15 June 2016

Kriteria lawat rumah busuk

KRITERIA LAWAT RUMAH BUSUK
=========================

Antara kriteria yang selalur aku lihat sewaktu melawat rumah busuk ialah:
1. Potensi rumah itu untuk disewakan
2. Potensi rumah itu untuk dibaik pulih
3. Potensi rumah itu untuk dijual semula
4. Anggaran kos untuk aku renovation bagi wangi
5. Tempoh masa yang bakal diambil untuk renovation 
6. Bentuk fizikal rumah itu untuk di renovation mengikut citarasa aku
7. Ada baki tanah untuk dibina dapur
8. Ada baki tanah untuk dibina porch
9. Infra yang sediada di sekeliling
10. Intai intai jiran di sekeliling ... bukan intai anak dara jiran yer ... Hehehee🙈
11. Bil bil utiliti yang tertunggak juga diambil kira khuatir terlalu banyak kos modal
12. Faktor baki pajakan jugak kekadang menjadi pertimbangan aku
13. Jika ada kaveat jugak menjadi timbangtara aku kerana melibat masa dan kos
14. Saiz rumah kekadang jugak menjadi pilihan kerana melibat kos renovation yang agak tinggi
Inilah antara perkara yang aku renung renungkan untuk memiliki rumah busuk
SHARE untuk manfaat kenkawan
Selamat berpuasa yer

Ir. AJAK

14 June 2016

Menu berbuka

Wife masak menu berbuka puasa 
Alhamdulillah 

Rumah busuk di bukit jalil

RUMAH BUSUK DI BUKIT JALIL
========================

Bulan Ramadhan yang penuh barakah:
1. Nak mulakan kerja dalam minggu ini
2. Dah gantung sticker kelulusan pada pagar
3. Dah tempah tong roro
4. Dah beli barang binaan
5. Dah hantar sebahagian bahan binaan guna lori ke lokasi
6. Rumah agak uzur jugak lah
7. Rumput menjalar dari belakang rumah pun sudah masuk ke bilik belakang ... Serammmmm
Doa doakan yang baik baik jer yer kenkawan
Tunggu hasil nyer nanti sebelum menjelang hari kemerdekaan 31 ogos 2016
Aku kan layan hobi hartanah jer

Ir. AJAK


13 June 2016

Dahaga ...

Sirap Vs Soya
Dua dua nak
Selera iftar nie 
Hehehe

Borang 14A

BORANG 14A RUMAH BUSUK
=======================

Monday blues ohh monday blues
Borang 14A ialah borang untuk pertukaran hakmilik tanah
Jikalau membeli rumah busuk secara tunai:
1. Ada peluang untuk percepatkan memiliki geran hakmilik
2. Anggaran masa sekitar 2 bulan untuk kes yang tiada sekatan
3. Anggaran masa sekitar 3 bulan untuk kes yang ada sekatan kepentingan yang perlu dapatkan kelulusan dari Kerajan Negeri
4. Saya cuba ceriter kes yang dibuat secara sendiri tanpa menggunakan khidmat lawyer
5. Atas pengalaman sendiri untuk buat "perfection" geran hakmilik
6. SIGN Borang 14A di pejabat tanah di hadapan ADO tanah
7. Hantar dokumen yang lengkap ke pejabat LHDN Negeri
8. Senarai semak dokumen yang lengkap perlulah dipastikan
9. Tujuan hantar dokumen ke LHDN adalah untuk mendapat taksiran setem duti
10. Nilai setem duti ini akan ditentukan oleh Pejabat Penilaian Negeri
11. Bayar setem duti dan akan memperolehi "sijil setem"
12. Tempoh masa sekitar 1 bulan jugak tur
14. Dengan senarai dokumen yang lengkap perlulah dihantar ke pejabat pentadbir tanah dan dibayar semua yuran proses
15. Kurang 1 bulan akan siap geran hakmilik atas nama sendiri
16. Jika hartanah tersebut terdapat sekatan dan perlu mendapat kelulusan dari Kerajaan Negeri
17. Tempoh masa untuk memperolehi kelulusan ini bergantung kepada pejabat tanah Negeri masing masing
18. Paling cepat pengalaman aku ialah 1 bulan
19. Paling lama tempoh 4 bulan bagi setakat yang aku lalui
20. Kebanyakan proses akan menerima surat dari pejabat berkenaan
21. Proses ini semua jika dilakukan secara sendiri sendiri akan menjimatkan kewangan
22. Rakan rakan lawyer jangan marah yer aku cakap cenggini
23. Proses rumah busuk dan rumah wangi boleh dikatakan sama jer ... Kerana tetap sebagai sebuah hartanah yang memiliki geran hakmilik 
Aku sekadar melayan hobi hartanah jer
Korang ada pengalaman ini cer ceriterkan
SHARE untuk manfaat kenkawan yer
Selamat menjalankan ibadah puasa

Ir. AJAK
www.irajak.com

12 June 2016

Wife masak

Sup tulang
Wife masak
Semangkuk
Alhamdulillah 

Bersila ...

BAWAK VAN 80kmh
===============

Memandu perlahan
Lorong paling slow
Hiway 4 lorong tak sibuk
Otak berpikir bab hartanah
Banyak peluang hartanah macam nak masuk nie
Alhamdulillah 
Sambil mendengor radio
Terus mengatur strategi menjangkau ke tahun depan 2017
Hebat sungguh penangan barakah Ramadhan nie

Today ahad
Hari coti
Aku keluar awal pagi lewat petang baru nak balik ke rumah nie
Melawat 3 rumah busuk
Diskus pasal hartanah di beranda masjid selepas sholat berjemaah zohor
Agenda "rumah busuk" memang senantiasa dalam perhatian ku

Bawak buku nota
Bawak pen sebatang
Merencana planning rumah busuk bernilai enam angka
Bukan sebijik malah terus 2 bijik
Bersyukur sekali lagi
Membuat planning tiada duduk di kerusi mewah
Hanya bersila di atas lantai
Sesekali kaki berlunjur kerana lenguh
Subhanallah idea datang mencurah curah
Diskusi yang positif
ALLAH maha hebat
Aku pasrah dengan peluang dan peluang dan peluang yang diaturkan oleh NYA
Bersyukur sekali lagi

Maaf kan daku kenkawan di bulan mulia Ramadhan nie

Ir. AJAK

11 June 2016

Sedap ...

Maggi asam laksa + air tembikai
Perhhhhhh mabeles

Ais kosong ...

Ais Kosong Vs Ais Sirap
.
.
.
Mana pilihan anda
Sabau sabau
Kurang 20 minit lagi nak berbuka puasa
Selamat berbuka puasa
Hehehe😄

Planning rumah busuk

PLANNING RUMAH BUSUK
=====================

Sajer conteng conteng atas kertas guna pensel:
1. Planning untuk rumah busuk
2. Anggaplah rumah busuk diperolehi dengan cara bidaan lelongan awam di mahkamah
3. Anggaran masa 6 bulan untuk selesaikan kes lelong di mahkamah
4. Termasuk tempoh masa bayaran baki 90% ke bank
5. Tempoh kelulusan pelan renovation ke majlis perbandaran ambil masa sekitar 3 bulan
6. Termasuk proses perbincangan dan design oleh pelukis pelan
7. Proses renovation mengambil masa anggaran 3 bulan
8. Kekadang ditambah masa sedikit untuk proses rewiring sebuah rumah dengan anggaran masa 2 minggu
9. Proses jualan rumah sehingga selesai menerima bayaran wang tunai dengan anggaran tempoh masa 6 bulan
10. Jika berani untuk dilaksanakan serentak ialah sebaik sahaja mendapat kelulusan pelan renovation akan terus mulakan kerja renovation walaupun belum menerima geran atas nama sendiri dan akan menjimatkan masa sekitar 3 bulan
11. Tempoh sekitar anggaran 12 bulan ke 15 bulan untuk bermula dari masa lelong rumah busuk sehingga mendapat duit jualan rumah yang telah sempurna wangi 
12. Memang lama tempoh ini dan perlu melalui pelbagai proses dengan penuh kesabaran
13. Bukan mudah untuk melayan hobi rumah busuk ini
14. Perlukan ilmu yang secukupnya
15. Dalam masa yang sama kreativiti jugak perlu ada untuk me wangi kan rumah busuk
16. Aku tidak ada jadual kerja yang canggih canggih cukup sekadar lakaran menggunakan pensel jer
17. Koordinasi juga amat penting untuk pastikan masa berjalan dengan efektif yer
Aku kan suka melayan hobi hartanah
Rumah busuk lah dikatakan
Orait geng
Selamat berpuasa
SHARE untuk manfaat kenkawan yer
😄👍

Ir. AJAK