10 TIPS BOLEH BERI INSPIRASI UNTUK RUMAH BUSUK
Cuti hari minggu
Ilex ilex santai ler yer
Mesti macam macam planning korang today
Hari ini saya ingin berkongsi kan beberapa perkara yang boleh memberi sumber inspirasi kepada kenkawan untuk melayan hobi hartanah rumah busuk
Perasaan kita akan berbunga bunga apabila melihat rumah sudah tersedia mewangi:
- Perlu ada keyakinan untuk memiliki rumah busuk. Walaupun rumah busuk nampak uzur & buruk
- Perlu ada keyakinan untuk mewangi kan rumah busuk. Walaupun pasti ada cabaran untuk proses mewangi kan nya
- Perlu ada keyakinan bahawa kita mampu melakukan yang sebaiknya. Walaupun apa sajer rintangan yang datang.
- Perlu ada keyakinan bahawa kita mampu merancang untuk membaik pulih rumah busuk. Walaupun pun tiada pengalaman. Maka cari lah ilmu.
- Perlu ada keyakinan untuk kita melaksanakan perbagai perkara untuk koordinasi kan pelbagai tindakan yang perlu untuk tujuan baik pulih. Tiada pengalaman bukan lah alasan.
- Perlu ada keyakinan untuk kita menangkis kata kata dari jiran jiran sebelah ... "Boleh ker nak di baik pulih ???". Bukti kan bahawa kalian mampu tunjukkan sesuatu yang positif.
- Perlu ada keyakinan untuk kita buat pemilihan kontraktor yang mampu membaik pulih sehingga siap sempurna. Jangan sampai pihak kontraktor ambil kesempatan ke atas kejujuran kita.
- Perlu ada keyakinan untuk kita mampu menyediakan bajet kewangan yang mencukupi. Bab modal kerapkali jadi isu. Namun cari jalan penyelesaiannya.
- Perlu ada keyakinan untuk kita berbincang dan terus berbincang untuk selesaikan semua perkara yang terlibat untuk me wangi kan rumah busuk. Jangan sesekali berputus asa & mengalah.
- Perlu ada kesabaran yang tinggi untuk hadapi semua isu isu berkaitan rumah busuk. Pupuk sifat sabar. Kunci utama untuk bertahan dalam keadaan ini.
Sekadar berkongsi ceriter dengan kalian semua
Harap boleh memberi manfaat kepada kalian kenkawan
Mohon kongsi kan
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
Nota:
Gambar gambar masa proses ubahsuai
Lantai masih belum dicuci
Kes ini hampir 99%
Minggu depan akan touch up dari kesan kerja rewiring
Dijangka akan siap mewangi sepenuhnya pada minggu 1 lagi
InsyaAllah
#rumahbusuk
No comments:
Post a Comment