7 ELEMEN PERLU PERTIMBANGKAN UNTUK MEMBINA TABLE TOP & MEMASANG KITCHEN KABINET PADA SEBUAH RUMAH BUSUK
Saya nak sharing pandangan jer
Saya nak sharing apa yang selalu saya buat
Saya nak sharing pengalaman saya selama ini
Antara sebab perlu diusahakan untuk membina table top & memasang kitchen kabinet:
1. MENAIKKAN NILAI SEMASA RUMAH:
Secara langsung akan menaikkan nilai semasa rumah berkenaan
Pihak jurunilai akan mengambil kira faktor ini
Dalam laporan nilaian memang tercatat item ini dan malah akan disertakan gambar sebagai bukti dalam laporan
2. RUANG DAPUR KELIHATAN KEMAS:
Apabila telah terbina item ini akan menjadikan ruang dapur kelihatan kemas dan teratur
Mudah untuk menyusun kelengkapan dapur seperti kuali, periuk, pinggan mangkuk ke dalam kabinet
Malah tin dan bungkusan makanan pun boleh disusun secara rapi ke dalam kabinet
3. MENAIKAN MOOD PARA IBU UNTUK KE DAPUR:
Sedar atau tidak
Para ibu akan terdorong mood untuk ke dapur untuk memasak makanan yang sedap-sedap disebabkan ruang dapur yang kelihatan ceria dan kemas
Dengan kerajinan mood untuk memasak akan berjimat dari kerap kali makan di luar seperti restoran
Dengan ada pemasangan hood dan dapur gas terbina pada table top
Tak perlu yang jenis hood dan dapur yang mahal sangat... memadai dengan yang basic jer
4. BAKAL PEMBELI AKAN TERPIKAT:
Percaya ker korang
Ruang dapur yang memiliki table top & kitchen kabinet merupakan salah satu faktor pemikat untuk para bakal pembeli close deal untuk membeli rumah berkenaan jika iklan rumah mahu dijual
Bakal pembeli akan melihat ruang dapur
Especially jika bakal pembeli itu adalah seorang wanita ... mesti dia pujuk mr husben untuk beli rumah berkenaan... Betoikan
5. KADAR SEWA BOLEH DI NAIKKAN:
Apabila sesebuah rumah sudah tersedia kelengkapan table top & kitchen kabinet
Maka secara tak langsung boleh menaikkan kadar sewa bulanan
Pasti rumah ini kadar sewanya adalah lebih tinggi sedikit berbanding rumah yang basic menggunakan sinki besi yang standard tur jer
- HATI AKAN GIRANG:
Tatkala berada di rumah
Hati akan terasa girang untuk ke dapur
Sebab selesa dalam keadaan dapur yang kemas dan teratur
Jika dapur yang kurang selesa akan menimbulkan keresahan untuk ke dapur
- SUAMI PUN MUNGKIN RAJIN UNTUK MASAK DI DAPUR:
Masa musim PKP tempohari
Kan dah terbukti bahawa pada suami ada bakat terpendam
Masakan para suami memikat selera family
Page pada FB suami masak apa hari ini pun dah ramai follower
7 faktor ini merupakan kekuatan bahawa membina table top & memasang kitchen kabinet amat berbaloi baloi
Korang paham ker tak nie ... penat saya taip tauuu
Saya sekadar memberi pandangan sahaja
Korang dah abih baca ... Mohon SHARE kan untuk manfaat kenkawan yang lain yer
Yuhuu😄
Nota: kes ini kitchen kabinet telah di tempah & akan di pasang dalam masa terdekat ... InsyaAllah
Ir. AJAK
Hobi hartanah rumah busuk
#rumahbusuk
Boleh dapatkan 2 buah buku karya tulisan saya dari link di bawah:
- RUMAH BUSUK: HOBI MASYUK
- HOBI HARTANAH
https://s.lazada.com.my/s.WizvG
https://shopee.com.my/product/79293157/12614847729
Wasap.my/60129861504/bukuir
No comments:
Post a Comment