03 December 2019

15 item

15 ITEM ANTARA PENYUMBANG KOS PORCH RUMAH BUSUK


Kelmarin hari ahad

Sempat lawat rumah busuk

Sempat tengok pekerja kontraktor buat kerja

Sempat sembang sembang dengan kontraktor elektrik & binaan


Ramai jugak yang selalur bertanyer soklan bajet kos untuk porch kereta

Saya cuba senarai kan lah

Antara faktor faktor yang boleh menentukan bajet ikut:


1. Saiz porch berapa besar

2. Nak pasang plaster siling ker atau siling biasa

3. Nak pasang lampu downlite ker

4. Nak pasang kipas berapa bijik

5. Nak pasang tiles lantai ker atau cement render

6. Nak pasang pagar batu kiri dan kanan ker

7. Nak dapatkan kelulusan majlis PBT atau langgar buat dek jer tak apply

8. Nak pasang pagar besi jenis apa

9. Nak pasang wiring autogate ker

10. Nak pasang mesin autogate ker

11. Nak pasang wiring bell loceng ker

12. Nak guna atap genting

13. Nak guna atap adec atau jenis awning simple jer

14. Meruntuhkan porch sediaada ... Jika ada porch lah ... Bina baru

15. Nak guna cat mahal or murah


Faktor faktor ini menetapkan harga kos

Ikut spesifikasi yang ditetapkan oleh kalian 

Setiap jenis barang juga berbeza beza tau

Sebagai contoh jenis pagar besi biasa atau stainless steel memang ada beza harga


Saya sekadar layan hobi hartanah rumah busuk jer

Saya pun ikut kemampuan yang ada sahaja

Yuhuu 😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


Nota: dalam gambar tur pagar belum di pasang lagi kerana masih dalam proses tempahan kimpalan di bengkel


#rumahbusuk




No comments:

Post a Comment