=================
Korang ingat ker ceriter kelmarin
Aku berceriter panjang lebar
Ceriter dalam satu malam sahaja dah berlaku 2 transaksi hartanah:
1. Aku sebagai pembeli rumah teres 1 tingkat daripada Akak tur
2. Akak tur sebagai pembeli rumah teres 2 tingkat milik aku
Macam transaksi ala ala kontra laa plak yer
Yang penting aku cuber memenuhi keperluan Akak nie
Visi yang jelas bahawa Akak tur nak upgrade tempat beliau sekeluarga untuk berteduh
Korang nampak jelas komunikasi aku dan Akak nie
Aku screen shot
Korang boleh baca
Harap Akak tur tak kisah lah aku kongsikan kisah ini di sini
Boleh menjadi panduan kalian semua
Akak tur sebagai follower aku
Maybe beliau baca jugak nie
Aku heppy apabila orang lain heppy
Aku melakukan transaksi hartanah bukan semata mata berasaskan keuntungan peribadi
Selain melayan hobi aku
Aku memang bercita cita untuk membantu seramai yang mungkin bagi rakan rakan untuk memiliki hartanah mereka sendiri
Dalam kes nie
Jelas boleh digambarkan kegembiraan family Akak ini
Actually ada kisah sedih yang mereka lalui sehingga kematian anak yang bongsu
Suami Akak nie sanggup berhenti kerja demi family
Pada awalnya Akak nie inbox ke mesej aku
Untuk meminta bantuan untuk mencarikan rumah 2 tingkat
Beliau cakap rumah 2 tingkat yang underconstruction di sekitar seremban semua sudah menjangkau angka setengah juta
Bandar Seremban 2 oleh pemaju IJM Land
Bandar Ainsdale oleh pemaju Sime Darby
Bandar Sendayan oleh pemaju Matrix
Maka aku tawarkan rumah milik aku sendiri yang baru sahaja terima kunci dari pihak pemaju
Rumah baru siap dari pemaju bagi fasa 5
Design rumah rekabentuk masa kini
4 bilik tidur
3 tandas
Freehold gitur
Dah siap lengkap pasang gril dan lampu kipas
Harga spesel aku tawarkan kepada Akak nie
Aku mudahkan segala urusan transaksi
Dengan hasrat untuk membantu
Malah aku ikuti kehendak Akak nie untuk buat table top dan kitchen kabinet serta pasang tiles lantai di ruang porch keter
Moga urusan ini dipermudahkan oleh ALLAH
Aku melakukan sekadar mampu dan terdaya
Aku yakin dengan doa doa ikhlas dari insan yang kita pernah tolong
InsyaAllah
Aamin
Ir. AJAK
www.irajak.com
No comments:
Post a Comment