ANNIVERSARY KE 20
Tertangguh dah 2 tahun:
Tertangguh nak meraikan Anniversary ke 20 dengan wife pada musim pandemik melanda 2 tahun lepas
Tiket flight dah beli pada 2 tahun lalu
Dah buat bayaran penuh
Tak pergi terasa rugi plak
Dah tanya pusat operasi panggilan penerbangan
Boleh ubah Tarikh Penerbangan dalam tempoh tertentu tidak lebih 2 tahun dari tarikh tempahan terdahulu Kerana disebabkan oleh pandemik
Baru kesempatan:
Baru kesempatan untuk terbang
Mohon cuti dari rutin kerja seharian
Simpan duit dari sebahagian gaji bulanan
Aturkan anak2
Aturkan urusan kerja dengan big boss
Kira honeymoon:
Alhamdulillah
Sampai kami suami isteri di sini
“Kira honeymoon” lah kerana anak2 tak ikut serta kali ini
Wife yang pilih beberapa lokasi di sekitar swiss
Wife yang susun jadual & explore logistik
Saya ikut jer
Raikan wife:
Saya raikan wife di sini
Sebab wife adalah “tulang belakang” saya dalam kehidupan seharian
Susah senang kami bersama membina kehidupan
Dari berdua sampai kami ber enam
4 kidos lelaki bukan mudah untuk dibesarkan
Dari menyewa di rumah flat 2 bilik tingkat atas sekali tanpa lif... Saiz flat kecil ... sampai lah kami beli rumah landed guna loan bank
Mula kawen kami pakai kereta kancil gear manual Warna hijau ... skrang guna kereta masih ada loan bank lah ... hahaha
Wife ber korban untuk berhenti bekerja di KL Dan menjadi suri rumah sepenuh masa
Kami sedaya upaya berdikari untuk membina kehidupan
Alhamdulillah
Bumi ciptaan ALLAH swt:
Menikmati keindahan bumi ciptaan ALLAH swt di bumi swiss
Memang terasa indah pemandangan di sini
Sangat memukau pandangan kami
Cuaca sejuk
Salji pun turun di kawasan tanah tinggi
Alhamdulillah & Bersyukur YA ALLAH dengan segala peluang yang dipinjamkan
Kemampuan kewangan kurang:
Kemampuan kami kurang dari segi kewangan
Kami naik train ... berjalan kaki
Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan
Aamin😄
Balik kena kuarantin
Adudu 😄
Ir. AJAK
No comments:
Post a Comment