Jumanji ...
Always & Forever ...
Kasi 5 bintang beb ...
ANGKA 18 ...
1. Makin popular angka 18
2. Saya pun suka angka 18
3. Masa saya umur 18 pinggang saya saiz 18 tau
4. Masa umur 18 rambut saya lebat ada remos tinggi
5. Masa muda remaja umur 18 jerawat pun mula nak tumbuh
6. Masa umur 18 ada sket gatai nak ngorat awex
7. Masa umur 18 juga saya kuat berangan angan macam macam hal
8. Masa umur 18 saya masuk u bagi peringkat diploma
9. Masa umur 18 juga saya berpeluang memiliki basikal racing untuk kegunaan di kampus
10. Masa umur 18 juga saya memang aktif banyak tenaga
11. Masa umur 18 juga saya kuat makan maybe metabolisma agak tinggi agaknya
12. Masa umur 18 jugak saya dah agak jiwang dan ada kemampuan untuk bersajak sajak
13. Masa umur 18 juga saya pernah menerima surat hampir 3 guni kerana gambar saya tersiar di majalah remaja
14. Masa umur 18 juga saya pernah ikat perut kerana kurang wang sewaktu berada di U semester pertama ... masa itu belum dapat pinjaman pelajaran
15. Masa umur 18 saya agak rindu dengan family pada masa itu kerana mula belajar di skudai johor sedangkan family di perak .. di rumah tiada kemudahan telefon ... hanya hubungan hantar surat
16. Pada masa umur 18 saya sangat teringin untuk memiliki sebuah komputer desktop
17. Pada umur 18 tahun ... saya merupakan abang sulung kepada 5 orang adik beradik
18. Saya sangat rindu memori pada umur saya 18 tahun
Sekadar catatan suka suka Ir. AJAK 😀
Nota: gambar sekadar hiasan ... Ir. AJAK suka intai rumah busuk ... muka tak sempat nak senyum 😀
10 KOS TERLIBAT UNTUK RUMAH BUSUK
Nak layan rumah busuk perlu ambil tahu kos yang mungkin akan terlibat yer
Jangan main belasah jer tau
Antaranya kos kos:
1. Kos beli rumah busuk
2. Kos lawyer
3. Kos Agent (jika ada)
4. Kos runner (jika ada)
5. Kos bil utiliti yang tertunggak seperti elektrik, bekalan air, iwk
6. Cukai pintu
7. Cukai tanah
8. Bil maintenance rumah strata
9. Jika rumah busuk di atas tanah yang masih status tanah master title dan contoh pemaju telah digulung ... sediakan juga kos fee untuk bayar ke liquadator untuk dapatkan consent
10. Kos untuk repair rumah busuk itu jika dalam keadaan buruk
Bagi item no. 6 & 7 ... jika kes lelong.. Nak cepat bayar duit sendiri .. kemudian boleh reimbursement dari bank (tengok syarat dalam kontrak lelongan)
Jika beli subsale ... bagi item no. 5, 6, 7, 8 ... owner akan tanggung ... tapi jika owner kurang wang ... kita boleh guna duit kita dan tolak dari baki bayaran (deal dengan owner)
Korang ambil perhatian lah perkara ini
Sebarkan info ini kepada kenkawan yer
Supaya boleh buat persediaan sebaiknya
Kerana jika lewat membayar bil cukai tanah sebagai contohnya ... boleh melewatkan proses transaksi hartanah tersebut
Yuhuu😀
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
Nota fakta yang nak di share:
#rumahbusuk
18x MELAMAR
Confirm Ir. AJAK
Tidak ada awex yang sudi 18x melamar tauu
Maklumlah rambut dah tak mahu tumbuh & perot dah boroi & mato juling sket
Mujur lah wife sudi terima Ir. AJAK sehingga kini 😀
Nota:
T shirt gambo kucing jantan tau ... meowwwww !
Dalam hati ado taman bungo 🌹
15 ITEM ANTARA PENYUMBANG KOS PORCH RUMAH BUSUK
Kelmarin hari ahad
Sempat lawat rumah busuk
Sempat tengok pekerja kontraktor buat kerja
Sempat sembang sembang dengan kontraktor elektrik & binaan
Ramai jugak yang selalur bertanyer soklan bajet kos untuk porch kereta
Saya cuba senarai kan lah
Antara faktor faktor yang boleh menentukan bajet ikut:
1. Saiz porch berapa besar
2. Nak pasang plaster siling ker atau siling biasa
3. Nak pasang lampu downlite ker
4. Nak pasang kipas berapa bijik
5. Nak pasang tiles lantai ker atau cement render
6. Nak pasang pagar batu kiri dan kanan ker
7. Nak dapatkan kelulusan majlis PBT atau langgar buat dek jer tak apply
8. Nak pasang pagar besi jenis apa
9. Nak pasang wiring autogate ker
10. Nak pasang mesin autogate ker
11. Nak pasang wiring bell loceng ker
12. Nak guna atap genting
13. Nak guna atap adec atau jenis awning simple jer
14. Meruntuhkan porch sediaada ... Jika ada porch lah ... Bina baru
15. Nak guna cat mahal or murah
Faktor faktor ini menetapkan harga kos
Ikut spesifikasi yang ditetapkan oleh kalian
Setiap jenis barang juga berbeza beza tau
Sebagai contoh jenis pagar besi biasa atau stainless steel memang ada beza harga
Saya sekadar layan hobi hartanah rumah busuk jer
Saya pun ikut kemampuan yang ada sahaja
Yuhuu 😀
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
Nota: dalam gambar tur pagar belum di pasang lagi kerana masih dalam proses tempahan kimpalan di bengkel
#rumahbusuk