22 May 2018

Kalah

SAYA KALAH LELONGAN AWAM


Kalah tur dah dijangka

Menang tur perkara di luar jangka

Kan kan 😀


Kalah lelong untuk kesekian kalinya sejak bertahun tahun dahulu lagi

Dah bisa alah biasa

Semua aturan yang ditetapkan dengan izin dari ALLAH jua

Penuh kesyukuran dilafazkan ke hadrat ILAHI dengan segala peluang pinjaman dari NYA

Stok rumah busuk untuk tahun depan 2019 dah mula disusun sebaiknya sejak awal awal lagi

Rumah yang ada stok di dalam tangan dalam keadaan yang “agak uzur” seadanya


Hari ini saya tidak pergi ke lokasi lelongan awam

Saya tidak berkesempatan kerana ada tugasan lain

Saya hantar wakil untuk uruskan segala urusan yang berkaitan 

Actually saya rindu untuk ke lokasi lelongan awam

Dapat jumpa kenkawan 

Bina networking dan ukhwah silaturrahim 


Terima kasih kepada kalian yang senantiasa menyokong dan mendoakan saya

InsyaAllah Aamiin😀


Ir. AJAK


Nota:

Ada kegusaran sedikit di fikiran nak uplud selalur aktiviti rumah busuk

Kang di gelar kapitalis plak😀


#rumahbusuk





No comments:

Post a Comment