04 August 2016

Rezki Akak nie

REZKI RUMAH WANGI
=================

Korang ingat ker ceriter kelmarin
Aku berceriter panjang lebar
Ceriter dalam satu malam sahaja dah berlaku 2 transaksi hartanah:
1. Aku sebagai pembeli rumah teres 1 tingkat daripada Akak tur 
2. Akak tur sebagai pembeli rumah teres 2 tingkat milik aku
Macam transaksi ala ala kontra laa plak yer
Yang penting aku cuber memenuhi keperluan Akak nie
Visi yang jelas bahawa Akak tur nak upgrade tempat beliau sekeluarga untuk berteduh
Korang nampak jelas komunikasi aku dan Akak nie
Aku screen shot
Korang boleh baca
Harap Akak tur tak kisah lah aku kongsikan kisah ini di sini
Boleh menjadi panduan kalian semua
Akak tur sebagai follower aku
Maybe beliau baca jugak nie
Aku heppy apabila orang lain heppy
Aku melakukan transaksi hartanah bukan semata mata berasaskan keuntungan peribadi
Selain melayan hobi aku
Aku memang bercita cita untuk membantu seramai yang mungkin bagi rakan rakan untuk memiliki hartanah mereka sendiri
Dalam kes nie
Jelas boleh digambarkan kegembiraan family Akak ini
Actually ada kisah sedih yang mereka lalui sehingga kematian anak yang bongsu
Suami Akak nie sanggup berhenti kerja demi family
Pada awalnya Akak nie inbox ke mesej aku
Untuk meminta bantuan untuk mencarikan rumah 2 tingkat
Beliau cakap rumah 2 tingkat yang underconstruction di sekitar seremban semua sudah menjangkau angka setengah juta
Bandar Seremban 2 oleh pemaju IJM Land
Bandar Ainsdale oleh pemaju Sime Darby
Bandar Sendayan oleh pemaju Matrix
Maka aku tawarkan rumah milik aku sendiri yang baru sahaja terima kunci dari pihak pemaju
Rumah baru siap dari pemaju bagi fasa 5
Design rumah rekabentuk masa kini
4 bilik tidur
3 tandas
Freehold gitur
Dah siap lengkap pasang gril dan lampu kipas
Harga spesel aku tawarkan kepada Akak nie
Aku mudahkan segala urusan transaksi
Dengan hasrat untuk membantu
Malah aku ikuti kehendak Akak nie untuk buat table top dan kitchen kabinet serta pasang tiles lantai di ruang porch keter
Moga urusan ini dipermudahkan oleh ALLAH
Aku melakukan sekadar mampu dan terdaya
Aku yakin dengan doa doa ikhlas dari insan yang kita pernah tolong
InsyaAllah
Aamin

Ir. AJAK
www.irajak.com

03 August 2016

Bab 8

HOBI HARTANAH
.
.
Bab 8
Sebahagian dari isi kandungan dalam bab nie
InsyaAllah 
😄

02 August 2016

Close deal

ALHAMDULILLAH 
ALLAH izinkan close deal
Transaksi hartanah untuk yang sekian kalinya untuk tahun ini 2016
Aku sebagai pembeli
Aku sebagai penjual
2 transaksi serentak akan berlaku
Macam berbentuk kontra
Aku memudahkan urusan "sahabat" untuk upgrade rumah kediaman ke rumah 2 tingkat
Alasan beliau untuk memberi keselesaan kepada anak anak yang telah meningkat dewasa
Nak beli dari pihak pemaju semua dah bermula setengah juta katanya di seremban 2 atau bandar ainsdale 
Maka aku memudahkan urusan
Aku jual sebuah rumah teres 2 tingkat kepada sahabat dengan kaedah yang paling mudah
Deposit pun aku ambil rm5ribu jer iaitu kira kira 1.5% sahaja dari harga jualan untuk proceed SnP
Moga ALLAH mempermudahkan segala urusan seterusnya
Beliau meminta agar di buat sedikit renovation
Maka aku dengan lapang hati bersetuju
Aku yakin jika kita permudahkan segala urusan orang lain
Pasti ada kebaikan untuk kita pulak di kemudian hari
Betoikan 
Aku terasa heppy apabila dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan
InsyaAllah 
Aamiin
😄👍

Mandi

Singgah mandikan van ...
Malam nanti nak jumpa bakal buyer di rumah 2 tingkat ...
Ginielah melayan hobi hartanah ...
Harap ada rezki close deal ...
InsyaAllah ...

Lembaga

LEMBAGA
========

Tanpa prejudis
Nie lah akibat layan hobi "rumah busuk"
Saban bulan membayar online maybank2u
Asyik sampai surat berjumlah 5 angka jer
Potong gaji tiap bulan lain amaun
Adusssss
.
.
.
Nanges 😄😄😄

Bekfes ...


Bab 7

HOBI HARTANAH 
Petikan bab 7
Jangan kecam aku
Sekadar pendapat dan berdasarkan pengalaman yang aku lalui
😄

01 August 2016

Folower FB 7474

FOLLOWER FACEBOOK BERJUMLAH 7474
=================================

Terima kasih kalian sahabat semua
Nombor 7474 sinonim dengan plat nombor van aku
Aku suker nombor nie
Kalian semua follower adalah sumber inspirasi aku
Walaupun aku tidak lah pandai menaip ayat ayat yang hebat
Aku sekadar berkongsi ceriter "rumah busuk"
Kekadang ada kisah aktiviti harian
Harap korang tidaklah boring yer
Pepagi jemaat kekadang ado ayat jiwang sket
Masa aku agak terhad untuk senantiasa aktif berfesbuk
Maklum jer lah:
Aku pekerja makan gaji yang bekerja dari 8 pagi hingga 5 petang
Berulang alik dari soromban ke putrajaya sejak lebih 7 tahun yang lalu
Waktu coti hujung minggu melayan "hobi hartanah"
Waktu weekend jugak lah aku luangkan masa dengan family
Tapi aku cari jugak ruang masa untuk berkongsi ceriter dongan kalian semua
Aku anggap perkongsian kisah kehidupan dan pengalaman merupakan perkara yang positif 
Memang payah untuk uruskan masa
Tapi perlu terus istiqamah 
Tanpa gagal aku update setiap aktiviti rumah busuk
Malah mesej pun aku cuba jawab gak
Itu tanda nya aku mahu berkongsi pendapat dan pengalaman dengan korang ... Betoikan
Aku yakin bahawa sedikit pengkongsian ilmu sudah pasti akan memberi manfaat kepada orang lain
Seperti contoh bahawa:
Sifu ku yang hebat tuan Khairul Ezuwan dengan tanpa rasa jemu berkongsi ilmu
Tips hartanah dari sifu ku tuan Abang Ensem senantiasa akan menjadik panduan diriku jugak
Perkongsian idea dari sifu ku tuan doktor Azizul Azli Ahmad sudah pasti tiap hari aku tunggu
Tips hal ehwal berkaitan perundangan hartanah dari sifu ku Salkukhairi Abd Sukor
Semangat tanpa jemu yang ditunjukkan oleh sifu ku tuan Shafie Bustan pasti menjadik panduan seharian diriku
Aku jugak ada berazam untuk mengikuti jejak langkah untuk memiliki unit hartanah yang banyak seperti sifu ku tuan Mohd Ali Majis
Kak jemah puan sifu Anis Hafiza selalur membebel yang pasti akan ada isu di ketengahkan
Tips kesihatan dari sifu ku tuan doktor Mohd Fadhli Mohd Fauzi pasti memberi manfaat
Kejayaan yang dicapai oleh sifu ku tuan Melastik Bintang membuat aku jugak bersemangat
Tips yang dikongsikan oleh sifu ku puan Shariza Abd Latif memang dijadikan panduan
Semangat bekerja kuat oleh sifu ku tuan Ihsan Zainal memang menjadikan aku teruja
Perkataan "bangla" dari sifu ku tuan Paih Aman membuat aku selalur tersenyum
Ilmu berkaitan tanah lot dari sifu ku tuan mejar Muhd Aman
Kalian semua menjadikkan pesbuk yang awesome dengan pelbagai perkongsian ilmu dan ceriter
Bertuah sungguh aku berkawan dengan kalian semua
Terima kasih sekali lagi duhai sahabat sekalian
Tanpa kalian dunia fesbuk ku akan sepi
Love u all
Muahhhhh😄

Ir. AJAK
www.irajak.com

Cuaca cerah

Putrajaya cerah pagi nie ...
.
.
.
Cuaca di lokasi kalian camner
Cer laporkan
😄

Bab 6

HOBI HARTANAH ...
Petikan dari Bab 6 ...
Monday blues today ...
😄