01 August 2016

Folower FB 7474

FOLLOWER FACEBOOK BERJUMLAH 7474
=================================

Terima kasih kalian sahabat semua
Nombor 7474 sinonim dengan plat nombor van aku
Aku suker nombor nie
Kalian semua follower adalah sumber inspirasi aku
Walaupun aku tidak lah pandai menaip ayat ayat yang hebat
Aku sekadar berkongsi ceriter "rumah busuk"
Kekadang ada kisah aktiviti harian
Harap korang tidaklah boring yer
Pepagi jemaat kekadang ado ayat jiwang sket
Masa aku agak terhad untuk senantiasa aktif berfesbuk
Maklum jer lah:
Aku pekerja makan gaji yang bekerja dari 8 pagi hingga 5 petang
Berulang alik dari soromban ke putrajaya sejak lebih 7 tahun yang lalu
Waktu coti hujung minggu melayan "hobi hartanah"
Waktu weekend jugak lah aku luangkan masa dengan family
Tapi aku cari jugak ruang masa untuk berkongsi ceriter dongan kalian semua
Aku anggap perkongsian kisah kehidupan dan pengalaman merupakan perkara yang positif 
Memang payah untuk uruskan masa
Tapi perlu terus istiqamah 
Tanpa gagal aku update setiap aktiviti rumah busuk
Malah mesej pun aku cuba jawab gak
Itu tanda nya aku mahu berkongsi pendapat dan pengalaman dengan korang ... Betoikan
Aku yakin bahawa sedikit pengkongsian ilmu sudah pasti akan memberi manfaat kepada orang lain
Seperti contoh bahawa:
Sifu ku yang hebat tuan Khairul Ezuwan dengan tanpa rasa jemu berkongsi ilmu
Tips hartanah dari sifu ku tuan Abang Ensem senantiasa akan menjadik panduan diriku jugak
Perkongsian idea dari sifu ku tuan doktor Azizul Azli Ahmad sudah pasti tiap hari aku tunggu
Tips hal ehwal berkaitan perundangan hartanah dari sifu ku Salkukhairi Abd Sukor
Semangat tanpa jemu yang ditunjukkan oleh sifu ku tuan Shafie Bustan pasti menjadik panduan seharian diriku
Aku jugak ada berazam untuk mengikuti jejak langkah untuk memiliki unit hartanah yang banyak seperti sifu ku tuan Mohd Ali Majis
Kak jemah puan sifu Anis Hafiza selalur membebel yang pasti akan ada isu di ketengahkan
Tips kesihatan dari sifu ku tuan doktor Mohd Fadhli Mohd Fauzi pasti memberi manfaat
Kejayaan yang dicapai oleh sifu ku tuan Melastik Bintang membuat aku jugak bersemangat
Tips yang dikongsikan oleh sifu ku puan Shariza Abd Latif memang dijadikan panduan
Semangat bekerja kuat oleh sifu ku tuan Ihsan Zainal memang menjadikan aku teruja
Perkataan "bangla" dari sifu ku tuan Paih Aman membuat aku selalur tersenyum
Ilmu berkaitan tanah lot dari sifu ku tuan mejar Muhd Aman
Kalian semua menjadikkan pesbuk yang awesome dengan pelbagai perkongsian ilmu dan ceriter
Bertuah sungguh aku berkawan dengan kalian semua
Terima kasih sekali lagi duhai sahabat sekalian
Tanpa kalian dunia fesbuk ku akan sepi
Love u all
Muahhhhh😄

Ir. AJAK
www.irajak.com

No comments:

Post a Comment