15 September 2020

2 ringgit


2 RINGGIT


Abang : “Ohh Sayang ... 2 ringgit jer ada lebih duit beli burger ... Abang masuk kat wallet Sayang yer “


Sayang : “Alhamdulillah syukur ... tak kesah 2 ringgit pun tak per ... janji ikhlas ... Jangan ada niat nak pasang 2 dah ler yer”


Abang : “isshhhh ke situ pulak dia ... tak terpikir plak Abang ... love u”


Sayang: “love jugak kat Abang ... malam nie tak massa coz dah beli burger”


Dialog saya dengan isteri 

😄


Ir. AJAK







13 September 2020

Kayuh Santai

Kayuh santai bersama wife. Lebih setahun tak kayuh semenjak “kemalangan basikal” lebih setahun yang lalu. Riadah keluarkan peluh. Alhamdulillah 





Ir. AJAK PERNAH JUAL KAIN ELA

“Ir. AJAK” PERNAH BUAT KERJA PARTIME

DI LUAR WAKTU OFFICE DOLU DOLU SEBELUM AKTIF MELAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK


Kisah benar nie saya nak citer kat korang

Saya n wife diijabkabulkan pada tahun 2001

Selepas wife melahirkan anak sulong kami pada tahun 2002

Saya discus dengan wife dan saya berusaha untuk pujuk wife untuk berhenti dari bekerja makan gaji (wife saya seorang yang bekerjaya sebelum berkahwin dengan saya)

Berat untuk wife buat keputusan untuk berhenti dari kerja


Saya berjanji dengan wife akan bekerja sedaya upaya dengan tulang empat kerat untuk menyara dan membahagiakan family yang bakal di bina

Saya mahu wife menjadik "surirumah sepenuh masa" untuk take care semua hal family

Kami janji untuk bahagi kan tugas dan saya ambil part untuk cari nafkah


Maka bermula kisah yang saya seorang sahaja untuk mencari nafkah keluarga

Berat tanggungjawab ini untuk digalas

Namun untuk cabaran untuk di lalui 

Saya bekerja makan gaji bulanan

Disamping itu saya mengaku bahawa ada membuat kerja partime di luar waktu pejabat untuk menampung kos belanja harian

Usaha kena keras n mantap 


Antara yang pernah saya lakukan dari tahun 2000 sehingga sekitar tahun 2010 ... ingat ingat lupa lah ... ialah:


1. Menjual kain ela untuk para gegurl buat baju kurung ... saya beli kat dalam TAR di KL


2. Menjual produk yang berasaskan emas ... ambil kat Pudu KL dan Jual runcit


3. Menjual pelbagai jenama dan syarikat produk multi level marketing atau direct sale ... banyak produk saya terlibat wei ... satu produk ke satu produk dicuba ... dari satu company ke satu company dicuba tanpa rasa jemu


4. Pernah juga saya menjadi agent insuran am Jual secara runcit sket sket 


Tambahan pulak dengan hasrat untuk mencari modal untuk melayan “hobi hartanah rumah busuk"

Memang semangat usahawan tur macam dah sebati dengan diri saya 

Perasaan malu tur saya tolak tepi jer

Korang nak cakap apa saya tak kisah lah

Yang penting saya mencari rezki yang halal

Saya nak menyara wife ... 4 kidos ... bantu ibu dan adik adik jugak serta saudara mara yang memerlukan 


Korang janganlah kecam saya yer sebab saya kongsi kisah peribadi saya pada korang today 

Bukan nak bukak aib ... cuma sebagai perkongsian kisah benar

Tetiba teringat zaman saya kurang wang dolu dolu ... hujung bulan sebelum gaji ... kekadang ada RM10 jer dalam dompet ... 


  1. makan pun jimat jimat ...
  2. isi minyak motor pun jarang nak penuh ... 
  3. naik kereta mesti nak cari jalan untuk elak melalui hiway yang bertol nak bayar ... ahhhh malu nak citer sebenar nya ...
  4. Jarang kami makan di restoran 
  5. Selalu bawa bekal n makan kongsi kongsi


Sekadar perkongsian jer kat korang

Tapi skrang ALLAH dah bagi peluang untuk saya melayan "hobi hartanah rumah busuk"

Saya amat bersyukur sangat segala pinjaman ini

Kepada MU YA ALLAH aku mengucapkan Alhamdulillah 

Yang penting kenkawan jangan putus asa untuk terus berusaha bersungguh sungguh dan terus berdoa ke hadrat NYA

Jangan malu dan segan untuk meminta minta dari ALLAH

InsyaAllah Aamiin


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk


#rumahbusuk

#hobihartanah


Nota: 

  1. Gambar lama pada tahun 2002 saya dan wife serta baby sulong di rumah sewa 2 bilik di selayang selangor
  2. Along dah umur 18 tahun skrang dah belajar di kolej stay kat asrama
  3. Gambar bawah .. skrang ada masa terluang kami santai makan bersama sambil sembang sembang 





12 September 2020

Lemon teh o madu

Usai motong rumput

Bekfes plak telor 1/2 masak + lemon teh o madu

Alhamdulillah 





Potong rumput

Ambil upah potong rumput pada weken ... nak kumpul modal layan hobi hartanah rumah busuk ... jangan kecam saya yer 😄






Taman permainan

RUMAH BUSUK UNIT CORNER LOT BERHADAPAN ADA TAMAN PERMAINAN


Memang progres makin banyak dah 

Hujung bulan ini dijangka akan siap fully renovated 

Semua berjalan ikut perancangan 


Saya masih memikirkan untuk memasang lengkap dengan langsir n blind 

Kena cari warna yang sesuai untuk dengan warna cat juga pada dinding 


Unit corner lot ini kebetulan ada taman di hadapan rumah

Memang sangat selesa dirasakan 

Boleh lah anak anak untuk riadah kat sini kepada bakal memiliki unit ini nanti 


Kawasan perumahan yang damai n tenang 

10 ke 15 minit dari pusat Bandar Seremban : Hospital, bank, pejabat Kerajaan, pasar besar, shopping complex dan sebagainya 

Bleh di katakan semua senang lah

Malah mudah untuk masuk ke Lebuhraya juga 


Saya Memang terasa syok apabila melihat progres sebegini 

Usaha yang berterusan untuk melihat sebuah rumah Busuk di transformasi kepada rumah wangi 

Alhamdulillah ðŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk


#rumahbusuk

#hobihartanah 









09 September 2020

Progress lagi

PROGRESS RUMAH BUSUK UNIT CORNER LOT


Unit corner lot

Yang sedang direno 

Dah banyak progres nya:

  1. Dah extend dapur 
  2. Dah bina porch
  3. Dah pasang plaster siling
  4. Dah bina tiang pagar keliling 
  5. Dah mula pasang pagar dawai keliling rumah 
  6. Dah mula dicat bahagian luar 


Minggu ini akan mula pasang:

  1. Tiles lantai sebuah rumah 
  2. Tiles dalam tandas 


Akan buat tempahan bagi:

  1. Kitchen kabinet 
  2. Pagar n Gril bagi sebuah rumah 


Apabila dah siap kerja binaan 

Akan Minta Kontraktor elektrik untuk masuk semula bagi sempurna kan pemasangan lampu & kipas serta semua socket & plug pada dinding 


Dijangka hujung bulan ini akan siap sepenuhnya 

Harap semua perancangan akan berjalan dengan lancar 

InsyaAllah ðŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk


#rumahbusuk

#hobihartanah 








06 September 2020

Lepak Santai

MEMUJUK WIFE 


Lepas maghrib tadi gie hantar Along ke kolej di bangi  ... Along biasa balik ke rumah pada weken 

On the way balik ke rumah 

Sempat singgah kat sini


Lepak santai dengan wife 

Ilex ilex jer kan 

Sambil pekena kopi o 

Tak ramai kat sini 


Buka citer 

Memujuk wife 

Ya Betoi pujuk wife 

Mesti nak pujuk 


Untuk saya memilih Warna Cat

Bagi rumah busuk 

Nak pilih warna kesukaan saya lah

Kang tak pujuk wife dia merajuk Warna yang saya pilih tur 

Nanti kena bebel leceh 


Mesti korang ingat saya nak MEMUJUK NAK TAMBAH CAWANGAN YER ... hahaha ðŸ˜„


Cadangan saya nak pilih:

  1. Warna kelabu pada dinding luar
  2. Ada Warna hitam Dan Warna putih pada jalur untuk dinding luar
  3. Warna coklat bagi dinding dalam rumah 
  4. Warna coklat cair bagi dinding dalam bilik tidur 
  5. Ini bermakna akan guna gabungan 5 warna 


Kami bincang sama sama jua agar bersetuju 

Kita saling bertukar fikiran n idea 

Sambil godek gambar pada di google 

Layan kan kan

Memalam pun masih beraktiviti berkaitan rumah busuk tau 


Ir. AJAK






05 September 2020

7 tips

7 TIPS HADAPI PASANGAN BEBEL DISEBABKAN KITA LAYAN HOBI RUMAH BUSUK


Pasangan membebel

Ini pun satu hal jika pasangan kita samada wife/suami asyik membebel jer minat kita untuk melayan rumah busuk

Kita dah bersemangat nak berkecimpung dalam aktiviti rumah busuk


Tetiba dia pulak buat hal

Disebabkan bebelan macam mak nenek kebayan itu kita pun menjadi hambar untuk melayan rumah busuk

Hampeh betoi yer


Sajer nak kongsi kan 7 tips yang boleh dicuba untuk atasi permasalahan sebegini:


1.

Cerita kepada pasangan sampai dia faham. Cerita sampai dia jemu nak dengar. Kompom dia boring dan buat muka toyo jer nak dengar kan. Korang boleh bayang kan camner korang nak hadapi muka toyo tur. Hahaha😄


2.

Korang kena libat kan pasangan dalam semua aktiviti rumah busuk. Supaya dia ada feeling dan pupuk perasaan mahu bekerjasama dalam layan hobi ini. Bawa lawat ke rumah busuk


3.

Dalam membuat keputusan kena melibatkan pasangan jua. Ambil hati dengan melibatkan pandangan dia. Keputusan kena buat bersama sama. Jangan korang buat keputusan sorang sorang. Pasti pasangan akan rasa di hargai gitew


4.

Bab bajet kewangan pula pun sama. Jika ada peluang keluar bajet sama sama. Jikalau pasangan Tiada bajet. Bagi/sumbang idea, tenaga & kerjasama/sokongan moral pun dah cukup baik. Buat tabung bajet 


5.

Nak miliki rumah busuk tur. Boleh letak 2 nama sekali. Baru lah dia rasa secure & amat dihargai sangat. Itu kan pasangan korang. Unless dia tak kisah sangat bab penama itu. Bawa berbincang


6.

Pujuk pujuk lah pasangan korang tur. Belanja makan ker ... belanja gelang 916&999 yang lip lap tur ker. Yang pompuan tur jika tak mampu belanja abang Suami dengan motor superbike ... belikan helmet fullface dah okey untuk naik kapcai untuk merempit. Bab memujuk takkan itu pun kena ajor kan. Korang lagi hebat bab memujuk di malam jemaat. Ehhhhh tetiba jer. Hahaha ðŸ˜„


7.

Last last korang dah bleh nak pujuk pasangan. Korang pujuk lah doa folow FB Ir. AJAK. Maner tau boleh membuka minda dia untuk layan hobi hartanah rumah busuk. Tak ensem tak per. Janji ada rumah busuk. Layan lah korang ðŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 


#rumahbusuk

#hobihartanah








02 September 2020

Ruang dapur

WARNA PILIHAN PADA TABLE TOP & KITCHEN KABINET BAGI RUANG DAPUR RUMAH BUSUK


Kekadang saya pun tak mahir sesangat 

Cuba cuba jer nak ejas ejas kan warna agar nampak sesuai keadaan nya di ruang dapur 

Gabungan pada table top & kitchen kabinet 


Sebab perlu ambil kira juga:

  1. Warna tiles table top
  2. Warna tiles atas table top tepi dinding 
  3. Cat dinding sekitar dapur
  4. Warna pilihan pada katalog dengan kos bajet yang ada
  5. Kekadang jika pasang blind pada tingkap dapur dengan warna nya pula


Takat penin penin kepala sket sket tur biasa lah untuk kombinasikan dengan keperluan yang ada

Kekadang tak mudah tau

Kita nak buat sebegini tapi bajet tak capai plak 


Itu belum ambil kira idea oleh wife saya lagi

Kita sama sama cari titik kesamaan dalam kes kes macam ini

Ginilah layan hobi rumah busuk 


Saya minat layan hobi begini 

Terasa syok apabila melihat sesuatu menjadi sempurna dari hasil nya nanti kelak 

Yuhuu ðŸ˜„ 


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 


#rumahbusuk 

#hobihartanah