05 December 2019

10 kos

10 KOS TERLIBAT UNTUK RUMAH BUSUK


Nak layan rumah busuk perlu ambil tahu kos yang mungkin akan terlibat yer

Jangan main belasah jer tau


Antaranya kos kos:

1. Kos beli rumah busuk

2. Kos lawyer

3. Kos Agent (jika ada)

4. Kos runner (jika ada)

5. Kos bil utiliti yang tertunggak seperti elektrik, bekalan air, iwk

6. Cukai pintu 

7. Cukai tanah 

8. Bil maintenance rumah strata

9. Jika rumah busuk di atas tanah yang masih status tanah master title dan contoh pemaju telah digulung ... sediakan juga kos fee untuk bayar ke liquadator untuk dapatkan consent

10. Kos untuk repair rumah busuk itu jika dalam keadaan buruk


Bagi item no. 6 & 7 ... jika kes lelong.. Nak cepat bayar duit sendiri .. kemudian boleh reimbursement dari bank (tengok syarat dalam kontrak lelongan)

Jika beli subsale ... bagi item no. 5, 6, 7, 8 ... owner akan tanggung ... tapi jika owner kurang wang ... kita boleh guna duit kita dan tolak dari baki bayaran (deal dengan owner)


Korang ambil perhatian lah perkara ini

Sebarkan info ini kepada kenkawan yer

Supaya boleh buat persediaan sebaiknya

Kerana jika lewat membayar bil cukai tanah sebagai contohnya ... boleh melewatkan proses transaksi hartanah tersebut

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


Nota fakta yang nak di share:

  1. Dijangka rumah busuk yang seperti di dalam gambar akan dimulakan proses mewangi pada minggu hadapan
  2. Permohonan masuk meter air telah dibuat sejak minggu lepas lagi
  3. Nak transformasi rumah ini jadi semerbak bunga ros merah 
  4. Mesti gegurl suka rumah nie nanti
  5. Harap menjelang cuti perayaan tahun baru cina hujung January tahun depan 2020 ... dah nampak progres yang baik


#rumahbusuk





No comments:

Post a Comment