15 June 2016

Kriteria lawat rumah busuk

KRITERIA LAWAT RUMAH BUSUK
=========================

Antara kriteria yang selalur aku lihat sewaktu melawat rumah busuk ialah:
1. Potensi rumah itu untuk disewakan
2. Potensi rumah itu untuk dibaik pulih
3. Potensi rumah itu untuk dijual semula
4. Anggaran kos untuk aku renovation bagi wangi
5. Tempoh masa yang bakal diambil untuk renovation 
6. Bentuk fizikal rumah itu untuk di renovation mengikut citarasa aku
7. Ada baki tanah untuk dibina dapur
8. Ada baki tanah untuk dibina porch
9. Infra yang sediada di sekeliling
10. Intai intai jiran di sekeliling ... bukan intai anak dara jiran yer ... Hehehee🙈
11. Bil bil utiliti yang tertunggak juga diambil kira khuatir terlalu banyak kos modal
12. Faktor baki pajakan jugak kekadang menjadi pertimbangan aku
13. Jika ada kaveat jugak menjadi timbangtara aku kerana melibat masa dan kos
14. Saiz rumah kekadang jugak menjadi pilihan kerana melibat kos renovation yang agak tinggi
Inilah antara perkara yang aku renung renungkan untuk memiliki rumah busuk
SHARE untuk manfaat kenkawan
Selamat berpuasa yer

Ir. AJAK

No comments:

Post a Comment