13 September 2020

Ir. AJAK PERNAH JUAL KAIN ELA

“Ir. AJAK” PERNAH BUAT KERJA PARTIME

DI LUAR WAKTU OFFICE DOLU DOLU SEBELUM AKTIF MELAYAN HOBI HARTANAH RUMAH BUSUK


Kisah benar nie saya nak citer kat korang

Saya n wife diijabkabulkan pada tahun 2001

Selepas wife melahirkan anak sulong kami pada tahun 2002

Saya discus dengan wife dan saya berusaha untuk pujuk wife untuk berhenti dari bekerja makan gaji (wife saya seorang yang bekerjaya sebelum berkahwin dengan saya)

Berat untuk wife buat keputusan untuk berhenti dari kerja


Saya berjanji dengan wife akan bekerja sedaya upaya dengan tulang empat kerat untuk menyara dan membahagiakan family yang bakal di bina

Saya mahu wife menjadik "surirumah sepenuh masa" untuk take care semua hal family

Kami janji untuk bahagi kan tugas dan saya ambil part untuk cari nafkah


Maka bermula kisah yang saya seorang sahaja untuk mencari nafkah keluarga

Berat tanggungjawab ini untuk digalas

Namun untuk cabaran untuk di lalui 

Saya bekerja makan gaji bulanan

Disamping itu saya mengaku bahawa ada membuat kerja partime di luar waktu pejabat untuk menampung kos belanja harian

Usaha kena keras n mantap 


Antara yang pernah saya lakukan dari tahun 2000 sehingga sekitar tahun 2010 ... ingat ingat lupa lah ... ialah:


1. Menjual kain ela untuk para gegurl buat baju kurung ... saya beli kat dalam TAR di KL


2. Menjual produk yang berasaskan emas ... ambil kat Pudu KL dan Jual runcit


3. Menjual pelbagai jenama dan syarikat produk multi level marketing atau direct sale ... banyak produk saya terlibat wei ... satu produk ke satu produk dicuba ... dari satu company ke satu company dicuba tanpa rasa jemu


4. Pernah juga saya menjadi agent insuran am Jual secara runcit sket sket 


Tambahan pulak dengan hasrat untuk mencari modal untuk melayan “hobi hartanah rumah busuk"

Memang semangat usahawan tur macam dah sebati dengan diri saya 

Perasaan malu tur saya tolak tepi jer

Korang nak cakap apa saya tak kisah lah

Yang penting saya mencari rezki yang halal

Saya nak menyara wife ... 4 kidos ... bantu ibu dan adik adik jugak serta saudara mara yang memerlukan 


Korang janganlah kecam saya yer sebab saya kongsi kisah peribadi saya pada korang today 

Bukan nak bukak aib ... cuma sebagai perkongsian kisah benar

Tetiba teringat zaman saya kurang wang dolu dolu ... hujung bulan sebelum gaji ... kekadang ada RM10 jer dalam dompet ... 


  1. makan pun jimat jimat ...
  2. isi minyak motor pun jarang nak penuh ... 
  3. naik kereta mesti nak cari jalan untuk elak melalui hiway yang bertol nak bayar ... ahhhh malu nak citer sebenar nya ...
  4. Jarang kami makan di restoran 
  5. Selalu bawa bekal n makan kongsi kongsi


Sekadar perkongsian jer kat korang

Tapi skrang ALLAH dah bagi peluang untuk saya melayan "hobi hartanah rumah busuk"

Saya amat bersyukur sangat segala pinjaman ini

Kepada MU YA ALLAH aku mengucapkan Alhamdulillah 

Yang penting kenkawan jangan putus asa untuk terus berusaha bersungguh sungguh dan terus berdoa ke hadrat NYA

Jangan malu dan segan untuk meminta minta dari ALLAH

InsyaAllah Aamiin


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk


#rumahbusuk

#hobihartanah


Nota: 

  1. Gambar lama pada tahun 2002 saya dan wife serta baby sulong di rumah sewa 2 bilik di selayang selangor
  2. Along dah umur 18 tahun skrang dah belajar di kolej stay kat asrama
  3. Gambar bawah .. skrang ada masa terluang kami santai makan bersama sambil sembang sembang 





No comments:

Post a Comment