premis milik saya

Macam “kurang asam lah” AGENT REN sebegini

Tiada etika dan professional 


Saya tidak pernah jadik AGENT REN ... maka saya tiada pengetahuan bab itu

Saya tidak benci AGENT REN

Malah saya hormati kerjaya mereka untuk mencari rezki

Saya pun menggunakan khidmat mereka apabila diperlukan 


Maaf kan saya kerana emosi sket potang nie

Saya kurang senang perkara begitu berlaku

Pekerja kontraktor saya pun kurang senang 


Lain lah hanya tangkap gambar dari luar rumah

Tapi ini sudah masuk ke dalam rumah tanpa kebenaran

Jika ambil dari rumah rumah sahaja ... saya tidak boleh halang 


Betoikan 

Adudu 

Membebel plak saya petang nie

😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





No comments:

Post a Comment