20 April 2018

Arah kiblat

WANGI KAN TANDAS RUMAH BUSUK


Dalam usaha mewangikan keseluruhan sebuah rumah busuk

Saya agak mengambil berat tentang keadaan tandas

Salah satu item yang akan saya beri tumpuan ialah mewangi kan tandas


Jika boleh tandas itu ada item:

1. Jamban duduk

2. Tiles lantai

3. Tiles dinding

4. Plaster siling

5. Lampu

6. Sinki

7. Paip paip yang tanam dalam dinding

8. Jika ada peluang untuk pasang water heater

9. Ada sebahagian tandas saya pasang kipas dinding

10. Pintu tandas

11. Rewiring yang tanam dalam dinding

12. Jika boleh ambil lah kira kedudukan arah KIBLAT ... elakkan jamban menghala ke arah KIBLAT ... ejas ejas yer


Tandas nie kita akan guna setiap hari

Maka saya suka tengok tandas yang sempurna keadaannya

Kita cuba sebaiknya

Itu sekadar pandangan saya lah yer

Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





19 April 2018

Biodata...

BIODATA Ir. AJAK RUMAH BUSUK


Hari ini saya nak tulis mengenai biodata diri saya yang lebih dikenali dengan “Ir. AJAK RUMAH BUSUK”

Nak ambil kesempatan juga untuk sesi taaruf dengan semua friend yang hampir berjumlah 5 ribu dan follower saya yang dah cecah lebih 24 ribu

Selamat berkenalan buat anda semua friend & follower saya

Maybe ada yang belum kenal saya lagi

Eloklah sesekali saya memperkenalkan diri saya kepada anda semua

Tak gitur 😀

.

.

Ini biodata lengkap saya:-

Nama sebenar saya ialah: Ir. Haji Abdul Razak Bin Haji Kamarudin 

Nama digunakan pada penulisan ialah: Ir. AJAK, Hobi Rumah Busuk

Official Fb: Ir Ajak Abdul Razak

Umur dah 44 Tahun weh

Anak sulong dari 5 orang adik beradik

Kelulusan: Ijazah Kejuruteraan Awam UTM Johor

Kerjaya: Jurutera Awam

Kelulusan Profesional: Jurutera Awam Profesional, Ir. (Berdaftar BEM, IEM),Tahun 2010

Hobi: Hartanah Rumah Busuk

Karya Buku telah diterbitkan: HOBI HARTANAH

Status: Berkahwin dah ada kidos 4 orang

Asal: Teman Orang Perak

Sekolah rendah di Kota Bharu Gopeng Perak

Sekolah menengah:

Seri Teja Gopeng Perak

Raja Chulan Ipoh Perak

Menetap: Di Soromban, Noghori Sembilan

.

.

Dari segi pencapaian akademik ... saya bukan tergolong di dalam pelajar yang hebat ... saya jenis biasa biasa jer

Ikon Hartanah: AKHBAR SINAR HARIAN EDISI LANAI pernah sekali jer tersiar

Siaran: pernah ada sekali tersiar di portal

1. Halalmoney

2. Gilahartanah

3. Siakapkeli 

Siri Speaker ceriter rumah busuk:

1. Mega Free Sharing Hartanah UKM Bangi

2. Viva Hartanah Perak

3. Seremban Investor Team

4. Speaker jemputan ke seminar yang berskala kecil

  1. Grand Seminar SIT

.

.

Pengalaman: 

1. Telah membeli hartanah yang uzur (rumah busuk) sejak bertahun dahulu secara aktif sehingga ke hari ini

2. Telah berpeluang membuat sentuhan untuk mewangikan rumah busuk sejak bertahun dahulu sehingga lah pada hari ini jugak

3. Setiap 3/4 bulan akan siap mewangikan kes rumah busuk yang berbeza kes & berbeza lokasi

4. Menulis kisah pengalaman rumah busuk saban hari di wall facebook saya

5. Telah berpeluang untuk memberi khidmat nasihat kepada ramai orang melalui personal coaching tentang transaksi rumah busuk

.

.

Fakta yang perlu korang tahu

Saya nie pemalu orang nyer kerana "mata saya juling"

Saya ada satu lagi hobi iaitu suka pergi melancong ... dah pernah bermusafir dan sampai di london, paris, jakarta, bali, medan, bandung, vietnam, hong kong, macau, korea, jepun, beijing, yiwuu, romania, venice, milan, switzerland, thailand, mekah & madinah ... ada beberapa lokasi yang saya pergi berulang ulang kali saban tahun kerana takjub&teruja dengan bumi ciptaan ALLAH

.

.

Panjang lebor saya menaip tentang biodata saya dah tur

Yang dah kenal saya tur

Kat maner korang tahu tentang saya yer

Atau kita pernah ketemu & selpie ... tempek gambo sket di ruang komen 

Cer citer sket😀

Yuhuu


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk






18 April 2018

Di sini ...

Saya ada tugasan di sini bermula awal pagi tadi ...





Ir AJAK ker ..

MUKA “RUMAH BUSUK”


Hampir setiap kali ketemu dari kalangan fren & follower

Bersua muka di depan depan mata (katakan kali pertama bertemu)

Acap kali ayat ini yang akan muncul:

  1. “Nie Ir. AJAK yang rumah busuk tur ker ?”
  2. “Berapa banyak profit yang Ir. AJAK dapat bagi setiap rumah busuk tur”


Jawapan:

  1. “Bukan kot... awak silap orang nie... nama saya RAZAK” ... “Ehh maner bleh silap ... betoi nie memang Ir. AJAK ... nah cer tengok gambar di FB nie... sama jer janggut jambang tur” ... tak bleh nak berlakon jadik pelanduk 2 serupa lah cam gini ... hehehehe 😀


  1. “Saya lebih kepada layan hobi ... mengisi masa lapang saya pada hari coti hujung minggu sabtu ahad ... malah pada hari coti umum juga ... saya rasa syok melayan hobi rumah busuk nie ... bukan semata mata melihat kepada nilai keuntungan ... tersemat juga rasa saya untuk memberi manfaat kepada ummah ... InsyaAllah ... lately nie boleh menjadi bonding time bersama wife n kidos kerana mereka turut serta melawat ke lokasi rumah busuk ”


Yuhuu😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#hobirumahbusuk







17 April 2018

Bawa kidos lagi

KIDOS MAKIN MINAT LAWAT RUMAH BUSUK


Ini cerita kelmarin

Bukan takat nak lawat sebijik

Tapi kidos sempat lawat 2 biji rumah busuk lewat petang sebelum masuknya waktu sholat maghrib

Mereka makin seronok

Makin teruja nak lawat rumah busuk

Wife pun ikut bersama


Rumah yang ini kidos memang suka

Sebab di depan rumah ada taman permainan

Kidos si bongsu cakap “senang Adam nak main gelongsor kat depan rumah tur”

Amboi amboi kidos anak papa mama


Moga semangat kidos untuk ambil tahu tentang rumah busuk boleh berterusan

Makin hari makin syok

Saya akan cuba bawa mereka bersama sama saya

Tak salah nak libatkan kidos sewaktu di hari coti weken

InsyaAllah 😀


Ir. AJAK

Hobi rumah busuk


#rumahbusuk





15 April 2018

Ikan masin

Ikan masin tenggiri jeruk 

Nie selera saya malam nie

Alhamdulillah 





Koci

Bekfes koci ...





Singgah

SINGGAH DI RUMAH BUSUK


Singgah di rumah busuk

Sembang sembang dengan kontraktor

Bertanya khabar dengan pekerja kontraktor

Beri pandangan terhadap progres kerja

Komen apa yang patut untuk nampak lebih sempurna


Tengok progres makin banyak

Tengok rumah busuk makin dah nak siap

Terasa seronok jer

Jika dah siap yang ini akan berpindah ke lokasi unit yang lain plak

Ini membuatkan saya boleh bertahan dalam melayan hobi hartanah rumah busuk

Sejak bertahun tahun dahulu

InsyaAllah 


Ir. AJAK


#rumahbusuk