13 February 2022

Cekodok

CEKODOK TEPUNG POTANG AHAD

Potang ahad
Papa bancuh tepung 
Bubuh jer bahan yang ada kat dapur & dalam peti ais
Panas kan minyak dalam kuali
Campak campak jer

Alang Tolong papa kat dapur
Papa turun kan ilmu membancuh & masak cekodok 
Alang cuba dan mencuba 
Nampak ada takut takut nak letakkan bancuhan dalam kuali minyak panas

Minum petang bersamo kidos
Cicah sos cili 
Alhamdulillah 
Bonding time 😄

Ir. AJAK

Nota: lengan yang gebus tur boleh abaikan yer ... hahaha 😄





















Tudung Awning

PORCH “TUDUNG AWNING”


2 tingkat 

Unit corner lot 

5 bilik tidur saiz besar

4 tandas saiz besar 

2 ruang tamu (bawah & atas)

Fully tiles

Fully plaster siling 

New rewiring 

Ruang tamu ada wainscoting 

Ruang baki tanah Cadang nak tanam rumput hijau or rumput carpet 

Siap pasang langsir & blind sebuah rumah


Mohon bagi Cadangan Warna cat yang sesuai di bahagian luar !


Next month Mac 2022 InsyaAllah dijangka siap dah nie ... target before Ramadhan settle ðŸ‘Œ


Yuhuu ðŸ˜„


Ir. AJAK






















12 February 2022

BONDING

BONDING TIME WEKEN

Jadual harian saya agak sibuk jua 
Kerjaya seharian untuk mencari rezki
Untuk menyara family 

Wife saya juga agak sibuk 
Dengan pelbagai aktiviti family & pelbagai urusan rumah busuk 

Along di kolej 
Sibuk belajar dia lah 
Weken jer kekadang bersua dengan family 

Saya cari masa jua 
Untuk luang kan masa bersama family 
Meja makan lah tempat yang paling saya dapat luangkan 
Sembang sembang dengan wife n anak anak 

Cuba bahagi masa sebaiknya 
Antara kerjaya n family 
Sekadar coretan di weken 😄

Ir. AJAK 





















Kitchen Kabinet

7 ELEMEN PERLU PERTIMBANGKAN UNTUK MEMBINA TABLE TOP & MEMASANG KITCHEN KABINET PADA SEBUAH RUMAH BUSUK


Saya nak sharing pandangan jer

Saya nak sharing apa yang selalu saya buat

Saya nak sharing pengalaman saya selama ini


Antara sebab perlu diusahakan untuk membina table top & memasang kitchen kabinet:


1. MENAIKKAN NILAI SEMASA RUMAH:

Secara langsung akan menaikkan nilai semasa rumah berkenaan

Pihak jurunilai akan mengambil kira faktor ini

Dalam laporan nilaian memang tercatat item ini dan malah akan disertakan gambar sebagai bukti dalam laporan


2. RUANG DAPUR KELIHATAN KEMAS:

Apabila telah terbina item ini akan menjadikan ruang dapur kelihatan kemas dan teratur

Mudah untuk menyusun kelengkapan dapur seperti kuali, periuk, pinggan mangkuk ke dalam kabinet

Malah tin dan bungkusan makanan pun boleh disusun secara rapi ke dalam kabinet


3. MENAIKAN MOOD PARA IBU UNTUK KE DAPUR:

Sedar atau tidak

Para ibu akan terdorong mood untuk ke dapur untuk memasak makanan yang sedap-sedap disebabkan ruang dapur yang kelihatan ceria dan kemas

Dengan kerajinan mood untuk memasak akan berjimat dari kerap kali makan di luar seperti restoran

Dengan ada pemasangan hood dan dapur gas terbina pada table top

Tak perlu yang jenis hood dan dapur yang mahal sangat... memadai dengan yang basic jer 


4. BAKAL PEMBELI AKAN TERPIKAT:

Percaya ker korang 

Ruang dapur yang memiliki table top & kitchen kabinet merupakan salah satu faktor pemikat untuk para bakal pembeli close deal untuk membeli rumah berkenaan jika iklan rumah mahu dijual 

Bakal pembeli akan melihat ruang dapur

Especially jika bakal pembeli itu adalah seorang wanita ... mesti dia pujuk mr husben untuk beli rumah berkenaan... Betoikan 


5. KADAR SEWA BOLEH DI NAIKKAN:

Apabila sesebuah rumah sudah tersedia kelengkapan table top & kitchen kabinet 

Maka secara tak langsung boleh menaikkan kadar sewa bulanan

Pasti rumah ini kadar sewanya adalah lebih tinggi sedikit berbanding rumah yang basic menggunakan sinki besi yang standard tur jer


  1. HATI AKAN GIRANG:

Tatkala berada di rumah

Hati akan terasa girang untuk ke dapur 

Sebab selesa dalam keadaan dapur yang kemas dan teratur

Jika dapur yang kurang selesa akan menimbulkan keresahan untuk ke dapur 


  1. SUAMI PUN MUNGKIN RAJIN UNTUK MASAK DI DAPUR:

Masa musim PKP tempohari 

Kan dah terbukti bahawa pada suami ada bakat terpendam

Masakan para suami memikat selera family 

Page pada FB suami masak apa hari ini pun dah ramai follower 


7 faktor ini merupakan kekuatan bahawa membina table top & memasang kitchen kabinet amat berbaloi baloi

Korang paham ker tak nie ... penat saya taip tauuu

Saya sekadar memberi pandangan sahaja

Korang dah abih baca ... Mohon SHARE kan untuk manfaat kenkawan yang lain yer

Yuhuu😄


Nota: kes ini kitchen kabinet telah di tempah & telah selesai di pasang tempohari ... Alhamdulillah 


Ir. AJAK 

Hobi hartanah rumah busuk 


#rumahbusuk


Boleh dapatkan 2 buah buku karya tulisan saya dari link di bawah:


  1. RUMAH BUSUK: HOBI MASYUK
  2. HOBI HARTANAH 


https://s.lazada.com.my/s.WizvG



https://shopee.com.my/product/79293157/12614847729



Wasap.my/60129861504/bukuir

















08 February 2022

Kehidupan

KEHIDUPAN 


Dalam perjalanan kehidupan harian

Tidak semua nya indah belaka 

Kadang kala ada masalah yang perlu kita selesai kan 


Cabaran yang mendatang kita lalui 

Cari kekuatan untuk diatasi 

Maner mungkin semua nya indah 


Dah nama nya pun kehidupan 

Kekadang kita di atas

Kekadang kita di bawah pula

Macam roda berpusing 


Ada garam

Ada gula

Ada asam sket

Dicampur gaul dikacau 

Kan seada rasanya sedap 

Tanpa satu dari nya pasti akan terasa kekurangan 


Surat Al Insyirah

Ayat ke 6

“Bahawa sesungguhnya tiap tiap kesusahan disertai dengan kemudahan”


Sekadar coretan jer malam nie 

Yuhuu😄


Ir. AJAK



06 February 2022

Pergi Jauh

Perjalanan yang jauh

Bermula dari langkah yang pertama 


Tak salah untuk bercita cita tinggi 

Berangan angan pun menaikkan motivasi diri 


Kutip ilmu

Rancang sebaik nya

Usahakan sungguh sungguh 


Meniru apa yang orang berjaya dah buat 

Itu tak salah

Malah satu strategi jua 


Berdoa sungguh sungguh minta dari NYA

Tawakal & yakin se yakin yakin nya 

Berserah kepada NYA


Tak kisah lah apa apa yang korang idam idam kan 

Cuma CIK NEELOPAK dah melahirkan baby ... tetiba jer ... hahaha ðŸ˜„!!!


Ir. AJAK😄



JODOH kot

Berkawan dengan orang lain

Bercinta dengan orang lain

Berkahwin dengan orang lain 


Itu dah nama nya JODOH 

Tetiba sorang kawan nie cakap dengan aku  ... jiwang plak dia


Eehhhhhh ngimbau memori lah tur ðŸ˜„ !!!

(Tiada kena mengena dengan sesiapa yer)





Rumah flat

KETIKA UMUR Ir. AJAK PADA LEWAT 20 AN


Saya bermula dari bawah

Saya menyewa rumah flat tingkat paling atas dengan kadar sewa bulanan RM380 pada sekitar tahun 2000

Flat yang tiada lif hanya ada 2 bilik tidur

Flat sama bentuk macam bangunan sekolah tur

Kisah benar kira kira 22 tahun yang lalu

Dunia hartanah banyak mengajar saya erti kehidupan

Mendaki tangga demi tangga 

.

.

Jauh perjalanan kira kira 22 tahun dahulu untuk saya sampai ke hari ini

Menimba pengalaman 

.

.

Itu gambar sebenar ruang dapur rumah sewa flat 

Ruang agak sempit tapi mencukupi untuk memasak 

.

.

Itu gambar kereta kancil milik saya pada tahun sekitar 1998

Walaupun kecil tapi sangat memberi manfaat 

.

.

Jangan tak caya saiz pinggang saya 22 inci jer tau pada 22 tahun yang lalu

Rindu nak saiz pinggang macam gini 

.

.

Masa berlalu 

Kita timba pengalaman 

Saya mencerita jua kepada kidos 


Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi hartanah rumah busuk









05 February 2022

7 Elemen

7 ELEMEN PERLU PERTIMBANGKAN UNTUK MEMBINA TABLE TOP & MEMASANG KITCHEN KABINET PADA SEBUAH RUMAH BUSUK


Saya nak sharing pandangan jer

Saya nak sharing apa yang selalu saya buat

Saya nak sharing pengalaman saya selama ini


Antara sebab perlu diusahakan untuk membina table top & memasang kitchen kabinet:


1. MENAIKKAN NILAI SEMASA RUMAH:

Secara langsung akan menaikkan nilai semasa rumah berkenaan

Pihak jurunilai akan mengambil kira faktor ini

Dalam laporan nilaian memang tercatat item ini dan malah akan disertakan gambar sebagai bukti dalam laporan


2. RUANG DAPUR KELIHATAN KEMAS:

Apabila telah terbina item ini akan menjadikan ruang dapur kelihatan kemas dan teratur

Mudah untuk menyusun kelengkapan dapur seperti kuali, periuk, pinggan mangkuk ke dalam kabinet

Malah tin dan bungkusan makanan pun boleh disusun secara rapi ke dalam kabinet


3. MENAIKAN MOOD PARA IBU UNTUK KE DAPUR:

Sedar atau tidak

Para ibu akan terdorong mood untuk ke dapur untuk memasak makanan yang sedap-sedap disebabkan ruang dapur yang kelihatan ceria dan kemas

Dengan kerajinan mood untuk memasak akan berjimat dari kerap kali makan di luar seperti restoran

Dengan ada pemasangan hood dan dapur gas terbina pada table top

Tak perlu yang jenis hood dan dapur yang mahal sangat... memadai dengan yang basic jer 


4. BAKAL PEMBELI AKAN TERPIKAT:

Percaya ker korang 

Ruang dapur yang memiliki table top & kitchen kabinet merupakan salah satu faktor pemikat untuk para bakal pembeli close deal untuk membeli rumah berkenaan jika iklan rumah mahu dijual 

Bakal pembeli akan melihat ruang dapur

Especially jika bakal pembeli itu adalah seorang wanita ... mesti dia pujuk mr husben untuk beli rumah berkenaan... Betoikan 


5. KADAR SEWA BOLEH DI NAIKKAN:

Apabila sesebuah rumah sudah tersedia kelengkapan table top & kitchen kabinet 

Maka secara tak langsung boleh menaikkan kadar sewa bulanan

Pasti rumah ini kadar sewanya adalah lebih tinggi sedikit berbanding rumah yang basic menggunakan sinki besi yang standard tur jer


  1. HATI AKAN GIRANG:

Tatkala berada di rumah

Hati akan terasa girang untuk ke dapur 

Sebab selesa dalam keadaan dapur yang kemas dan teratur

Jika dapur yang kurang selesa akan menimbulkan keresahan untuk ke dapur 


  1. SUAMI PUN MUNGKIN RAJIN UNTUK MASAK DI DAPUR:

Masa musim PKP tempohari 

Kan dah terbukti bahawa pada suami ada bakat terpendam

Masakan para suami memikat selera family 

Page pada FB suami masak apa hari ini pun dah ramai follower 


7 faktor ini merupakan kekuatan bahawa membina table top & memasang kitchen kabinet amat berbaloi baloi

Korang paham ker tak nie ... penat saya taip tauuu

Saya sekadar memberi pandangan sahaja

Korang dah abih baca ... Mohon SHARE kan untuk manfaat kenkawan yang lain yer

Yuhuu😄


Nota: kes ini kitchen kabinet telah di tempah & akan di pasang dalam masa terdekat ... InsyaAllah 


Ir. AJAK 

Hobi hartanah rumah busuk 


#rumahbusuk


Boleh dapatkan 2 buah buku karya tulisan saya dari link di bawah:


  1. RUMAH BUSUK: HOBI MASYUK
  2. HOBI HARTANAH 


https://s.lazada.com.my/s.WizvG



https://shopee.com.my/product/79293157/12614847729



Wasap.my/60129861504/bukuir









03 February 2022

Switzerland

ANNIVERSARY KE 20


Tertangguh dah 2 tahun:

Tertangguh nak meraikan Anniversary ke 20 dengan wife pada musim pandemik melanda 2 tahun lepas 

Tiket flight dah beli pada 2 tahun lalu 

Dah buat bayaran penuh 

Tak pergi terasa rugi plak 

Dah tanya pusat operasi panggilan penerbangan 

Boleh ubah Tarikh Penerbangan dalam tempoh tertentu tidak lebih 2 tahun dari tarikh tempahan terdahulu Kerana disebabkan oleh pandemik 


Baru kesempatan:

Baru kesempatan untuk terbang 

Mohon cuti dari rutin kerja seharian 

Simpan duit dari sebahagian gaji bulanan 

Aturkan anak2 

Aturkan urusan kerja dengan big boss


Kira honeymoon:

Alhamdulillah

Sampai kami suami isteri di sini 

“Kira honeymoon” lah kerana anak2 tak ikut serta kali ini 

Wife yang pilih beberapa lokasi di sekitar swiss

Wife yang susun jadual & explore logistik 

Saya ikut jer


Raikan wife:

Saya raikan wife di sini 

Sebab wife adalah “tulang belakang” saya dalam kehidupan seharian 

Susah senang kami bersama membina kehidupan 

Dari berdua sampai kami ber enam 

4 kidos lelaki bukan mudah untuk dibesarkan 

Dari menyewa di rumah flat 2 bilik tingkat atas sekali tanpa lif... Saiz flat kecil ... sampai lah kami beli rumah landed guna loan bank

Mula kawen kami pakai kereta kancil gear manual Warna hijau ... skrang guna kereta  masih ada loan bank lah ... hahaha

Wife ber korban untuk berhenti bekerja di KL Dan menjadi suri rumah sepenuh masa 

Kami sedaya upaya berdikari untuk membina kehidupan 

Alhamdulillah 


Bumi ciptaan ALLAH swt:

Menikmati keindahan bumi ciptaan ALLAH swt di bumi swiss

Memang terasa indah pemandangan di sini 

Sangat memukau pandangan kami

Cuaca sejuk 

Salji pun turun di kawasan tanah tinggi 

Alhamdulillah & Bersyukur YA ALLAH dengan segala peluang yang dipinjamkan 


Kemampuan kewangan kurang:

Kemampuan kami kurang dari segi kewangan 

Kami naik train ... berjalan kaki 

Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan 

Aamin😄


Balik kena kuarantin

Adudu ðŸ˜„


Ir. AJAK