Sedap gak wife masak
Alhamdulillah 😀👍
Dah renew setahun lagi sehingga 2019
Senang nak cari info info rumah busuk
Kategori rumah busuk yang di Lelong
Ini salah satu platform untuk saya mencari info
Korang pun jika ada modal
Boleh lah register daftar kat sini
Bayar yuran tahunan
RESEPI MASAMAH DAGING LANDAK
Bahan:
Daging landak 1kg
Kari daging 5 sudu besar
Bawang merah kecil 5 biji
Bawang putih 5 ulas
Gula enau/gula merah sedikit
Kerisik 1 paket kecil
2 ulas kulit kayu manis
Buah pelaga 10 biji
Bunga lawang 4 biji
Serai sebatang
Santan pekat sekotak kecil
Garam secukup rasa
Minyak zaiton untuk menumis
Cara menyediakan:
Potong daging landak kecil kecil dan basuh bersih
Kupas bawang merah & putih dan tumbuk lumat
Bancuh rempah kari dengan air bagi pekat
Serai ditumbuk pada pangkal bagi pecah
Cara memasak:
Panaskan minyak zaiton
Tumiskan bawang bagi garing sket
Masukkan bancuhan rempah dan bagi sampai pecah minyak
Masukkan gula enau, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga,kerisik & serai
Kacau sehingga naik bau
Api gas perlahan jer
Masukkan daging landak dan kacau sebati supaya rempah digaul sebaiknya
Biarkan 5 minit
Masukkan santan pekat
Gaul dan biarkan masak sehingga daging landak empuk masak
Hampir masak masukkan garam secukup rasa
Biarkan kering supaya nampak naik minyak
Dah masak
Nampak macam sedap
InsyaAllah tur
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk tapi dah suka memasak di dapur 😀
#rumahbusuk
#hobimasak
DINDING RUMAH BUSUK TELAH MULA DIPECAHKAN
Hari ini cuti hari minggu
Mula kembali layan rumah busuk
Kontraktor tetap meneruskan kerja
Maka saya buat lawatanlah
Bincang bincang dengan kontraktor
Ada beberapa perkara di buat keputusan:
Keputusan dengan kontraktor perlu dibuat dengan sebaiknya
Pasti perlu tepat pada masa dan waktu
Jika silap akan boleh mengakibatkan kerugian wang ringgit dan mungkin masa juga
Bab ini perlu berhati hati
Bulan Ramadhan Kareem tidak menghalang saya untuk melayan hobi rumah busuk
Jika tak dilayan terasa buntu fikiran nie
Lain macam penangan hobi nie
Adudu
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
Asalamualaikum
Kenkawan
Moga hari ini 11 Ramadhan Karem akan memberi penuh keberkahan buat kalian semua
Saya mendoakan InsyaAllah Aamin
.
.
Naik kapcai jer nak pergi layan hobi hartanah rumah busuk nie
Sambil panaskan enjin kapcai yang lama terperap kat porch
Bulan posa nie saya slow down sket aktiviti bab rumah busuk
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
ANNIVERSARY 17
Catatan khas buat mu isteri ku tersayang Hajah Fatimah Binti Sahak:
.
.
Pada hari sabtu today
10 Ramadhan Karem yang penuh barakah
Bulan keberkatan
.
.
Alhamdulillah penuh kesyukuran
Nikmat jodoh yang berkekalan
Yang dipinjam oleh NYA buat kami
Tarikh 26 Mei 2001 kami diijabkabulkan
.
.
Saat saat manis bercinta
Kata kata indah mesej handphone
Tiada whatsapp masa tur
Sekadar handphone motorola yang gedabak besarnya
.
.
Masa tahun 2001
Aku jejaka kurus tinggi lampai usia 27 tahun
Kau gegadis chomei kurus seusia 22 tahun
Jarak usia 5 tahun membezakan kita
.
.
Kita lalui hidup bersama
Saling cuba memahami pada awal usia perkahwinan
Belajar erti kehidupan berkeluarga
Dari seorang kidos kepada 4 kidos heros yang makin membesar kacak belaka
.
.
Kau gadis yang tak pernah kenal erti putus atas
Perbaiki diri untuk menjadi lebih lengkap
Dari kurang mahir memasak skrang dah superb handal chef
Menjadikkan aku makin boroi dan gedebus tembam
.
.
Kau tulang belakang dalam family
Seawal pagi sudah berjaga untuk mulakan rutin harian
Lewat malam baru tidur
Untuk menjaga segala kebaikan hal rumahtangga
.
.
Tanpa mu yang membantu
Mana mungkin aku boleh melayan hartanah hobi rumah busuk dari hari ke hari sejak bertahun dahulu
Kau makin mahir dalam selok belok bab usahawan hartanah rumah busuk
Abang bangga dengan mu sayang
Ini yang kita sedang giat usahakan kini
.
.
ALLAH sebaik baik nya pengatur
Aku bersyukur di jodohkan dengan dikau
Memahami apa yang aku mahukan
Ku pohon maaf kerana tidak mengizinkan untuk dikau terus bekerja pada hujung tahun 2002(berhenti kerja) untuk menjadi surirumah sepenuh masa
.
.
Aku berhasrat untuk menghadiahkan "sebuah rumah busuk" sempena "anniversary kita yang ke 17"
Sebagai menghargai segala penat lelah menjadi surirumah yang terbaek
Akan diusahakan untuk tujuan itu
Tunggu yer sayang jika diizin kan oleh NYA
.
.
Aku berdoa agar jodoh kami berpanjangan sehingga ke akhir hayat
Kekal ke syurga jannah mu YA ALLAH
Itulah doa kami di Padang Arafah sewaktu Hari Wukuf mengerjakan Ibadah Haji pada Tahun 2016 yang dulu dan sama sama kita mengaminkan doa Di Dataran Kaabah sewaktu tawaf pada umrah bulan Rejab 2 bulan yang lepas
Saat manis dalam kehidupan adalah kita dapat sholat berjemaah
Alhamdulillah
.
.
InsyaAllah
Aamin
26 Mei 2018
😄
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
SAYA KALAH LELONGAN AWAM
Kalah tur dah dijangka
Menang tur perkara di luar jangka
Kan kan 😀
Kalah lelong untuk kesekian kalinya sejak bertahun tahun dahulu lagi
Dah bisa alah biasa
Semua aturan yang ditetapkan dengan izin dari ALLAH jua
Penuh kesyukuran dilafazkan ke hadrat ILAHI dengan segala peluang pinjaman dari NYA
Stok rumah busuk untuk tahun depan 2019 dah mula disusun sebaiknya sejak awal awal lagi
Rumah yang ada stok di dalam tangan dalam keadaan yang “agak uzur” seadanya
Hari ini saya tidak pergi ke lokasi lelongan awam
Saya tidak berkesempatan kerana ada tugasan lain
Saya hantar wakil untuk uruskan segala urusan yang berkaitan
Actually saya rindu untuk ke lokasi lelongan awam
Dapat jumpa kenkawan
Bina networking dan ukhwah silaturrahim
Terima kasih kepada kalian yang senantiasa menyokong dan mendoakan saya
InsyaAllah Aamiin😀
Ir. AJAK
Nota:
Ada kegusaran sedikit di fikiran nak uplud selalur aktiviti rumah busuk
Kang di gelar kapitalis plak😀
#rumahbusuk
MENTERI KABINET MALAYSIA
Tahniah kepada semua Menteri Kabinet Malaysia yang baru diketuai oleh YAB Perdana Menteri
Selamat mula bertugas kepada Yang Berhormat
Barisan kepimpinan yang mantap
Malaysia baru
Semangat baru
Untuk memacu Negara Malaysia yang gemilang
Semua rakyat berharap dan senantiasa berdoa agar Negara akan terus maju jaya
Rakyat dapat hidup dengan aman damai dan sejahtera
Kos sara hidup yang mampu bagi kita semua rakyat marhaen
Saya juga mahu anak anak bangsa kita semua boleh meneruskan kehidupan yang baik baik pada masa akan datang
Harapan saya
Harapan isteri saya
Harapan anak anak saya
Harapan kalian semua juga
Harapa kita bersama bersama
Harapan melihat Negara Malaysia tercinta
Ini tanahair kita
Ini tanah kita dilahirkan
Mungkin ini juga tanah kita disemadi kan kelak
Kepada ALLAH kita bermohon dan berserah
InsyaAllah
Amin😀👍
Ir. AJAK
Cuma saya hanya banyak meluangkan masa dengan layan hobi hartanah rumah busuk pada hari cuti hujung minggu & kelepasan am
Nota:
Gambar saya perolehi dari sumber internet google
SEMBANG DENGAN JIRAN RUMAH BUSUK
Tatkala saya melawat rumah busuk
Saya akan tinjau dari luar depan, belakang dan sisi
Ada kala nya jiran yang prihatin akan datang menyapa & bertanya:
“Nak beli ker rumah buruk uzur nie”
Saya jawab kekadang ringkas jer:
“Jika diizinkan NYA saya bercadang nak beli rumah busuk yang nie”
Tanya jiran tur lagi:
“Rumah buruk uzur nie dah lama kosong dan di tinggal kan tau ... pagar keliling pun dah semak samun dengan daun pokok menjalar ... sekali tengok seram pun ada”
.
.
Jika korang lah ... nak proceed ker camner ... cer komen sket
Yuhuu😀
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk
WARNA CAT PADA RUMAH BUSUK
Monday blues pada hari ini
Malas nak menaip panjang panjang
Rumah busuk sudah hampir 88% disiapkan
Sudah mula dicat
Belum siap sepenuhnya lagi
Nak tanyer pendapat kat korang lah yer
Okey ker pilihan warna cat sebegini
Yuhuu😀
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
#rumahbusuk