27 June 2019

2 buah

2 BUAH RUMAH BUSUK 


Bulan Syawal nie

Selera saya lebih sket

Badan pun dah naik 

Sedap jer nak makan yer


Termasuk lah bab layan hobi hartanah rumah busuk

Jalan serentak 2 biji nak kasi wangi

Rumah 2 tingkat pulak tur

Jenuh weh


Lokasi berbeza

Negeri pun berbeza

Bentuk berbeza

Kontraktor yang berbeza

Hasilnya pasti memuaskan

Saya amat yakin bab ini


Kena uruskan secara baik

Kena uruskan secara mantap

Kena ada team yang hebat

Kena ada keyakinan yang tinggi

Kekadang kena ada kepercayaan kepada team bahawa mereka juga mampu melaksanakan dengan baik dan teratur


Alhamdulillah 

Saya bersyukur ke hadrat Allah jua

Dipinjam peluang sebegitu

Walaupun tangan kiri saya patah dan saya ada sidikit uzur buat sementara ini

Namun segalanya berjalan dengan baik dan teratur


Aturan Allah itu adalah amat amat baik

Saya banyak belajar sesuatu sewaktu saya masih MC ini

Bersangka baik dengan apa jua keadaan

Allahuakbar😀👍


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk


Nota:

  1. 2 gambar menunjukkan rumah yang berbeza lokasi dengan jarak beratus km





No comments:

Post a Comment