13 June 2016

Borang 14A

BORANG 14A RUMAH BUSUK
=======================

Monday blues ohh monday blues
Borang 14A ialah borang untuk pertukaran hakmilik tanah
Jikalau membeli rumah busuk secara tunai:
1. Ada peluang untuk percepatkan memiliki geran hakmilik
2. Anggaran masa sekitar 2 bulan untuk kes yang tiada sekatan
3. Anggaran masa sekitar 3 bulan untuk kes yang ada sekatan kepentingan yang perlu dapatkan kelulusan dari Kerajan Negeri
4. Saya cuba ceriter kes yang dibuat secara sendiri tanpa menggunakan khidmat lawyer
5. Atas pengalaman sendiri untuk buat "perfection" geran hakmilik
6. SIGN Borang 14A di pejabat tanah di hadapan ADO tanah
7. Hantar dokumen yang lengkap ke pejabat LHDN Negeri
8. Senarai semak dokumen yang lengkap perlulah dipastikan
9. Tujuan hantar dokumen ke LHDN adalah untuk mendapat taksiran setem duti
10. Nilai setem duti ini akan ditentukan oleh Pejabat Penilaian Negeri
11. Bayar setem duti dan akan memperolehi "sijil setem"
12. Tempoh masa sekitar 1 bulan jugak tur
14. Dengan senarai dokumen yang lengkap perlulah dihantar ke pejabat pentadbir tanah dan dibayar semua yuran proses
15. Kurang 1 bulan akan siap geran hakmilik atas nama sendiri
16. Jika hartanah tersebut terdapat sekatan dan perlu mendapat kelulusan dari Kerajaan Negeri
17. Tempoh masa untuk memperolehi kelulusan ini bergantung kepada pejabat tanah Negeri masing masing
18. Paling cepat pengalaman aku ialah 1 bulan
19. Paling lama tempoh 4 bulan bagi setakat yang aku lalui
20. Kebanyakan proses akan menerima surat dari pejabat berkenaan
21. Proses ini semua jika dilakukan secara sendiri sendiri akan menjimatkan kewangan
22. Rakan rakan lawyer jangan marah yer aku cakap cenggini
23. Proses rumah busuk dan rumah wangi boleh dikatakan sama jer ... Kerana tetap sebagai sebuah hartanah yang memiliki geran hakmilik 
Aku sekadar melayan hobi hartanah jer
Korang ada pengalaman ini cer ceriterkan
SHARE untuk manfaat kenkawan yer
Selamat menjalankan ibadah puasa

Ir. AJAK
www.irajak.com

No comments:

Post a Comment