11 June 2016

Planning rumah busuk

PLANNING RUMAH BUSUK
=====================

Sajer conteng conteng atas kertas guna pensel:
1. Planning untuk rumah busuk
2. Anggaplah rumah busuk diperolehi dengan cara bidaan lelongan awam di mahkamah
3. Anggaran masa 6 bulan untuk selesaikan kes lelong di mahkamah
4. Termasuk tempoh masa bayaran baki 90% ke bank
5. Tempoh kelulusan pelan renovation ke majlis perbandaran ambil masa sekitar 3 bulan
6. Termasuk proses perbincangan dan design oleh pelukis pelan
7. Proses renovation mengambil masa anggaran 3 bulan
8. Kekadang ditambah masa sedikit untuk proses rewiring sebuah rumah dengan anggaran masa 2 minggu
9. Proses jualan rumah sehingga selesai menerima bayaran wang tunai dengan anggaran tempoh masa 6 bulan
10. Jika berani untuk dilaksanakan serentak ialah sebaik sahaja mendapat kelulusan pelan renovation akan terus mulakan kerja renovation walaupun belum menerima geran atas nama sendiri dan akan menjimatkan masa sekitar 3 bulan
11. Tempoh sekitar anggaran 12 bulan ke 15 bulan untuk bermula dari masa lelong rumah busuk sehingga mendapat duit jualan rumah yang telah sempurna wangi 
12. Memang lama tempoh ini dan perlu melalui pelbagai proses dengan penuh kesabaran
13. Bukan mudah untuk melayan hobi rumah busuk ini
14. Perlukan ilmu yang secukupnya
15. Dalam masa yang sama kreativiti jugak perlu ada untuk me wangi kan rumah busuk
16. Aku tidak ada jadual kerja yang canggih canggih cukup sekadar lakaran menggunakan pensel jer
17. Koordinasi juga amat penting untuk pastikan masa berjalan dengan efektif yer
Aku kan suka melayan hobi hartanah
Rumah busuk lah dikatakan
Orait geng
Selamat berpuasa
SHARE untuk manfaat kenkawan yer
😄👍

Ir. AJAK

No comments:

Post a Comment