05 September 2020

7 tips

7 TIPS HADAPI PASANGAN BEBEL DISEBABKAN KITA LAYAN HOBI RUMAH BUSUK


Pasangan membebel

Ini pun satu hal jika pasangan kita samada wife/suami asyik membebel jer minat kita untuk melayan rumah busuk

Kita dah bersemangat nak berkecimpung dalam aktiviti rumah busuk


Tetiba dia pulak buat hal

Disebabkan bebelan macam mak nenek kebayan itu kita pun menjadi hambar untuk melayan rumah busuk

Hampeh betoi yer


Sajer nak kongsi kan 7 tips yang boleh dicuba untuk atasi permasalahan sebegini:


1.

Cerita kepada pasangan sampai dia faham. Cerita sampai dia jemu nak dengar. Kompom dia boring dan buat muka toyo jer nak dengar kan. Korang boleh bayang kan camner korang nak hadapi muka toyo tur. Hahaha😄


2.

Korang kena libat kan pasangan dalam semua aktiviti rumah busuk. Supaya dia ada feeling dan pupuk perasaan mahu bekerjasama dalam layan hobi ini. Bawa lawat ke rumah busuk


3.

Dalam membuat keputusan kena melibatkan pasangan jua. Ambil hati dengan melibatkan pandangan dia. Keputusan kena buat bersama sama. Jangan korang buat keputusan sorang sorang. Pasti pasangan akan rasa di hargai gitew


4.

Bab bajet kewangan pula pun sama. Jika ada peluang keluar bajet sama sama. Jikalau pasangan Tiada bajet. Bagi/sumbang idea, tenaga & kerjasama/sokongan moral pun dah cukup baik. Buat tabung bajet 


5.

Nak miliki rumah busuk tur. Boleh letak 2 nama sekali. Baru lah dia rasa secure & amat dihargai sangat. Itu kan pasangan korang. Unless dia tak kisah sangat bab penama itu. Bawa berbincang


6.

Pujuk pujuk lah pasangan korang tur. Belanja makan ker ... belanja gelang 916&999 yang lip lap tur ker. Yang pompuan tur jika tak mampu belanja abang Suami dengan motor superbike ... belikan helmet fullface dah okey untuk naik kapcai untuk merempit. Bab memujuk takkan itu pun kena ajor kan. Korang lagi hebat bab memujuk di malam jemaat. Ehhhhh tetiba jer. Hahaha ðŸ˜„


7.

Last last korang dah bleh nak pujuk pasangan. Korang pujuk lah doa folow FB Ir. AJAK. Maner tau boleh membuka minda dia untuk layan hobi hartanah rumah busuk. Tak ensem tak per. Janji ada rumah busuk. Layan lah korang ðŸ˜„


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk 


#rumahbusuk

#hobihartanah








No comments:

Post a Comment