30 June 2019

Nunggu

Nunggu order western

Semua nak pilih lain lain menu

Lambat ler jawab nya weh





Heppy Besday Sayang

HAPPY BIRTHDAY

Happy birthday Sayang
Usia meniti angka 40
Masih cantek isteri Abang nie
Syukur ke hadrat Ilahi
Ucapan khas buat bidadari ku duhai isteri tersayang PUAN HAJAH FATIMAH BINTI SAHAK 

Didoakan:
1. Panjang umur
2. Murah rezki
3. Dikurniakan kesihatan yang baik
4. Menjadi isteri yang solehah
5. Ibu yang menyayangi kidos
6. Dikukuhkan iman
7. Menjadi insan yang hebat di mata Abang 

Abang dan anak anak akan senantiasa bersama Sayang untuk kita meniti hari hari mendatang bersama kita sekeluarga

Abang berhasrat memang mahu berikan hadiah yang istimewa buat diri Mu Sayang
Abang sedang usahakan nie
Tunggu sedikit masa lagi yer
Sesuatu yang Sayang selalu tengok di iklan dan idamkan ... InsyaAllah

I love u Sayang❤️

ABANG Ir. AJAK






29 June 2019

Jamuan raya

TERIMA KASIH

Terima kasih kenkawan kerana sudi datang ke jamuan hari raya ke rumah saya
Saya dan keluarga amat hargai 
Ukhwah silaturrahim 
InsyaAllah 
Amin 😀👍














Menang lelong rumah

MENANG LELONG RUMAH BUSUK


Alhamdulillah 

Dapat berita kemenangan dari wakil saya

Menang lelong rumah busuk pada hari ini

Rumah teres setingkat

Infra sekitar yang sudah matang

Keluasan tanah 1754sqft (sekitar 22x80) agak nya

Rumah yang sangat uzur

Rumah yang sangat busuk

Alahai buruk nyer

Thank gais yang mendoakan 

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk







28 June 2019

Menang lagi

MENANG LELONG


Alhamdulillah 

Pagi jumaat yang penuh barakah

Saya menang lelong untuk kesekian kalinya

Tanah seluas 5.5 ekar sekitar luas agak agak 4 kali saiz padang bolasepak gitur ler

Tanah lapisan ke 2 dari jalan raya protokol


HUTAN BELANTARA pokok menghijau

Bak kata lawan pembida tadi ... HARIMAU pun ada kat tanah tur ... seram beb ... tergugat sebelum masuk dewan lelong (pandai lawan saya tur ber gurau senda ... PAK BELANG pun ado) ... hehehehe 😀


12 kali angkat tangan baru tukul diketuk

Berbalas balas angkat tangan

Bersemangat membida di dewan lelongan

Genuine fight dengan pembida yang lain

Saiz tanah agak besar dengan 1 geran

Status tanah adalah pertanian dengan geran selama lama nya


Saya belum ada perancangan lagi

Untuk bikin apa

Suasana nyaman pokok yang menghijau

Saya tidak berkesempatan untuk masuk ke dalam kawasan tanah kerana takut binatang buas

Layan jer


Kemenangan lelong pertama pada pagi jumaat

Biasanya hari hari lain selain hari jumaat 

Saya penuh yakin ada hikmah dan barakah kemenangan di pagi penghulu segala hari

InsyaAllah Amin


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk


Nota: gambar pokok yang menghijau seakan akan lebih umur pokok 30 tahun gitur ... tinggi tinggi pokok itu di lokasi tanah








Jiwang



27 June 2019

Esok raya

ESOK RAYA


Alhamdulillah 

Akhir nya habis juga 6 hari berpuasa sunat di Bulan Syawal

Syok nyer esok raya

Walaupun sudah ke penghujung Syawal

Syukur


Nota:

Saya masak sendiri Tauhu Begedir





YAB MB N9

YAB Montori Bosar N9 tanyo sey:

“Cam nor tangan tur ha ... bilo nak sombuh”

Sey jawab:

“Sebulan duo laie dah bleh kayuh beskal semulo”

.

.

Ter glamor plak masuk surat khabar sinar harian

Kan kan

Hehehehe 😀





2 buah

2 BUAH RUMAH BUSUK 


Bulan Syawal nie

Selera saya lebih sket

Badan pun dah naik 

Sedap jer nak makan yer


Termasuk lah bab layan hobi hartanah rumah busuk

Jalan serentak 2 biji nak kasi wangi

Rumah 2 tingkat pulak tur

Jenuh weh


Lokasi berbeza

Negeri pun berbeza

Bentuk berbeza

Kontraktor yang berbeza

Hasilnya pasti memuaskan

Saya amat yakin bab ini


Kena uruskan secara baik

Kena uruskan secara mantap

Kena ada team yang hebat

Kena ada keyakinan yang tinggi

Kekadang kena ada kepercayaan kepada team bahawa mereka juga mampu melaksanakan dengan baik dan teratur


Alhamdulillah 

Saya bersyukur ke hadrat Allah jua

Dipinjam peluang sebegitu

Walaupun tangan kiri saya patah dan saya ada sidikit uzur buat sementara ini

Namun segalanya berjalan dengan baik dan teratur


Aturan Allah itu adalah amat amat baik

Saya banyak belajar sesuatu sewaktu saya masih MC ini

Bersangka baik dengan apa jua keadaan

Allahuakbar😀👍


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk


Nota:

  1. 2 gambar menunjukkan rumah yang berbeza lokasi dengan jarak beratus km





23 June 2019

Ikan lampam

SAMBAL TEMPOYAK + IKAN LAMPAM GORENG


Ikan lampam tangkap kat kolam di halaman rumah

Ikan fresh pelihara sendiri

Manis ikan apabila digoreng garing

Durian lebih kelmarin


Mak aai berselero makan nie

Alhamdulillah sedap😀👍





22 June 2019

Tahta

RUMAH BUSUK JUGA BERTAHTA DI HATI


Sajer nak up gambo

Progres reno rumah busuk 

Sudah sampai ke tahap ini

Rakan kontraktor hantar gambar ke wasup saya

Berbunga rasa di hati

Yuhuu😀








21 June 2019

Durian

Singgah beli durian ... tebal isi nya





Dosa

BANYAK DOSA LAA TUR


Ada kawan saya cakap kepada saya

Banyak kali dah kau masuk hospital kena operate

“Kau banyak dosa laa tur !”

Terkedu saya

Insaf dah nie

Allahuakbar di pagi jumaat nie

Pengajaran buat saya insan yang serba kekurangan dan hamba yang sangat kerdil di sisi NYA


Nota:

Gambar di dalam wad selepas prosedur keluar dari bilik OT pada lewat petang isnin aritu





19 June 2019

Fisioterapi

PROSEDUR FISIOTERAPI 


Setiap hari saya akan ke hospital

Dalam tempoh 2 minggu ini

Untuk menjalani prosedur fisioterapi

Agar tangan kiri dan jari jemari saya akan boleh bergerak macam dolu dolu


Itulah harapan dan doa saya

Mesti mahu di usahakan jua

Nanti terganggu plak nak layan hobi hartanah rumah busuk ... hahahaha... mesti nak ingat rumah busuk jugak 


Untuk menggerakkan jari jemari ini terasa sakit

Sakit untuk buat fisioterapi nie weh

Kena menahan sakit

Rasa nak terkucil pun ada

Macam nak terkentot pun kekadang menahan kesakitan digerakkan jari secara paksa oleh fisioterapis


Insaf saya rasanya

Pengalaman terbaek sewaktu meniti usia 45 tahun 

Ini kali pertama saya merasa patah anggota badan


Gambar yang dipapar kan itu hanya salah satu prosedur sahaja

Saya kena ikut step yang ditetapkan di wad fisioterapi ini

Layan jer laaa yer😀


Korang dah ada melalui pengalaman begini ker ?


Ir. AJAK






16 June 2019

Lepak

Kidos nak singgah kat sini ...




Rumput

ALONG & ANGAH TOLONG BANTU BERSIH RUMPUT DI RUMAH BUSUK


Potang nie minta bantuan Along & Angah

Bersihkan rumput di rumah busuk

Rilex rilex santai aktiviti keluarkan peluh

Bonding kidos supaya datang ke rumah busuk


Harap minat papa boleh turun ke kidos

Rumput dah pendek dan sedap mata memandang 

Terima kasih Along & Angah


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk







Blind

MANA YANG KORANG SUKA

Mana yang korang suka
Ruang dapur rumah busuk
Yang telah dipasang dengan blind pada tingkap dapur
Atau yang tidak dipasang blind

Ada yang cakap dengan saya
Pasang blind nie nampak semak jer
Belang belang macam zebra
Membazirkan duit jer
Korang rasa okey ker ?

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk

#rumahbusuk






15 June 2019

SK

DIA ISTERI KU


Disebut jer nak ke butik

Saya tak cakap banyak

Suruh siap dan saya temankan

Start keter terus sampai ke pintu kedai butik

Nak pilih jer lah

Sesuai di hati

Berkenan rasa

Saya bayar

Kita kan sayang wife


Tak payah nak berkira sangat

Rezki yang ada jangan kedekut

Gembira kan hati isteri 

Moga dimurahkan rezki

Wife makin sayang

Kita makin bahagia

Moga Allah beri rahmat kepada kita semua

InsyaAllah 

Amin😀









Langsir

AKTIVITI DI RUMAH BUSUK


Tak der aktiviti 

Sajer cari aktiviti 

Ngabis kan duit beriban

Tempah langsir n blind

Kat butik di tengah bando seremban plak tur

Dalam butik semua yang dipamirkan semuanya indah belaka


Penin palo

Syok memilih

Time nak bayo

Poket nipih

Mujur visa ado

Swipe jer laa

Gini lah cara saya layan hobi 

Selagi tak puas hati 

Selagi itu nak buat macam macam kat rumah busuk

Adudu 


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk


Nota:

Jangan ikut cara gini

Kang korang kena kecam kerana boros n membazir



14 June 2019

Kojol

KOJOL


Sekor baby ikan koi

Dah kojol

Ekor bengkok ke atas 

Kenapa yer

Korang ada idea?

.

.

Ker terkehel sebab terlebih berjoget

Adudu 😀



13 June 2019

Kalah lelong

KALAH LELONG RUMAH ADALAH PERKARA BIASA BEB


Kalah tur dah biasa beb

Menang tur luar biasa keadaan nya

Ramai pembida yang berminat

Berbelas orang yang masuk membida setiap unit rumah 

Pada waktu sekarang ini

Unit hartanah yang dibida ado sebijik jer pada satu satu kes

Senarai unit yang lain memang ado lah

Kan kan 😀


Kalah lelong untuk kesekian kalinya sejak bertahun tahun dahulu lagi dah

Dah biasa kalah pun

Dah bisa alah biasa

Semua aturan yang ditetapkan dengan izin dari ALLAH jua

Kita kena belajar untuk redho

Mungkin rezki orang lain pula


Penuh kesyukuran dilafazkan ke hadrat ILAHI dengan segala peluang pinjaman dari NYA untuk menang lelong pada hari ini

Menang cara berlawan harga dengan pembida yang lain

Menang dengan harga agak tinggi jua

Lebih 47% lebih tinggi dari harga rizab


Stok rumah busuk untuk tahun depan 2020 dah mula disusun sebaiknya sejak awal awal tahun 2019 lagi

Rumah yang ada stok di dalam tangan dalam keadaan yang “agak uzur” seadanya


Keadaan yang tidak boleh didiami sebelum di baiki atau ubahsuai

Nak susun modal bagi tujuan mewangi rumah busuk .. yang itu memang ado masalah

Isu modal ada isu sejagat

Modal ciput saya nie ... malu saya ... hahahaha 😀


Jangan stress

Jangan tension

Jangan gelabah

Jangan nak marah marah

Tenang tenang sahaja tau

Rilex santai bro😀


Kalah hari ini tidak membawa maksud akan kalah selamanya pada hari hari ke hadapan kelak

Esok esok boleh ushaa unit lelong yang lain pula

Setiap hari ada jer kes lelongan

Cuma lokasi dan unit berbeza 

Pasti harga rizab juga berlainan

Keadaan unit dilelong pun berbeza

Ikut pemandangan mata memasing

Tenung tenung bagi hadam


Terima kasih kepada kalian yang senantiasa menyokong dan mendoakan saya

Kalian sumber inspirasi saya

InsyaAllah Aamiin😀👍


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk


Nota:

  1. Ada kegusaran sedikit di fikiran nak uplud selalur aktiviti rumah busuk
  2. Kang di gelar kapitalis plak 
  3. Gambar rumah busuk yang teruk semak kotor nya
  4. Seram nak masuk ke rumah busuk
  5. Maner tau ada ZOMBI HANTU KAK LIMAH




12 June 2019

Pasang

PASANG KITCHEN KABINET PADA DAPUR RUMAH BUSUK


Progres kerja dalam rumah busuk

Kerja lepas hari raya 

Mood mula bekerja

Tak mau malas malas yer


Pasang kitchen kabinet 

Atas dan bawah

Table top memang power kukuh

Siap 2 orang berdiri serentak atas table top

Mantap beb


Cuba korang teka

Warna apa pilihan saya kali ini ?

Masih mood nak raya sewaktu pilih warna pada minggu lalu

Yuhuu


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





11 June 2019

Payment

BAYARAN KEMAJUAN KEPADA KONTRAKTOR RUMAH BUSUK


Cepat masa berlalu

Skrang nie kita dah berada di bulan Jun 2019

Dah masuk separuh tahun ini masa berlalu

Pantas jer rasa nyer

Saya senantiasa berfikir melibatkan masa

Kerana di dalam transaksi rumah busuk

Masa itu melibatkan wang ringgit dan unit rumah busuk itu sendiri


Dalam hujung bulan ini 

Memang dijangka akan siap sebuah rumah busuk menjadi wangi

Mungkin akan siap awal dari jadual dirancang

Bulan depan dah boleh mulakan kerja untuk rumah busuk yang lain pulak 

Pelan kelulusan ubahsuai pun dah lulus untuk rumah 2 tingkat 


Sajer nak citer kat korang

Bayaran kepada kontraktor rumah busuk mestilah teratur dan tepat

Barulah kerja yang dibuat pun mengikut jadual

Jangan culas untuk membuat bayaran


Kerana kontraktor perlukan modal untuk membeli bahan binaan dan membayar upah pekerja

Jika kita sebagai owner lembab membayo

Mungkin boleh sebabkan kelewatan untuk siapkan projek ubahsuai rumah busuk kita


Dari awal awal lagi perlu letakkan bajet untuk rumah busuk

Dari masa ke semasa pihak kontraktor akan minta bayaran progres kerja

Jangan lah runsing apabila diminta untuk membuat bayaran apabila tiba masa nya

Betoikan 

Yuhuu😄


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk