20 March 2020

Lunch

AYAM GRILL

Wife masak lunch today 
Sedap sangat rasanya 
Selero kami makan
Alhamdulillah πŸ˜„πŸ‘












16 March 2020

Sinis

SEMACAM JELINGAN SINIS 


Aku ke kaunter bank potang tadi 

Sebaik sampai di seremban dari ipoh 

Kebetulan dapat kaunter no 1

Mentang mentang aku pakai selipar harga  RM15 hengget 

Pakai seluor singkat sket today 

T-shirt round net beli harga offer longgok 3 helai hanya harga RM40

Jam pun tak pakai 

Tiada beg sandang untuk bawak duit & dokumen 

Datang ke kaunter bank berlenggang jer pun

Hanya bawa IC & kad hitam nie sekeping ASPIRE


Jelingan sinis:

Customer sebelah tur

Pakai smart 

Kasut kilat 

Bawa beg 

Suara buat cakap kuat kuat 

Konon sembang ngan pegawai barisan ke 2 dari kaunter 

Sekali dengar macam nak buat transaksi RM8k ler gamak nya 

Tapi jelingan semacam jer kat aku 

Macam tak puashati jer dia kat aku 

Aku tak kenal pun dia

Anggapan aku jer lah dia pandang aku sinis ... tapi memang pandang sebegitu pun... hahaha πŸ˜„


Ir. AJAK:

Yer aku nie sengkek 

Tak banyak wang 

Tak macam dia di kaunter sebelah tur gamak nya ... Hahaha πŸ˜„

Tapi apabila pegawai kaunter bercakap dengan aku ... “kenapa nak pulang kan banker cheque RM100k nie?”

Aku jawap dengan nada perlahan & lembut jer ... “kes lelong yang nak masuk bidaan minggu ini dengan harga rizab RM1 juta dah CALL OFF ... maka bank in kan semula wang 10% deposit ini”

Customer sebelah tur buat buat senyum plak ... Hahaha πŸ˜„

Aku gie ke kaunter bank ... selalu nya memang kes kes berkaitan transaksi rumah busuk ler 


Pesanan:

Pesanan buat Ir. AJAK

Jangan kau sesekali pandang rendah pada orang lain

Diulang jangan pandang rendah & sinis pada orang lain 

Tak kira bagaimana seseorang itu 

Tolong yer πŸ˜„

InsyaAllah akan bersangka baik 

InsyaAllah serious nie πŸ˜„


Ir. AJAK


Nota: dah guna bahasa diri “aku” plak ... selalu “saya” ... yuhuuπŸ˜„


#rumahbusuk 





Ziarah bonda

SAYA Ir. AJAK BALIK ZIARAH BONDA


Ada yang tanya saya

Semalam gie mana tur ?

Sampai drive tertidur keletihan 

Terbongkang dalam seat driver van 


Actually saya balik untuk ziarah bonda 

Drive dari seremban ke ipoh 

Apabila rindu ngan bonda 

Saya akan balik ke ipoh 

Bonda adalah segalanya buat saya

Dapat jumpa bonda

Dapat sembang dengan bonda 

Dapat cium tangan bonda 

Dapat minum secawan kopi o bancuhan air tangan bonda 

Dah buat saya happy Alhamdulillah 

Bonda saya umur dah 67 tahun skrang ini 


Walaupun saya ada isteri tercinta & penyayang 

Saya ada 4 kidos yang gembira kan saya 

Saya ada kerjaya yang sibuk 

Saya ada hobi rumah busuk yang sangat terujakan saya 

Saya ada 4 kolam simen di halaman rumah yang penuh ikan berenang dengan cergas


Sesibuk mana pun saya 

Sepadat mana pun jadual saya 

Sepenat mana pun saya 

Tiba masa nya saya tak kira keadaan apa pun 

Saya akan merempit di hiway beratus kilometer jarak nya 

Saya akan bergegas gie jumpa bonda 

Kekadang lewat malam pun saya redah 

Alhamdulillah diberi kesempatan begini

Alhamdulillah atas segala kesempatan 

Alhamdulillah atas pinjaman ini 

Alhamdulillah Ya ALLAH 


Ir. AJAK


Nota: ustaz ada cakap ... ziarah bonda ... jumpa bonda ... hulur duit belanja ke tangan bonda ... dapat ganjaran pahala ... InsyaAllah πŸ˜„







15 March 2020

Tewas

TEWAS

Akhir nya pemandu van 
Tewas jugak 
Ngantuk weh
Tido 20 minit 
Baru sego πŸ˜„




10 tips

10 TIPS BOLEH BERI INSPIRASI UNTUK RUMAH BUSUK


Cuti hari minggu

Ilex ilex santai ler yer

Mesti macam macam planning korang today


Hari ini saya ingin berkongsi kan beberapa perkara yang boleh memberi sumber inspirasi kepada kenkawan untuk melayan hobi hartanah rumah busuk


Perasaan kita akan berbunga bunga apabila melihat rumah sudah tersedia mewangi:

  1. Perlu ada keyakinan untuk memiliki rumah busuk. Walaupun rumah busuk nampak uzur & buruk 
  2. Perlu ada keyakinan untuk mewangi kan rumah busuk. Walaupun pasti ada cabaran untuk proses mewangi kan nya
  3. Perlu ada keyakinan bahawa kita mampu melakukan yang sebaiknya. Walaupun apa sajer rintangan yang datang.
  4. Perlu ada keyakinan bahawa kita mampu merancang untuk membaik pulih rumah busuk. Walaupun pun tiada pengalaman. Maka cari lah ilmu.
  5. Perlu ada keyakinan untuk kita melaksanakan perbagai perkara untuk koordinasi kan pelbagai tindakan yang perlu untuk tujuan baik pulih. Tiada pengalaman bukan lah alasan.
  6. Perlu ada keyakinan untuk kita menangkis kata kata dari jiran jiran sebelah ... "Boleh ker nak di baik pulih ???". Bukti kan bahawa kalian mampu tunjukkan sesuatu yang positif.
  7. Perlu ada keyakinan untuk kita buat pemilihan kontraktor yang mampu membaik pulih sehingga siap sempurna. Jangan sampai pihak kontraktor ambil kesempatan ke atas kejujuran kita.
  8. Perlu ada keyakinan untuk kita mampu menyediakan bajet kewangan yang mencukupi. Bab modal kerapkali jadi isu. Namun cari jalan penyelesaiannya.
  9. Perlu ada keyakinan untuk kita berbincang dan terus berbincang untuk selesaikan semua perkara yang terlibat untuk me wangi kan rumah busuk. Jangan sesekali berputus asa & mengalah.
  10. Perlu ada kesabaran yang tinggi untuk hadapi semua isu isu berkaitan rumah busuk. Pupuk sifat sabar. Kunci utama untuk bertahan dalam keadaan ini.


Sekadar berkongsi ceriter dengan kalian semua

Harap boleh memberi manfaat kepada kalian kenkawan 

Mohon kongsi kan


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk 


Nota: 

Gambar gambar masa proses ubahsuai

Lantai masih belum dicuci

Kes ini hampir 99%

Minggu depan akan touch up dari kesan kerja rewiring 

Dijangka akan siap mewangi sepenuhnya pada minggu 1 lagi 

InsyaAllah 


#rumahbusuk










12 March 2020

Follower 30 ribu ...

SELAMAT BERKENALAN FOLLOWER KE 30 RIBU


BIODATA Ir. AJAK 

HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK


Berkenalan:

Sajer nak update biodata saya kepada anda kalian semua yer

Hari ini saya nak tulis mengenai biodata diri saya yang lebih dikenali dengan “Ir. AJAK HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK”

Nak ambil kesempatan juga untuk sesi taaruf dengan semua friend yang hampir berjumlah 5 ribu dan follower saya yang dah cecah 30 ribu nie

Selamat berkenalan buat anda semua friend & follower saya

Maybe ada yang belum kenal saya lagi

Eloklah sesekali saya memperkenalkan diri saya kepada anda kalian semua

Tak gitur πŸ˜€


Biodata:

Ini biodata lengkap saya

Nama sebenar saya ialah: Ir. Haji Abdul Razak Bin Haji Kamarudin 

Nama digunakan pada penulisan ialah: Ir. AJAK, Hobi Hartanah Rumah Busuk

Official Fb: Ir Ajak Abdul Razak

Umur dah 46 Tahun weh

Anak sulong dari 5 orang adik beradik

Kelulusan: Ijazah Kejuruteraan Awam UTM Johor

Kerjaya: Jurutera Awam

Kelulusan Profesional: Jurutera Awam Profesional, Ir. (Berdaftar BEM, IEM),Tahun 2010

Hobi: Hartanah Rumah Busuk

Karya Buku telah diterbitkan: HOBI HARTANAH

Status: Berkahwin dah ada kidos 4 orang

Asal: Teman Orang Perak

Sekolah rendah di Kota Bharu Gopeng Perak

Sekolah menengah:

Seri Teja Gopeng Perak

Raja Chulan Ipoh Perak

Menetap: Di Soromban, Noghori Sembilan


Saya insan biasa:

Dari segi pencapaian akademik ... saya bukan tergolong di dalam pelajar yang hebat ... saya jenis biasa biasa jer

Ikon Hartanah tersiar di AKHBAR SINAR HARIAN EDISI LANAI pernah sekali jer tersiar

Siaran: pernah ada sekali tersiar di portal

1. Halalmoney

2. Gilahartanah

3. Siakapkeli 

Siri Speaker ceriter rumah busuk:

1. Mega Free Sharing Hartanah UKM Bangi

2. Viva Hartanah Perak

3. Seremban Investor Team

4. Speaker jemputan ke seminar yang berskala kecil

5. Grand Seminar SIT


Pengalaman: 

1. Telah membeli hartanah yang uzur buruk (rumah busuk) sejak bertahun tahun dahulu secara aktif sehingga ke hari ini ... Alhamdulillah 

2. Telah berpeluang membuat sentuhan untuk mewangikan rumah busuk sejak bertahun tahun dahulu sehingga lah pada hari ini jugak ... rumah menjadi wangi

3. Setiap 2/3 bulan akan siap mewangikan kes rumah busuk yang berbeza kes & berbeza lokasi jua

4. Menulis kisah pengalaman rumah busuk saban hari di wall facebook saya

5. Telah berpeluang untuk memberi khidmat nasihat kepada ramai orang melalui aktiviti personal coaching tentang berkaitan transaksi rumah busuk


Harapan saya:

Agar dapat memberi manfaat kepada seramai ummah melalui aktiviti rumah busuk 

Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk merealisasikan cita cita saya ini

Saya meluangkan masa, tenaga, wang ringgit ke arah ini sejak dari dulu dulu 

InsyaAllah 


Fakta:

Fakta yang perlu korang tahu

Saya nie pemalu orang nyer kerana "mata saya juling"

Saya segan untuk ketemu dengan orang secara berdepan 

Hobi lain suka memelihara ikan koi ... ada beberapa kolam simen di halaman rumah saya

Saya ada satu lagi hobi iaitu suka pergi melancong dengan family jika ada kesempatan & modal ... dengan izin dari NYA ... dah pernah bermusafir dan sampai di london, paris, jakarta, bali, medan, bandung, vietnam, hong kong, macau, korea, jepun, beijing, yiwuu, romania, Taiwan, venice, milan, switzerland, thailand,  Jeju island, mekah & madinah ... malah ada beberapa lokasi yang saya pergi berulang ulang kali saban tahun kerana takjub & teruja dengan keindahan bumi ciptaan ALLAH


Kenkawan:

Panjang lebor saya menaip tentang biodata saya dah tur

Yang dah kenal saya tur

Kat maner korang tahu tentang saya yer

Atau kita pernah ketemu & selpie ... cer tempek gambo sket di ruang komen 

Cer citer sketπŸ˜€

Yuhuu


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk

12 Mac 2020


#rumahbusuk




09 March 2020

Dinding loteng

NAK CUBA BUAT LOTENG DI RUMAH BUSUK


Monday blues dah tiba lagi today 

Telah decide nak cuba buat loteng di rumah busuk bagi kes yang ini

Berhasrat untuk menambah ruang 

Mungkin boleh digunakan untuk tidur atau letak barang barang 


Progress dah mula nak ikat batu bata untuk bahagian dinding tepi loteng 

Akan bina tangga batu separuh dan separuh lagi guna tangga kayu 

Lantai loteng akan guna kayu tebal 

Akan ada 2 tingkap kecil untuk kemasukan cahaya


Akan bina pintu juga 

Lengkap dengan suis, kipas, lampu & point aircon 

Pastinya plaster siling juga untuk nampak lebih kemas

Jadi macam bilik lah gitur 


Dari bawah tidak akan nampak lantai kayu loteng itu 

Saya akan buat plaster siling juga dari tingkat bawah 

Maka rumah teres ini seolah olah akan jadi “rumah teres 1 tingkat setengah” kononnya


Nak cuba buat 

Belum dipastikan lagi macam mana keadaan nya 

Tunggu siap lah nanti yer 

Layan hobi beginilah 

Selagi tak dicuba selagi itu lah rasa kurang selesa

Nakal perasaan ini 

Yuhuu 


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 


#rumahbusuk 




08 March 2020

Mutton

Rajin pulak wife malam nie
Curry mutton dimasak nya
Yummy sedap nyerπŸ˜„πŸ‘